KANSER OVARI DAN WANITA PART 2

KANSER OVARI & WANITA | Part 2
.
.
Mungkin kita tak pernah hadapi tapi hakikatnya bila seseorang itu disahkan menghidap kanser, setiap butir perkataan yang keluar dari mulut doktor tu seolah-olah halilintar yang menyambar hati dan perasaan, macam batu besar 100kg yang menghempap di kepala.
Sakit!
.
.
Saya pernah ada seorang kenalan yang disahkan menghidap NPC Stage 3, lepas balik dari klinik, dia berkurung dalam bilik selama 2 minggu dan tak benarkan sesiapa pun masuk dalam bilik tersebut. Punah, ranap, remuk hati usah dikata.
Dia perlukan masa untuk bangkit semula dan dalam masa 2 minggu berkurung tu la baru dia dapat kekuatan untuk meneruskan hidup.
.
.
It’s not that easy frens! Soalan yang akan bermain di minda ialah ‘Berapa lama masa saya ada untuk anak-anak dan keluarga?’.
.
.
Kesihatan tu akan terasa bila kita hilang nikmatnya.
.
.
Kalu time sihat, happy je. Siap upload gambar bangga dengan saiz badan berkali ganda, lepas tu letak status ‘’Ya, aku gemuk. Ada aku kisah apa kau nak kata?’.. aduii.. Jangan cam tu kak, bahaya! Kena la kisah sebab badan kita ni bukan kita punya, Allah bagi pinjam je. Benda yang dipinjam, kena la pulang balik dengan sempurna. Betul?
.
.
Kanser sekarang ni tak mengenal usia. Gaya hidup yang tidak sihat serta diet merupakan penyumbang utama. Kajian menunjukkan 1/3 dari semua jenis kanser sangat berkait rapat dengan pemakanan kita!
.
.
Kenapa Kanser berlaku?
.
Kanser ni satu perkara yang sangat kompleks. Ia bermula dari DNA sel yang rosak dan menyebabkan ia membesar tanpa kawalan dan mengganggu sel-sel lain.
.
Senang kata macam ni, analogi DNA kita ni macam computer juga, dia ada kod tertentu untuk kawal on, off, program etc. Tapi bila computer dah kena virus, semua system hang. Keluar la ntah macam-macam nombor-nombor yang kita pun tak boleh nak baca.
DNA ni pun computer dalam badan kita, bila rosak sistem, dia mula la hasilkan ntah apa-apa protein pelik yang menyebabkan sel tu boleh membesar, merebak dan menggangu sistem yang lain. Mula di ovari, tapi lepas tu merebak ke tempat lain seperti hati, paru-paru, otak, tulang dan mana-mana yang dia suka.
.
Persoalannya?
.
Apa yang menyebabkan DNA kita boleh rosak?
.
Kata kunci di sini ialah ‘INFLAMMASI’ atau ‘KERADANGAN’.
.
Apa benda tu?
.
Contohnya ada kena gigit dengan semut api . Perasankan tempat tu akan jadi merah, gatal, bengkak dan sakit. Itu la inflammasi atau radang.
.
Ia adalah satu tindakbalas sistem badan semulajadi kita terhadap pelbagai anasir luaran dan dalaman yang mengganggu badan kita contoh macam – luka, toksin, stress, cedera, . Ia adalah satu protective mechanism atau respons sistem imun yang normal untuk membaikpulih badan kita.
.
So, apa yang bahayanya?
Bahayanya kalu inflammasi ni berlaku secara berterusan dan keadaan ‘senyap’ atau tidak kita sedari. Chronic inflammation yang paling merbahaya, The Silent Killer!
.
.
Contoh ‘perosak senyap’ yang menyebabkan inflammasi kronik dan merosakkan DNA sel adalah :
.
.
1. Stress yang kronik – beban kerja, boss, stress dengan suami, anak-anak etc.
.
2. Makanan yang tidak sihat - mengandungi banyak pengawet, kimia, kalori berlebihan.
.
3. Gaya hidup yang tak aktif – banyak duduk dari bergerak
.
4. Merokok
.
5. Toksik – dari pencemaran air, udara dan pelbagai ubat-ubatan, supplements yang tidak mempunyai ujian klinikal, kosmetik yang mengandungi racun tersembunyi.
.
6. Obesiti - sel lemak adalah 'inflammatory organ'
.
7. Jangkitan kuman – terutamanya ‘recurrent infection’.
.
8. Alkohol
.
.
Sekarang anda dah tahu tentang INFLAMMASI. In shaa Allah, artikel seterusnya saya akan share jenis-jenis makanan dan aktiviti yang boleh mengurangkan inflammasi dan seterusnya meningkatkan risiko terkena penyakit kanser. Bukan sahaja kanser ovari, tapi semua jenis kanser.
.
Nak tau?
.
Sila komen ‘NAK’. Cukup 40 komen, esok sy akan share ya.
.
BOLEH?
.
.
- Dr Malinda
********************
Terlepas artikel pertama?


Comments

  1. Terima kasih Doc info yang bermanfaat,

    Jom lawat blog saya http://vitamindotcom.blogspot.my/2017/03/pengesanan-awal-cegah-kanser-di.html?m=0

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Doc info yang bermanfaat,

    Jom lawat blog saya http://vitamindotcom.blogspot.my/2017/03/pengesanan-awal-cegah-kanser-di.html?m=0

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK