Monday, 5 May 2014

PROGRAM 'JEJAK JUTAWAN SHAKLEE'


- Ramai orang kata, nak kaya buat la MLM.

- MLM ni skim cepat kaya.


- Sistem Piramid, orang atas goyang kaki makan duit orang bawah.



Ini juga yang saya selalu dengar sebelum saya melibatkan diri dalam industri ini. In fact, bila pertama kali kawan datang ke rumah, saya dah suami pun melarikan diri..hihi. Buat-buat keluar dari rumah dengan harapan kereta tak ada, mereka tak akan beri salam..hihi. Teruk kan?


Persepsi saya sama dengan anda. MLM penuh dengan andaian negatif yang membuatkan kita semua allergic!


Tapi.. tetamu datang bawa rezeki. Saya sangat yakin dengan kata-kata itu. So, bila maid telefon kata tetamu dah sampai, saya dan suami balik juga la ke rumah..huhu.. Jumpa kawan lama, seronok la juga walaupun suami dah pesan dalam kereta - Jangan beli barang atau jangan jadi ahli. Huh! Encik suami saya langsung tak nak dengar. Tapi saya positif, open minded..hihi. so saya layan la.


Seronok juga dengar pengalaman dia buat bisness shaklee, dapat melancong ke San Fransisco, Cape town, Japan, Vienna Austria dan macam-macam tempat lagi la. Tercabar jugak saya time tu, mana tak nya, saya doktor, suami manager - kalu cuti pun kat Mesia jer..tak pernah ke luar negara.. Masa tak de, duit pun tak berapa nak cukup...huhu. Tapi control beb, malu sey..hihi. Hati tuhan yang yang tahu sbb kami mmg sangat suka melancong.


Saya suka tengok lifestyle dia, muda-muda dah pakai kereta besar, travel sana sini. Best juga. Tapi takkan la jual vitamin je? Betul ke @ saja kelentong ni? Rezeki dia la kan.. Tapi apa yang menarik perhatian saya bila dia tinggalkan saya dengan buku 'Discover The Shaklee Difference' dan beberapa buku yang memberikan bukti scientifik keberkesanan dan ujian klinikal produk shaklee, itu yang saya mula tertarik hati.


Alhamdulillah, bila menggunakan produk shaklee - memang kesihatan suami dan mak saya menunjukkan keberkesanan yang sangat baik. Dari situ kami mula aktif berkongsi produk shaklee.


Again, saya tidak mudah percaya pada kata-kata orang sahaja. Shaklee produk memang terbukti berkesan untuk saya sekeluarga. Tetapi, betul ke industri MLM ini benar-benar mampu memberikan masa depan yang baik?


Saya masih ingat lagi tahun pertama kami menceburkan diri dalam bisnes. As usual, kami bermula dengan jadi ahli RM30 sahaja masa tu, tapi kami juga bermula dengan komitment membeli produk Shaklee dalam jumlah lebih kurang RM 6K. Kami faham, bisness memang la kena ada komitment, nak bukak kedai burger pun kena ada RM 5K. Orang kita ni kalu tak keluar modal, biasanya biness tak jalan, layu jer. So kami gagahkan diri utk menjadikan produk sebagai motivasi bergerak. Produk tengok kami, kami tengok produk. So better move on!..hihi


So, excited la nak berkongsi dengan sedara mara yang balik masa raya aidilfitri. Banyak juga la produk kami bawak balik kampung, dan excited bercerita tentang shaklee. Nak tau apa diaorang cakap?

"Buat Shaklee? Ada masa depan ke? " Pergh.. bernanah rasanya hati saya time tu.. Diam je la lepas tu, sebotol B complex pun tak laku.. kesian sangat saya dan suami..huhu

Banyak sangat cabaran. Siapa kata buat bisness MLM ni senang, goyang kaki? Kalu anda buat betul-betul dengan hati yang ikhlas nak membantu, pengalamannya lain rasanya.


Orang kata bisnes MLM ni menipu, tapi kami rasa kami yang banyak kena tipu dengan customer dan leader, Ribu-ribu juga la orang dah ambil produk tak bayar hutang.


Orang kata bisnes ni senang, cari orang kita rileks, tapi kami 'membanting tulang' juga la ke sana ke mari buat bisnes. Buat part time, pukul 1 pagi masih ada appointment, esok pagi nak kena kerja. No short cut to success. Kami kami happy :)


Sebab kami tahu, memang ini yang perlu kami tempuh. Network marketing nampak low class, tapi punya potensi yang sangat besar. Bisnes yang bagus tapi sering di manipulasi. 


Saya baca buku Robert T. Kiyosaki pada tahun 2004. Saya nampak dengan jelas potensi bisnes ini. Sangat teruja.





95% orang terperangkap di bahagian Employee dan Self Employed - Ada kerja ada gaji, Tak de kerja tak da gaji. Tak mahu rasanya jadi 'kuli kelas atasan' sepanjang hayat. Saya nak berubah dari Quadrant E ke Quadrant B. 


By the way, semua orang kerja pun nak dapatkan income kan? Tak ramai rasanya yang kerja betul-betul ikhlas, bahagia dan tak dapat gaji pun tak pe. Betul ke Betul? So, dah alang-alang kerja, baik buat kerja apa yang kita suka. Buat yang kita tak suka, semata-mata nak dapat gaji, risau juga keberkatannya.. kan?


Somehow, we need an income. Saya faham dan jelas Quadrant ini. Dan saya tahu Network Marketing adalah salah satu dari Quadrant B (Bussiness Owner). Utk buat franchises, perlukan ratusan ribu ringgit, saya tahu saya bukan anak hartawan atau jutawan yang ada modal sebanyak tu. Lain la anda kan? So, Network marketing dengan modal yang rendah, reasonable. Sesuai untuk kami bermula secara part time. Time kerja kita kerja, lepas kerja kita buat la bisnes.Yang penting jangan ganggu masa kerja.


Potensi income pun berbeza, cuba lihat dan fahami graf pendapatan ni :


Pendapatan sebagai seorang pekerja. Kerja swasta, gaji naik - sampai satu tahap gaji mati, then lepas 55 langung tak de gaji. Kerja kerajaan, ok sikit sebab ada pencen separuh gaji. Tapi, jika 20 tahun akan datang, inflasi pasti meningkat. nilai duit semakin susut. Risiko juga.





Untuk buat bisnes sendiri pun ok, tapi graf dia macam ni pula. Modal besar. Banyak benda kena fikir sendiri. Production, pekerja, marketing etc etc. Kalu modal besar, ok la. tapi untuk  kami yang modal ciput ni dan buat part time, tak sesuai rasanya.





Saya tertarik dengan graf bisnes Networking atau franchiese. Exponent growth!

Nampak naik ke atas cepat, tapi jika kita perhatikan betul-betul, pada peringkat awal graf itu adalah mendatar atau plateu. Ini yang menyebabkan ramai orang kalah dengan MLM. Mereka jangkakan dapat kaya cepat dengan MLM. Jika kita faham jiwa sebenar MLM, ia bukan skim cepat kaya. Ia adalah penjualan produk melalui pembinaan organisasi. Anda perlu membina rangkaian rakan niaga dan melatih mereka untuk sama-sama berjaya.

That's the beauty of Network Marketing yang saya faham. Bukan skim cepat kaya seperti yang diperkatakan. Alhamdulillah, kami faham perjalanan yang kami akan tempuh, peringkat mendatar dalam bisnes itu biasa. Hanya jangan give up, teruska usaha!


Kapal terbang pun kalau nak terbang akan buat perjalanan mendatar, semakin laju, laju dan bila sampai take off point untuk terbang, dia akan terbang tinggi. Konsep yang sama. Kalu naik kapal terbang tiba-tiba terus naik tinggi, bimbang juga terhempas atau hilang dari radar! 






Saya baca buku Paul Zane Pilzer, dia meramalkan 'The Wellness Revolution'. Industri kesihatan akan boom! Dunia akan berubah dari 'Sickness Care' kepada 'Health Care'. Orang nak sihat. Orang tak nak sakit baru sibuk nak jumpa doktor, beratur 3 bulan sekali ambil ubat. Kencing manis tak terkawal, dan mula ada pelbagai komplikasi. Please, lifestyle disease can be prevented. This is the era of prevention. Saya seronok dengan ramalan beliau dan saya ingin menjadi sebahagian dari perubahan itu.





Dan buku berikutnya, beliau meramalkan kombinasi Network Marketing yang berkaitan dengan Kesihatan akan melahirkan ramai insan-insan hebat yang bergelar jutawan.


Kenapa Tidak?? Peluang ada depan mata.





Bila kita jelas dengan MISI yang VISI yang kita bawa. In shaa Allah, kita lebih kuat dalam menangani sebarang cabaran. Tak ada apa pun sangat cabaran dalam bisnes ni, mungkin ada kata-kata yang kurang enak di dengar, rejection dari kawan-kawan yang memperli, cemuhan dan orang-orang yang tak faham apa kita buat. Biar la, itu hak mereka, dunia saya pilihan saya. Betul ke Betul?


Alhamdulillah, dalam pelbagai cabaran dan dugaan, dia tak diam dah lebih 10 tahun kami dalam bisnes ini. Alhamdulillah, pelbagai kejayaan yang telah kami kecapi. Semuanya rezeki dari-NYA.

Pengiktirafan di dalam dan luar negara. Bonus kereta yang pertama, kedua dan ketiga. Pelancongan ke banyak destinasi di beberapa benua. Subhanallah. Bila niat kita betul, bisnes apa pun Allah akan permudahkan. In shaa Allah.



Yang bestnyer, semuanya percuma. Buat Satu, Dapat Semua!


Tidak ada yang mustahil jika kita nak berjaya. Bermula dengan RM30 ringgit untuk jadi ahli, dan sedikit inventori untuk memulakan bisnes 10 tahun lepas, satu demi satu impian kami direalisasi. Syukur.


Gabungan produk hebat yang sangat dekat dengan hati kami, semua keluarga bisnes kami di Future Wellness Presidential Master Group dan SDFG yang banyak membantu, kami banyak belajar dan mendapat inspirasi dari mereka.


Suka saya memperkenalkan mentor saya dalam bisnes Shaklee. Allah memberikan saya contoh yang terbaik dalam Network Marketing, walaupun berlainan agama, saya saya banyak belajar dari beliau. Anda perlu kenali beliau sebelum anda buat sebarang tanggapan muktamad tentang MLM. 


Dr. K Sow, Seorang multijutawan yang sangat baik, humble dan sangat memberikan contoh untuk menjadi insan yang sentiasa memberi tanpa mengharap balasan. He is so humble and yet a great man. Thanks a lot for all the knowledge, support, care and loves you have been given to us so far. We really appreciate it. Love you always and thank you so so much!




Perancangan Allah itu sangat indah, ada satu lompang dalam diri kami yang DIA ingin kami penuhkan. Dalam menghadapi cabaran bisnes, kami mencari kekuatan diri. Ada badai yang kadang-kadang membuatkan kami hampir lemas.


Tidak akan bergerak sesuatu zarah melainkan dengan izin Allah. Dengan keizinan-NYA juga kami digerakkan untuk hadir dan dipertemukan dengan seorang lagi mentor yang hebat. Sungguh, DIA hanya memberikan contoh-contoh insan yang terbaik untuk kami ikuti. Pakej Mentor yang lengkap dalam mempersiapkan kami ke jalan kejayaan.





Program Dr. Azizan Osman banyak membantu kami untuk melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan. Matlamat kami dunia dan akhirat lebih jelas. Pendekatan ilmu yang banyak menekankan hubungan erat dan penggantungan akrab dengan Maha Kaya membuatkan kami lebih yakin dalam mengharungi setiap cabaran yang datang. Tiada ada apa yang perlu di takutkan kerana rezeki itu milik yang Maha Kaya. Mintalah. Dia Maha Memberi. Allahuakbar.


Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami. Minta dihalalkan semua ilmu yang diberi dan pohon doakan kejayaan kami dalam mencapai impian untuk menambah nilai lebih ramai insan di luar sana. Kami doakan Doc dan keluarga serta semua warga Richworks dilimpahi kasih sayang Allah selamanya.


Terima kasih juga kerana memberi peluang insan kerdil ini mewakili industri MLM dalam sesi Hot Seat di MIECC baru-baru ini. Network Marketing sangat dekat di hati kami kerana di sinilah kami bertatih dalam dunia perniagaan. Di sinilah kami mengumpul kekuatan untuk melihat dunia perniagaan peninggalan Rasulullah s.a.w dan Saidatina Khadijah r.a. Sungguh, kami faham kenapa ramai para nabi menjadi pedagang. Cabaran yang mematangkan berbanding dunia selesa makan gaji.







Tetapi sedih melihat industri ini kerap menjadi bahan manipulasi insan yang mementingkan diri sendiri. Jiwa Network marketing yang di mulakan pada tahun 1956 oleh Dr. Forest C. Shaklee bukan begini. Ia bukan Skim Cepat Kaya. Ia adalah model bisnes keluarga, membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan. Potensi yang luar biasa untuk insan biasa seperti kita! Income 4,5,6 atau 7 angka setiap bulan boleh kita capai, yang penting usaha kita juga harus luar biasa!



Yes, potensi memang besar, itu tidak boleh di nafikan. Tapi itu bukan ruang untuk kita memanipulasi untuk kepentingan diri. Bantu kejayaan insan lain, dan kejayaan anda akan datang tanpa anda sedari. Bila murni niat dan cara, In shaa Allah, kejayaan akan datang dalam keadaan yang tidak di sangka-sangka.


Shaklee mempunyai track rekod supplement terbaik sejak tahun 1915. Semua produk melalui ujian klinikal bertaraf antarabangsa. Satu-satunya supplement yang digunakan oleh NASA ke angkasa.





Syarikat yang kukuh, tak pernah bonus bayar lambat lebih dari 14hb setiap bulan. Ini satu platform menjadikan ia gabungan yang kukuh untuk kita sandarkan masa depan. Sudah ada pewaris dari generasi yang ketiga dan ke-empat setakat ini. 


Bukan mengaggung-agungkan produk luar negara. Itu satu tanggapan yang silap. Apa yang membuatkan saya terikat adalah  kualiti produk shaklee yang hebat, natural teknologi yang kita belum sampai tahap. I just want the best for my clients. Itu sebab utama. 


Sama seperti anda mahukan kenderaan terbaik untuk keluarga, maka anda akan beralih ke kereta-kereta besar yang lebih baik, hebat dan punya tahap keselamatan yang terbaik. Bukan membanggakan produk luar tetapi keselamatan dan keberkesanan yang lebih baik untuk kesan yang terbaik jangkamasa panjang. Sama juga seperti handphone, kenapa guna iPhone dan Samsung berbangding produk kita? It's all about the quality. Just don't get me wrong. Please be rational dalam isu ini. Produk negara kita juga akan sampai ke tahap international standard ini suatu hari nanti In shaa Allah. 


At the moment, saya hanya mahukan kualiti terbaik untuk diri, keluarga dan semua insan yang saya sayangi. That is why Shaklee in the list. Saya pasti anda juga mahukan yang terbaik untuk mereka. Saya harap anda faham niat kami. Nak buat produk berkualiti tinggi seperti ini, kami sendiri tidak mampu. Jika dah ada highway yang orang lain dah sediakan untuk kita, kenapa susah-susah membanting tulang buat jalan sendiri. Just attachkan diri, dan capai kejayaan itu dengan lebih mudah.


Kami mencari 20 ORANG yang komitted, bersikap sentiasa positif, rajin dan semangat ingin belajar serta berimpian  untuk merubah kehidupan mereka melalui 'Program Jejak Jutawan Shaklee'. Kami akan memberi personal coaching, group coaching dan pelbagai seminar di seluruh Malaysia dan Indonesia untuk memastikan kejaan anda dalam perniagaan Shaklee. Kami mensasarkan pencapaian pendapatan RM 1 Juta anda yang pertama dalam masa 3 tahun bersama kami.


Adakah anda yang kami cari? 


Hubungi kami sekarang di 019 771 4430 untuk pendaftaran sebagai Mentee kami dalam Program Jejak Jutawan Shaklee. 


Salam Jutawan dari Future Wellness Presidential Master Team!



Lihat juga : http://www.drmalinda.com/2013/09/my-shaklee-story.html






1 comment:

  1. Saya teruja membaca blog Dr. Malinda ni.Penuh dengan in for masi tentang nutrisi dan syarikat MLM terkemuka dunia ni..Shaklee memang terbaik dan saya baru saja bermula dengannya!
    Jemput singgah ke blog saya di wwwirenevitamin.blogspot.com

    ReplyDelete