Tuesday, 4 June 2013

NAK KURUS!



SERIUS NAK KURUS? | Alhamdulillah.. Ramai yang inbox saya bertanyakan tentang diet yang terbaik dan cara-cara untuk mendapatkan berat badan yang sesuai. 

Gembira melihat ramai yang sudah mula memulakan langkah untuk lebih sihat. Tahniah! Tepuk bahu anda, peluk diri anda & ucapkan Tahniah untuk diri anda sendiri.. Jasad anda perlu rasa dirinya dihargai & disayangi !

Ok, untuk anda yang betul-betul serius untuk keluar dari kepompong overweight & obesiti ~ Saya ada suatu Tip yang SANGAT PENTING untuk diri anda dan memerlukan komitment dari anda!

Apa yang anda perlu lakukan ialah :

JOURNAL PEMAKANAN anda untuk 2 minggu.

Anda perlu catat semua yang anda makan / minum sepanjang hari dari anda mula bangun pagi hingga tidur semula.

? Berapa banyak anda makan
? Berapa gelas anda minum
? Waktu anda makan
? Di mana anda makan
? Dengan siapa anda makan
? Apakah mood anda ketika anda makan

Anda juga perlu catat apa EXERCISE yang anda buat atau apa-apa aktiviti kesihatan yang anda lakukan sepanjang 2 minggu ini.

APA RATIONALE atau KEPENTINGANNYA?

Jika anda berjaya mencatatkan Food journal selama 2 minggu ini, apa yang anda akan dapat lihat adalah :

- Apa corak pemakanan anda
- Apa tabiat baik & tabiat kurang baik anda
- Apa yang mempengaruhi anda untuk makan banyak
- Apa mood anda yang mempengaruhi tabiat anda.

Daripada analisa tabiat di atas - satu aspek penting dalam proses penurunan berat badan akan dapat kita lakukan ialah BEHAVIOUR THERAPY dan lebih mudah untuk saya membantu anda.

In shaa Allah, bila kita dapat kenalpasti diri, mudah untuk kita lakukan perubahan seterusnya.

Selamat Berusaha!

- Dr. Malinda

0 comments:

Post a Comment