Sunday, 8 December 2013

SEBAB APA NAK KENA KURUS?

Kurus dan langsing sering dikaitkan dengan cantik.

http://www.drmalinda.com/2013/11/program-kurus-dengan-personal-doktor.html

Saya berdepan dengan ramai orang yang menyatakan hasrat untuk lebih kurus. Siapa yang tak mahu susuk badan yang lebih langsing, sihat dan kalau pakai baju apa pun nampak cantik, kan?




Rata-rata ramai orang yang ada masalah obesiti sudah mencuba pelbagai diet, cara, supplement, ubat dan prosedur-presedur untuk kurus. Ada yang berjaya namun bilangan yang gagal  lebih banyak.  Anda rasa kenapa?

Banyak jawapan yang pasti kita akan dengar – Faktor genetik keturunan, Pemakanan, Hormon tidak seimbang, cara hidup yang tidak aktif dan pelbagai lagi. Itu semua faktor  telah dibuktikan benar oleh kajian sains.

Kita tahu semua itu. Lambakkan maklumat berada di sana sini. 

Kerajaan telah membelanjaan jutaan ringgit untuk kempen cara hidup sihat. Hasilnya? Kes-kes obesiti semakin meningkat, hatta kes obesiti di kalangan kanak-kanak turut melonjak drastik. Dimana silapnya?

http://www.drmalinda.com/2016/05/pernah-di-hina-kerana-obes.html



Dalam dunia maklumat di hujung jari. Kita hanya perlu klik dan pilih bahan maklumat yang anda inginkan. Baca dah baca. Faham dah faham. Tapi.. Di mana kekosongan yang tidak dapat menghasilkan sebarang  tindakan ?

Ini soal Diri. Tiada kekuatan untuk melakukan perubahan. Jika ada pun, hanya sekejap. Apa kata orang? 'Hot-Hot Chicken Shit'..hihi

Hakikatnya, Jika kita tidak dapat kenal  hati, fikiran dan emosi – TIADA sebarang perubahan yang akan berlaku. TIADA.

Persoalan yang perlu kita jawab. Terjah minda mencari jawapan. 

Kenapa perlu dapatkan berat badan yang ideal? 

Kenapa perlu buang segala berat-berat yang berlebihan di tubuh? 

Kenapa perlu buat sesuatu? 

Jika fikir hanya untuk kurus dan cantik – itu tidak cukup kuat untuk menghasilkan suatu tindakan atau ‘action’!

Insan yang hebat akan meluangkan masa sejenak untuk berfikir – Bertanya dalam diri, menyoal hati dan nurani untuk mengenalpasti di mana silapnya dan kenapa perubahan perlu segera dilaksanakan. 



Tuliskan 10 sebab kenapa perlu turunkan berat badan.

Tuliskan 10 halangan yang merantai diri?

Untuk siapa kita perlu buat semua ini?


Of course untuk diri.

Dan lakukannya juga hari ini untuk suami/isteri tersayang dan anak-anak tercinta. Jangan biarkan mereka terpaksa menanggung beban untuk menjaga kita waima kita yang seharusnya menjadi naungan teduhan mereka. 

Jika kita tiada masa untuk menjaga diri dan kesihatan kita, jangan kecewa jika suatu hari nanti, anak-anak kita tidak punya masa untuk menjaga kita yang terlantar menderita.. Nauzubillah, minta dijauhkan. 

Tiba masanya untuk keluar dari zon selesa, yang kita rasa OK-OK tapi hakikatnya hanya Ilusi!

Kerja Lebih Keras bila di DERA
•             D.E.R.A = Diciplin + Endurance + Resourceful + Avaiability

Kerja Lebih Cerdas bila situasi CEMAS

•             C.E.M.A.S = Capitalise + Effective + Modified + Ability +skill

Jangan tunggu penyakit kronik dah menyapa baru nak berubah.

Jangan biar lemak-lemak mengusai diri.



Mulakan kejayaan hari ini dengan percikan api yang ada dalam diri. 

The Inner You, Creates The Outer You. 

Semoga usaha kita semua dipermudahkan Allah swt. In shaa Allah.

- Dr Malinda.

0 comments:

Post a Comment