KESAN GULA PADA HATI SAMA MACAM ARAK?

Bila sebut Arak atau Alkohol. Memang kita takkan sentuh sebab tahu bahayanya dan haramnya.

Kita tahu ramai peminum arak tegar selalu berakhir dengan hati yang gagal berfungsi.

Memang kita tak ambil, apatah lagi membenarkan anak-anak mengambilnya.

Tapi bagaimana dengan gula?? Soft drinks? Candy?




Jom luangkan skit masa kita untuk baca dan faham.

Ini mungkin akan menyelamatkan anda dan seluruh keluarga anda.
.


Apa itu Gula?
(Saya merujuk di sini tentang Gula Putih, Gula Pasir dan yang sewaktu dengannya).

Gula putih adalah jenis SUKROSA iaitu kombinasi dua jenis gula asas iaitu GLUKOSA + FRUKTOSA dengan nisbah 50% :50%.

Ok. Jangan panik dengan perkataan-perkataan di atas.

Simple je sebenarnya.

Glukosa dan Fruktosa ni adalah unit yang paling asas bagi kumpulan karbohidrat. 

Gula putih yang kita ambil itu adalah jenis karbohidrat yang telah melalui pelbagai proses untuk menjadikannya dalam bentuk kristal putih (Gula ini biasanya dihasilkan dari tebu, jagung ataupun beet root).

Rajah dibawah adalah proses pembuatan gula. Tebu melalui pelbagai proses untuk asingkan menjadi kristal yang berwarna putih.

Apa yang perlu kita faham di sini ialah, GULA PASIR adalah bahan yang telah diproses, dibuang segala nutrisi yang dalam tebu tersebut dan apa yang tinggal hanyalah gula ringkas iaitu SUKROSA (Glukosa + Fruktosa)/

Jelas?



Proses pengasingannya begitu complicated semata-mata untuk ektrak satu bahan yang paling manis dalam tebu tersebut dan membuang semua bahan nutrisi yang lain.

Hasil proses di atas ialah SUKROSA (iaitu Glukosa dan Fruktosa dalam nisbah 50% :50%)

Glukosa kita dah biasa tahu tentang bahayanya.

Gula dalam darah yang selalu kita sebut ialah sebenarnya merujuk pada tahap glukosa dalam darah (Bukan tahap fruktosa).


Bila glukosa diambil berlebihan, ia akan meningkatkan gula dalam darah dan boleh mendatangkan penyakit kencing manis, kegemukan, jantung, potong kaki dan pelbagai komplikasi yang lain.



Maklumat ni rasanya jelas dan kita tahu, cuma kadang-kadang kita buat macam tak tahu..hihi (Sebab gula ni memang mendatangkan ketagihan, susah nak berhenti jika jiwa tak cukup kental nak berubah).

Setuju?

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam perubahan. In shaa Allah.

Ok.

Berbalik pada SUKROSA atau GULA PASIR tadi.

Satu molekul Glukosa. Satu lagi molekul Fruktosa. Betul?

Fruktosa ni apa pula??

Ia adalah salah satu Karbohidrat ringkas yang ada dalam Gula tadi tetapi kesannya terhadap badan adalah berbeza!

Ya. Fruktosa hanya boleh diproses oleh hati. Sel-sel badan kita tidak boleh menggunakan Fruktosa sebagai tenaga.

Apa kesannya?

Bila kita ambil banyak makanan yang mengandungi FRUKTOSA ni, sel-sel hati kita akan 'tersiksa' kerana hanya hati sahaja yang boleh menukarkannya!

Fruktosa yang berlebihan dalam badan akan ditukarkan dan disimpan sebagai TRIGELISERIDA oleh sel-sel hati dan dipindahkan kepada sel-sel lemak!



Anda pernah dengar tentang HFCS? (High Fructose Corn Syrup)

Tahukah anda gula jenis HFCS ini lebih bahaya dari Gula Pasir?

Kandungan Fruktosa dalam gula jenis ini lebih tinggi! (Fruktosa 60% : Glukosa 40%)

Dan yang paling sadis ialah fruktosa ini diproses dalam badan sama seperti ethanol ataupun alkohol!

Ia berisiko memberi kesan yang sama seperti arak ataupun alkohol!

(https://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2012/09/09/ethanol-alcohol-and-fructose.aspx)

Tidak hairan jika ada kajian menunjukkan seawal 5 tahun, kanak-kanak boleh mula mendapat 'fatty liver' ataupun hati berlemak.



Fenomena di sekolah, tak sukar untuk nampak kanak-kanak yang obese dan mungkin jika pemeriksaan ultrasound hati, mungkin ada diantara mereka yang dah mula mempunyai hati yang berlemak.

Bukan itu sahaja, gula juga meningkatkan tahap kolestrol dalam darah. Berkait dengan pelbagai penyakit kronik - Obesiti, Penyakit jantung, Gout, Kanser dan you just name it!

Memang susah juga nak kurus jika ambil makanan-makanan begini.

Jom tengok contoh makanan yang ada banyak HFCS ni.



Makin banyak yang kita kaji, makin banyak lagi yang perlu digali.

80% makanan yang terproses dipasaran US mengandungi HFCS.

Malaysia macamana?

Fikir-fikirkan...



#JihadSihat,

Dr Malinda

#SlimmingMasterclass
WA 018 663 4639





Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

PERIA KATAK

NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG? BOLEH TRY CARA NI.