Wednesday, 28 November 2012

MY TURNING POINT

Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang ini sangat bahagia dengan suami tersayang bersama dengan 4 cahaya mata sihat dan cerdik yang menjadi sinar dalam hidup kami. Bergelar seorang doktor yang memiliki segulung ijazah dalam bidang perubatan dan mempunyai Master dalam bidang Anti-penuaan, Aesthetic dan Regenerative medicine adalah antara impian yang telah juga saya capai. Memiliki sebuah syarikat training dan consultancy sendiri, Future Wellness Sdn Bhd adalah langkah pertama saya dalam bidang perniagaan. Syukur kehadrat ilahi dengan segala limpah kurnianya..

Tetapi, Hidup saya dulu tidak begini. Keadaan dalam keluarga yang penuh dengan masalah kesihatan. Walaupun 36 tahun lalu saya dilahirkan di dalam keluarga yang 'agak berada' juga... Ayah & ibu saya mempunyai sebuah kilang membuat pakaian kanak-kanak dengan mempunyai lebih dari 50 orang pekerja... Arwah ayah saya seorang yang pemurah, setiap minggu pasti ada jamuan makan yang sedap-sedap untuk pekerjanya... menu seperti nasi baryani, lauk pauk yang sedap-sedap, durian dan buah-buahan yang berbakul-bakul besar adalah fenomena biasa di rumah.. Arwah ayah saya hanya akan makan makanan yang sedap-sedap sahaja dan satu perkara yang menjadi kegemaran beliau adalah minuman berkarbonat "P****".. 


Hasilnya... ketika usia beliau 30-an lagi, telah disahkan menghidap Diabetes... Ketika saya berusia 17 tahun, beliau mengalami masalah komplikasi jangkitan di bahagian kakinya dan terpaksa di potong.. Saya melihat bagaimana setiap malam beliau menahan kesakitan dengan keadaan kaki yang semakin hitam dan membusuk... Ya Allah... hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya dan keluarga pada masa itu... Beliau terpaksa akur bila pakar orthopedik mengatakan pilihan samada kaki kanannya terpaksa di potong sehingga di bahagian atas lutut atau mati disebabkan jangkitan tersebut... Kali pertama saya masuk ke ward ICU selepas ayah operation - kaki  dah dipotong, tube bantuan pernafasan dan wayar-wayar yang berselirat di katil ICU... Huh... dengan usia yang masih muda, perasan saya masa tu??.. Subhanallah.....


Saya menangis tak henti-henti ketika itu.. memikirkan bagaimana kehidupan seterusnya kami sekeluarga selepas itu... takut memikirkan samada ayah mampu bertarung nyawa melepasi situasi kritikal atau kami terpaksa melepaskannya pergi... huh!.. rasanya tak mahu perkara itu berulang lagi dan hati kecil saya mula terdetik bahawa saya mesti berilmu, menjadi seorang doktor untuk menjaga semua ahli keluarga agar kami tidak akan melalui pengalaman seperti ini lagi... 


Alhamdulillah, berkat doa semua... ayah berjaya mengatasi semua situasi itu dan keluar selepas 2 minggu di hospital... dengan keadaan kesihatan yang tidak stabil, perniagaan juga semakin merosot... saya belajar di situ bahawa kesihatan adalah kekayaan yang paling utama... Tabiat yang telah sebati dengan diri memang susah untuk dipisahkan... arwah ayah masih tetap dengan minuman bikarbonat kegemarannya 'P****' dan makanan-makanan sedapnya... Pernah ada seorang kawan menasihatkan beliau agar berhenti, selamba beliau menjawab... 'jika kau berjaya berhenti hisap rokok, aku akan berhenti minum 'P****'... See, how sugar addiction is as bad as nicotin addiction...!!  Bila saya menegur, beliau hanya tersenyum dan meneruskan tegukan minuman itu...


Ketika saya di medical school, ayah mula mengalami simptom-simptom kegagalan buah pinggang... dan puas saya memujuknya untuk menjalani rawatan dialysis... beliau kalah dan terpaksa akur untuk rawatan hemodialysis bila kesihatan semakin merosot... Being as a doctor, saya biasa tengok pesakit buah pinggang tetapi bila ia berlaku pada orang yang kita sayang.. perasaannya lain... hibanya lain... melihat penderitaan setiap kali di dicucuk sana dan sini, pening, muntah, letih dan sebagainya membuat saya berazam agar saya dan ahli keluarga yang lain tidak perlu melalui penderitaan yang sama....Rawatan hemodialysis ketika itu sekitar RM3000 setiap bulan... huh... ratusan ribu ringgit rasanya habis... masa banyak dihabiskan di pusat dialysis dan as expected... business ruined down significantly...


Betul kata pepatah.. Jika rasa kesihatan itu mahal, cuba lah kesakitan !.. Mencegah memang jauh lebih baik dari merawat...


Setelah 13 tahun menjalani rawatan dialysis dan hidup menggunakan sebelah kaki palsu.. tiba-tiba kaki arwah ayah bernanah tanpa sebarang luka.. Ya Allah.. ini la yang paling saya takuti sekali... dengan kudrat sebelah kaki itulah beliau meneruskan hidup, doa saya jangan lah kaki yang sebelah lagi turut dipotong... sebagai seorang doktor, saya faham... perjalanan darah dan fungsi saraf disebelah kaki itu memang sudah tidak berfungsi dengan baik... tiap malam arwah ayah menahan kesakitan disebabkan 'diabetic neuropathic pain'... sekali lagi, pengalaman yang paling saya risaukan berlaku... Pakar orthopedik terpaksa membuat keputusan untuk memotong kaki sebelah kiri itu dibahagian bawah lutut.. walaupun ayah bersetuju, saya tahu jauh di sudut hati, ayah terlalu sedih dengan keputusan itu... Saya masih ingat wajahnya tersenyum selepas keluar dari dewan bedah... senyuman yang saya pasti hanya untuk menyenangkan hati kami...


Walaupun arwah ayah seorang yang sangat cekal hatinya, tapi kali ini saya nampak dia tewas... sering dia terbaring dengan air mata yang mengalir... susah nak digambarkan perasaan saya sebagai seorang anak, walaupun seorang doktor, tapi saya tak banyak dapat membantu... banyak sistem badannya telah rosak... proses pemulihan menjadi semakin sukar....


6hb Nov 2006, saya mendapat telefon dari ibu yang menemani ayah di pusat dialysis... Ayah kena serangan jantung dan terpaksa di 'defibrillator' kan.. tapi kemudian dia sedar dan minta untuk pulang ke rumah... hati kecil saya berkata saya harus pulang segera... saya bergegas pulang bersama suami, adik dan anak-anak.. ayah baru sampai sahaja ketika itu, saya sempat berbual dengannya dan dia masih boleh tersenyum dan bergurau dengan cucu-cucunya.. tidak sampai 20 minit kami bersama, ayah berkata bahawa beliau ingin baring & tidur...dan itulah kata-kata terakhir bila tiba-tiba beliau menarik nafas panjang..... Suasana menjadi sangat cemas, saya melakukan CPR tetapi pekara itu berlaku terlalu cepat dan bila saya sedar bahawa arwah ayah ingin meninggal di pangkuan keluarga..Beliau nak saya yang mengsahkan kematiannya..... Subhanallah...Hanya Allah tempat kami datang, dan kepada-NYA jualah tempat kami kembali....

Meninggal kan kami di usia 61 tahun...Doa kami semoga arwah ayah, Mohd Ali B. Haron ditempatkan disisi orang-orang yang beriman... Al-Fatihah... Beliaulah yang menjadi kekuatan kenapa saya terus berkongsi pada anda diluar sana.

Pengalaman melihat kesakitan, penderitaan ahli keluarga dan pesakit-pesakit saya membuatkan saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk mencegah... Sering saya tertanya perlukan saya mula mengambil ubat diabetes sebelum saya menghidap diabetes sebagai pencegahan?? saya tak mahu ibu, suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain merasai pengalaman yang sama... Keluarga di sebelah arwah ayah mempunyai kesemua risiko penyakit... just name it ~ Diabetes, Darah Tinggi, Stroke, Kanser, Penyakit jantung... dan lain-lain... 20-30% risiko penyakit boleh diwarisi dari keturunan.. tapi perlukah kita hanya menunggu untuk perkara-perkara itu berlaku dan menyerahkannya pada takdir?? 



Sebagai seorang doktor yang telah membantu beribu orang di luar sana yang mengalami kesemua masalah kritikal di atas, saya tidak mahu melihat lebih ramai yang menjadi "mangsa" masalah kesihatan yang berpunca dari tidak ada ilmu atau tidak ada informasi yang betul dan sebenar tentang bagaimana untuk menjadi sihat sebenar-benarnya!

Saya ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki tahap kesihatan mereka, ingin menjadi langsing sihat, ingin menjadi "muda semula" bertenaga dan ingin membina lebih banyak kejayaan di dalam hidup, saya sedang mencari 7 orang yang inginkan perundingan 100% Percuma dari saya.

Hubungi 017-508 4430

Like FB saya www.facebook.com/Dr Malinda Health & Beauty Clinic.

atau ikuti saya di Telegram Channel : https://telegram.me/drmalinda




4 comments:

  1. salam linda..aper yg ko takutkan..sama macam aper yg aku takutkan..kalo ko takutkan diabetes sbg pembunuh utama keluarga ko...aku takutkan stroke sebagai pembunuh utama keluarga aku..sama mcm pengalaman ko..mengadap dan meneman arwah mak aku yg kena stroke dan dapat bertahan cuma 40 hari selepas serangan at age 59..membuatkan aku memang seriau dengan darah tinggi, kolesterol and diabetes...and now nie..aku dapat tengok kesiksaaan yg dialami oleh abah aku..dengan stroke yg dihadapi..bila tgk keadaan dia..aku selalu berdoa..jauhkanlah aku dari stroke..aku tak nak mati dengan stroke dan seumpamanya...semoga kiter sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah..aminnn..

    --ita ismail

    ReplyDelete
  2. Wksm.. Thanks Ita..True enough.. nak memulakan suatu perubahan dalam hidup memang ambil masa.. tapi, insyaAllah.. sikit demi sedikit tu kita cuba ubah ke arah yang lebih sihat... In shaa Allah :)

    ReplyDelete
  3. Salam dr..blh sy mintk pndpt dr, mak sy ada diabetes n skrg disahkan buah pinggang,. So skrg kena dialisis, tp yg sy ralatnya perlukah seorg dr push patients dan marh patient suruh buat dialisis,padahl kitaorg br nk bincg family sb ni benda penting. Boleh x tak buat dialisis sb mslh xde org n antr n umah jauh dr pust dialisis. Ke salah apa yg kitaorg buat ni sb dok tangguhdialisis.mohom pndpt dr..tq

    ReplyDelete
  4. Nur Rayhan : Macammana keadaan mak sekarang? Hope getting better :)

    ReplyDelete