KANSER OVARI DAN WANITA PART 3

KANSER OVARI & WANITA | Part 3
.
Terima kasih kepada anda yang telah LIKE, SHARE dan Komen 'NAK' pada artikel sebelum ni. Seperti yang dijanjikan, kalu cukup 40 komen saya akan share artikel seterusnya, menjadi inspirasi untuk saya terus berkongsi.
.
Saya doakan semoga Allah memberikan anda kesihatan yang terbaik dan terpelihara dari penyakit merbahaya. Aaminn.
.
.
Semalam kami pergi layan cerita ‘Syurga Yang Tak Dirindukan 2’. Cerita yang simple tapi menyentuh juga jiwa.
Kebetulan cerita yang menyelami penderitaan pesakit yang menderita kanser pangkal rahim yang telah metastasis atau merebak ke bahagian otak. Saat kehilangan yang perit untuk insan tersayang. Menarik, pergi la tengok..hihi
.
.
Rawatan standard untuk kanser biasanya surgery, radiotherapy dan chemotherapy. Perit jerih nak melalui satu per satu rawatan tu bukan mudah. Memang memerlukan ketabahan dan jati diri yang tinggi.
.
.
Dalam artikel kedua saya share tentang kunci kepada penyakit kanser ini ialah Inflammasi. Inflammasi kronik akan merosakkan kestabilan DNA dan menyebabkan sel membiak dan merebak tanpa kawalan.
.
.
Sel kanser sekarang ni semakin ‘pandai’ dan resistant terhadap rawatan. Lebih cerdik dan bijak kerana Ia mampu membentuk saluran darah baru (Angiogenesis) untuk supply lebih banyak oksigen dan nutrient ‘makanan’ yang diperlukan untuk dia membesar.
.
.
Dan dalam approach atau pendekatan baru untuk mengawal dan membunuh sel kanser ini ialah kita perlu fokus atau attack kepada saluran darah yang mengalir kepada sel kanser tersebut – STOP pembentukan saluran darah baru dan hentikan semua nutrient yang menyumbang kepada 'kegemukkannya'.
.
.
Kita bukan hanya target pada sel kanser tapi pada akar umbinya! Hentikan semua supply oksigen dan makanan untuk dia dan koloninya, dan biarkan mereka terbantut pertumbuhannya!
.
.
Dan tahukan anda bahawa GULA adalah makanan kegemaran sel-sel kanser?Taking sugar means you are FEEDING your cancer cells!
.
Kajian menunjukkan dalam sel badan badan manusia mempunyai microtumour yang tidak dapat dikesan secara klinikal. Samada ia akan aktif atau tidak – bergantung pada diri seseorang itu, gaya hidup, diet dan pelbagai faktor yang menyumbang kepada keradangan atau inflammasi yang kita bincangkan sebelum ini.
.
.
Gaya hidup kita, pemakanan kita semuanya menyumbang samada mikrotumour itu akan aktif atau dorman. We have a choice and it can be prevented!
.
.
Dalam pendekatan Nutrition therapy – kita fokus untuk pada berikan natural ‘anti-canser phytochemical’ melalui diet harian setiap hari. Walau sedikit, tapi setiap hari ia akan memberi impak fdalam jangka masa panjang. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kumpulan makanan yang mempunyai banyak bahan yang mempunyai sifat anti-kanser ini.
.
.
Apa pulak Phytochemical ni??
.
.
Phytochemical ni adalah bahan yang dihasilkan oleh sesuatu jenis tumbuhan yang memberi ciri pada sesuatu tumbuhan dan buahan tersebut dan ia juga merupakan sistem pertahanan mereka dari pelbagai serangan mikroorganisma lain - ia mengandungi antibakteria, antifungal, insecticidal properties – ini membolehkan tumbuhan itu tersebut terus hidup.
.
.
Ada beberapa tumbuhan dan buahan yang mempunyai phytochemical yang sangat powerful sebagai nutritsi anti-kanser. Dibawah ni saya sertakan antara 11 makanan tersebut :
.
1. Kunyit
Phytochemical : Cucurmin
2. Anggur
Phytochemical: Resveratrol
3. Bluberries
Phytochemical: Delphinidin
4. Buah citrus
Phytochemical: Limonene
5. Strawberries
Phytochemical : Ellagic acid
6. Bawang putih
Phytochemical: Diallyl sulphide
7. Teh hijau
Phytochemical: Epigallocatechin-3-gallate (EGCG)
8. Kobis
Phytochemical: Indole-3-carbinole
9. Soya beans
Phytochemical: Ganistein
10. Brocolli
Phytochemical: Sulphoraphane
11. Tomato
Phytochemical : Lycopene
Hebatkan? Bagaimana makanan kita sebenarnya boleh jadi ubat atau boleh jadi 'slow poison'. Tangan yang memilih apa yang dimasukkan ke dalam mulut kita juga adalah tangan kita. Let's make a better choice, for us and for the family!
.
.
Fell free utk SHARE artikel ini supaya lebih rakan-rakan kita boleh buat shopping untuk makanan yang lebih sihat, berkhasiat dan mencegah pembentukan sel kanser.
.
.
Nak saya share lebih detail lagi setiap satu jenis makanan di atas? Kalu nak, bgtau ye

Semoga bermanfaat untuk kita semua!
.
.
- Dr Malinda

KANSER OVARI DAN WANITA PART 1

KANSER OVARI DAN WANITA PART 2

PROGRAM KURUS dengan PERSONAL DOKTOR

PROGRAM KURUS dengan EBOOK





Comments

  1. Terima kasih Dr Malinda atas perkongsian yang sangat menarik ni. Mohon untuk sy share di fb saya ye.tq
    saya sgt teruja nak tahu details setiap jenis makanan yg Dr share di atas.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Dr Malinda atas perkongsian yang sangat menarik ni. Mohon untuk sy share di fb saya ye.tq
    saya sgt teruja nak tahu details setiap jenis makanan yg Dr share di atas.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi Dr Malinda.mohon share di Fb ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG? BOLEH TRY CARA NI.

SLIMMING MASTERCLASS 2.0