KANSER OVARI DAN WANITA

KANSER OVARI & WANITA |
.
.
Dari semalam sehingga pagi ini inbox saya menerima banyak soalan bertanyakan tentang Kanser Ovari. Sekarang ni memang kerap kita dengar kenalan kita yang menderita akibat kanser-penyakit yang membunuh ramai golongan muda.
.
.
Masih segar dalam ingatan saya masa saya bertugas di hospital dulu, saya dipanggil ke Wad Sakit Puan untuk review satu keputusan ECG (sbb masa tu saya MO di Wad Perubatan).
She was Stage 4 Ovarian Cancer patient. Sel kanser dah merebak ke otak, hati dan paru-paru. Dia sedang tenat, tidak sedarkan diri dan melalui saat-saat terakhir dalam hidupnya.
.
.
As a doctor, masa tu saya rasa adalah masa yang terbaik untuk dia menghabiskan saat terakhir bersama insan-insan tersayang. Kami buat keputusan untuk tidak menggunakan bantuan mesin pernafasan untuknya kerana peluang untuk terus hidup sangat tipis.
.
Let the last moment will be the precious moment for her family. Biarkan anak-anak kecil menatap wajah ibu yang mereka sayangi. Beberapa jam selepas itu beliau menghambuskan nafasnya yang terakhir.
.
.
Kanser sistem peranakan wanita antara pembunuh utama wanita. 1 dalam 70 wanita berisiko. Cuma, kebanyakan kita tidak sedar dan lambat untuk mengesan kehadiran penyakit tersebut.
.
.
Jom kita tengok skit fakta tentang Kanser Ovari ni.
.
.
Tahap atau stage kanser ni bergantung pada tahap rebakan sel kanser tersebut.
Tahap satu ni biasanya tidak banyak menunjukkan symptoms. Sel kanser masih berada di dalam ovary. Tetapi antara simptoms tidak spesifik yang boleh ada ialah :
.
1. Sakit di bahagian bawah abdomen (bahagian ari-ari)
2. Rasa kembung atau ‘bloated’ dibahagian abdomen
.
Dan apa yang membezakan simptoms ini dengan penyakit yang lain adalah simptoms yang ada menjadi semakin teruk.
.
Jika kanser dah merebak ke bahagian diluar ovari, tetapi masih berada di lingkungan bahagian tulang punggung (Stage 2 dan 3), biasanya wanita akan mula mengalami simptoms seperti :
.
1. Pendarahan yang abnormal (terutamanya pendarahan selepas menopos)
2. Sakit dibahagian ari-ari (lower abdominal pain)
3. Sakit ketika melakukan hubungan seks
4. Sakit belakang
5. Kerap kencing
6. Sembelit
7. Bengkak di bahagian perut (abdomen)
8. Hilang selera makan
.
Jika kanser tahap 4, sel-sel kanser telah merebak di luar kawasan ovari seperti di paru-paru, hati ataupun otak. Peskit boleh menunjukkan simptoms seperti :
.
.
1. Hilang selera makan
2. Turun berat badan
3. Cepat letih
4. Sembelit
5. Sesak nafas
6. Perut semakin membesar
Apa yang menyebabkan Kanser Ovari ni?
Seperti kanser yang lain, sel-sel kanser merebak disebabkan kombinasi beberapa faktor seperti :
.
1. Faktor genetik
.
Jika keluarga terdekat mempunyai sejarah kanser ovary atau kanser payudara, risiko wanita tersebut untuk mendapat kanser lebih tinggi berbanding wanita lain.
Boleh buat genetic screening
2. Umur
.
Biasanya berlaku pada wanita yang berusia 65 tahun ke atas. TApi sekarang ni lain, muda-mudah pun dah kena.
3. Total lifetime ovulation
.
Lebih banyak kali pregnant --> risiko lebih rendah
Usia mula period lebih muda --> lebih berisiko tinggi
Umur menopause lebih tua --> risiko lebih tinggi
Tidak pernah hamil
4. Pernah mengalami kanser payudara (related dengan BRCA 1 gene)
.
5. Mengambil rawatan HRT (Hormone replacement therapy)
.
6. Obesiti
Obesiti memang meningkatkan risiko almost semua jenis kanser.
.
7. Endometriosis – Mempunyai 30% risiko mendapat kanser ovary berbanding wanita lain.
Macamana nak kesan?
.
Doktor akan buat pemeriksaan kesihatan dan beberapa ujian darah. X-ray, Ultrasound, CT-scan, MRI dan pelbagai lagi ujian lain yang perlu untuk diagnosis dan menentukan stage kanser tersebut.
.
Rawatan?
.
Biasanya merangkumi rawatan seperti operation, chemotherapy ataupun kombinasi dengan radiotherapy.
.
Tapi kita kalu boleh tak mau la kena penyakit ni. Mencegah tu lebih baik dari merawat.
.
Nantikan artikel seterusnya, tips penting untuk MENCEGAH diri kita agar terhindar dari penyakit merbahaya ini.
.
Mudah-mudahan. In shaa Allah.


Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK