KESAN GULA PADA HATI SAMA MACAM ARAK?

Bila sebut Arak atau Alkohol. Memang kita takkan sentuh sebab tahu bahayanya dan haramnya. Kita tahu ramai peminum arak tegar selalu berakhir dengan hati yang gagal berfungsi. Memang kita tak ambil, apatah lagi membenarkan anak-anak mengambilnya. Tapi bagaimana dengan gula?? Soft drinks? Candy? Jom luangkan skit masa kita untuk baca dan faham. Ini mungkin akan menyelamatkan anda dan seluruh keluarga anda. . Apa itu Gula? ( Saya merujuk di sini tentang Gula Putih, Gula Pasir dan yang sewaktu dengannya). Gula putih adalah jenis SUKROSA iaitu kombinasi dua jenis gula asas iaitu GLUKOSA + FRUKTOSA dengan nisbah 50% :50%. Ok. Jangan panik dengan perkataan-perkataan di atas. Simple je sebenarnya. Glukosa dan Fruktosa ni adalah unit yang paling asas bagi kumpulan karbohidrat. Gula putih yang kita ambil itu adalah jenis karbohidrat yang telah melalui pelbagai proses untuk menjadikannya dalam bentuk kristal putih (Gula ini biasanya dihasilkan dari tebu, jag...