Posts

Showing posts from October, 2013

BUDGET, GULA DAN KITA.

Image
Excited nak dengar pembentangan budget untuk bidang kesihatan semalam.   Budget 2014 : RM3.3 Billion untuk meningkatkan infratruktur Hospital dan ubat serta rawatan terbaru, 50 Klinik 1 Malaysia utk tahun 2014 dan 6400 jawatan untuk tenaga baru jururawat. Dan yang paling ketara sekali – Untuk mengelakkan penyakit kencing manis yang semakin meningkat - Subsidi harga gula dimansuhkan sepenuhnya. Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilo. Saya tak la terasa sangat dengan kenaikkan gula ni, sbb kalu sekilo gula kat rumah tu, mahu tahan 2-3 bulan. Cuma saya terfikir, saban hari semakin banyak klinik, semakin banyak hospital swasta tumbuh bak cendawan selepas hujan adalah asbab semakin ramai orang yang sakit. Berbillion-billion peruntukan untuk beli medical equipment yang canggih-canggih. Semuanya fokus kepada rawatan pesakit yang dah kena penyakit. Itu sememangnya sangat penting. Tetapi, dengan keadaan peningkatan kes-kes penyakit kronik Di Malaysia yang tak menunjukkan tanda-tanda untuk

TIPS CEGAH KEMATIAN PRAMATANG

Image
NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita kematian anak saudara di usia 39 tahun. Setelah itu, di facebook pula berita kematian artis ketika saya di zaman remaja, Allahyarhamah Noreen Noor di usia 54 tahun akibat komplikasi buah pinggang dan jantung. Walaupun Allah lebih menyayangi mereka, tetapi kematian di usia muda pastinya sangat memberi kesan terutamanya anak-anak yang di tinggalkan. Kerugian kepada negara kerana usia produktif adalah sekitar 60 tahun. Ada ketikanya kita terlalu menjaga orang lain sedangkan kita sebenarnya perlu ambil berat tentang diri kita, kerana tanpa kita sebagai 'anchor' atau sauh dalam keluarga, kapal akan hilang arah tuju. Mata-mata kuyu itu pasti menangis rindukan pelukan kita.. Pengalaman saya, ramai yang tidak berapa kisah tentang kesihatan diri. Nikmat yang Allah beri percuma, selalu diambil sambil lewa. Kesihatan itu satu yang perlu kita usahakan. Setiap kali saya memberi seminar atau ceramah-ceramah

BAYI TANPA TEMPURUNG KEPALA.

Image
Pernah ada pengalaman masa kanak-kanak, seorang jiran yang melahirkan bayi tanpa tempurung kepala. Saya sangat tertanya-tanya kenapa? Nak tau apa jawapan yang saya dapat? Mereka kata itu ‘Sawan Monyet’ – sebab  suami dia tentera, masa masuk hutan pernah tembak kepala monyet sampai pecah. Saya punyer la percaya.. Betul la, Bila kita tak ada ilmu, percaya tanpa fakta - Bertahun-tahun dikelentong dan mempercayai. Kesian kan! Huhu.. Anencephaly ni adalah satu keadaan kecacatan serius sistem saraf tunjang – dimana bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala. Sistem saraf tunjang gagal untuk ditutup. Kecacatan teruk pada otak dan saraf utama. Kenapa ia berlaku? Antara sebab yang dikaitkan adalah toksin-toksin persekitaran, kekurangan pengambilan folic acid (Viamin B9) semasa kehamilan dan mutasi gen yang terlibat dalam metabilsma folic acid. Ia boleh di kesan melalui ultrasound. Kesian sangat bila ada patient yang ada kandungan macam ni. Biasanya doktor akan cadangkan untuk diawalkan proses b