Posts

Showing posts from November, 2012

Apa pilihan yang kita ada??

Apa pilihan yang kita ada? Ketika bertugas di Hospital Taiping pada tahun 2002, saya dan suami melakukan ujian darah kami yang pertama.. Usia kami waktu itu adalah sekitar 26 tahun… Alhamdulillah, keputusan darah saya dalam julat yang normal… tetapi… saya terperanjat besar bila melihat result encik suami… Total kolesterol level  7.9mmol/L, tinggi mengalahkan pakcik umur 50 tahun… Kronologi umur 26 tahun, umur biological?... mencabar sungguh ! Walaupun beristerikan seorang doktor yang sepatutnya menjaga kesihatan suami, tetapi disebabkan terlalu sibuk menjaga kesihatan orang lain, saya leka menjaga diri sendiri dan keluarga.… rutin harian kami makan di luar.. kalau tidak ke fast food, pasti  ke restoran masakanThailand yang sedap di Changkat Jering… pendek kata memang jarang jarang sangat memasak di rumah.. fenomena bawang dan halia selalu tumbuh bercambah di dalam bakul  di dapur itu perkara biasa..ikan di freezer mengeras sampai hilang rasa....huhuhu…. Exercise?..

Ramai yang perlu kita bantu...

Terima kasih kepada yang sudi membaca ‘Cerita saya’… sekadar perkongsian sebuah pengalaman cukup berharga yang menentukan hala tuju hidup saya…. Saya percaya ramai orang di luar sana yang mempunyai pengalaman seperti saya dan juga risiko seperti saya….  Jika anda ada ibubapa yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kanser dan sebagainya…. Some how kita mempunyai risiko untuk mengalami nasib yang sama.. Saya nak berkongsi satu cerita…. Semasa saya bertugas di sebuah klinik di felda, seorang pesakit wanita  yang ketika itu hanya berusia 24 tahun…dia mengalami diabetes yang tidak terkawal dan boleh dikatakan hampir kesemua dari anggota keluarganya adalah pesakit diabetes saya…. Dengan bacaan gula diantara 15 – 25mmol/L setiap kali datang untuk rawatan susulan… saya sering menasihatkan dan memberi rawatan perubatan yang terbaik ... Komplikasi diabetes pada mata dah mula berlaku, kesihatan yang tidak menentu membuatkan suaminya meninggalk

Kenapa saya perlu mula menulis ..

Assalamualaikum... Baru-baru ni saya berjumpa dengan penulis buku 'Law Of Universal Attraction', En. Zuhairi Nopiah, berkongsi pengalaman beliau tentang dunia penulisan... Dari dulu saya memang menyimpan hasrat untuk menulis & berkongsi pengalaman saya tentang dunia kesihatan berbekalkan pengalaman saya lebih dari 11 tahun bertugas sebagai seorang doktor.. Bila saya beritahu hasrat saya itu, satu jawapan yang membuat saya rasa 'tersentap' jugak la... "Doktor, kalau tak tulis... berdosa tau"... Wah... Cabaran untuk saya ni... In shaa Allah... Saya akan mula berkongsi dengan anda di luar sana, agar kita sama-sama mendapat manfaatnya... Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain... Itulah harapan saya, moga-moga ia akan menjadi sedikit cahaya bila saya berada di sana nanti... In shaa Allah :)) Kita jumpa esok ye.. *_*

It's time to get started!

It's time to get started !