APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SEMBELIT

Constipation Facts : #1
ADAKAH ANDA TERMASUK DAAM KATEGORI SEMBELIT?

.
.
Bila kata sembelit je mesti ramai yang tak nak mengaku.. hihi 😅
.
Sy pernah jumpa sorang kakak ni yang buang air besar, sekali shj dalam masa 2 minggu dan dia berkeras kata dia ok! Aduii.. sian 😂😂
.
Ok la, tak nak citer banyak.
.

No automatic alt text available.

Meh kita tengok ‘ROME III Criteria For Chronic Constipation’. Mana tau kot kita pun salah seorang yang ada prob ni 😉
.
Tanda simptom yang anda ada ye 👌🏼.
( 1 simptom = 1 markah )
.
.
ROME lll CRITERIA FOR CHRONIC CONSTIPATION :

(1). Mempunyai sekurang-kurangnya 2 dari simptoms di bawah :

a) Meneran atau ‘straining’ masa buang air besar at least sekali dalam 4 kali episod membuang.

b) Najis keras atau ‘lumpy/hard’ - bulat2 dan keras at least sekali dalam 4 kali episod membuang.

c) Rasa tak puas membuang atau Rasa tak ‘keluar habis’ najis tu - at least sekali dalam 4 kali episod membuang.
.
d) Rasa seperti ada yang tersumbat atau 'blockage' ketika membuang air besar -
at least sekali dalam 4 kali episod membuang.

e) Terpaksa meneran utk keluarkan najis atau menggunakan cara lain (spt : menggunakan jari atau alat) - sekurang-kurangnya at least sekali dalam 4 kali episod membuang.
.
f). Kurang dari 3 kali membuang air besar dalam tempoh masa seminggu.

(2) Najis yang cair atau lembut jarang ada kecuali jika menggunakan ubat julap atau 'laxatives'

(3) Tidak mempunyai masalah Irritable Bowel Syndrome.
.
.
Ok, dah tengok kriteria di atas?

Anda ada berapa tanda?

Cuba jumlahkan.

—> Sekiranya anda mempunyai 2 atau lebih tanda pada kriteria di atas, dalam masa sekurang-kurangnya 12 minggu (dalam masa 6 bulan lepas) : Anda mempunyai masalah Sembelit Kronik.
.
Sembelit Kronik menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan dan seterusnya mengakibatkan penyerapan semula toksin dalam salur darah.

Camner results?

Ok?

Nak tau lebih detail ttg topik ni?

Stay tune untuk fakta seterusnya.

- Dr Malinda


Image may contain: one or more people and text

Constipation Facts : #2

4 KEBURUKAN BILA TAHAN BUANG AIR BESAR |
.
Bila time busy, banyak kerja, tengah meeting, tengah appointment, tengah dating, kita kadang-kadang terpaksa ‘hold in poop’ sebab ada benda penting nak diselesaikan.
.
.
Tapi... Apa yang berlaku jika kita kerap tahan bila dah ada rasa nak membuang air besar ni?
Nampak macam ‘tak apa’ tapi jom tengok apa kesan negatif sebaliknya?
.
.
4 KEBURUKAN BILA TAHAN BUANG AIR BESAR |
.
1. Bila tahan, najis akan tersimpan lama. Bila lebih lama dalam usus besar, lebih banyak air akan diserap semula dari najis tersebut.
—> Hasilnya, najis akan jadi lebih keras sehingga kita terpaksa berkurung lama untuk mengeluarkan najis yng bersaiz ‘kepala budak’ itu.. hihi 😂
.
.
2. Bila najis besar dan keras, anda akan terpaksa meneran lebih kuat untuk mengeluarkannya.
—> Ini akan menyebabkan tekanan dalam abdomen meningkat, dan boleh menyebabkan otot-otot dan salur darah dibahagian dubur menjadi lemah, dan seterusnya menyebabkan buasir. Mula-mula buasir didalam tetapi lama-lama boleh berdarah dah terbonjol keluar. Serius haru 😰
.
.
3. Selalu tahan nak membuang menyebabkan anda merencatkan sistem ‘neuromuscular reflex’ ataupun saraf reflex yang menyebabkan anda mempunyai ‘gesa’ untuk membuang.
—> Lama kelamaan, ‘tangki bawah’ dah nak penuh pun anda tak rasa. Sistem rosak. Tiada lagi maklumat dihantar ke otak untuk memberi ‘signal’ yang telah cukup tempoh membunuh. Parah 😰
.
.
4. Najis ni adalah kombinasi bahan buangan yang terdapat dalam badan kita termasuk juga toksin dan bakteria.
—> Lebih banyak toksin diserap semula akan meyebabkan proses detoksifikasi anda semakin tidak efektif, immune sistem menjadi lemah dan boleh menyebabkan situasi yang lebih parah seperti allergic, leaky gut syndrome, weight gain dan lebih parah meningkatkan risiko untuk kanser!
.
.
Bahaya kan?

So, lepas ni kalu dah ada panggilan ‘nature’ tu, jangan tunggu-tunggu. Beri je layanan istimewa 😉

Stay tune utk Constipation Facts yg seterusnya.

- Dr Malinda

Comments

  1. Bab sembelit ni paling risau masa mengandung dan berpantang

    ReplyDelete
  2. Those who hv diabetic cam ner Doc..??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG? BOLEH TRY CARA NI.

SLIMMING MASTERCLASS 2.0