BUDGET, GULA DAN KITA.
Excited nak dengar pembentangan budget untuk bidang kesihatan semalam. Budget 2014 : RM3.3 Billion untuk meningkatkan infratruktur Hospital dan ubat serta rawatan terbaru, 50 Klinik 1 Malaysia utk tahun 2014 dan 6400 jawatan untuk tenaga baru jururawat. Dan yang paling ketara sekali – Untuk mengelakkan penyakit kencing manis yang semakin meningkat - Subsidi harga gula dimansuhkan sepenuhnya. Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilo. Saya tak la terasa sangat dengan kenaikkan gula ni, sbb kalu sekilo gula kat rumah tu, mahu tahan 2-3 bulan. Cuma saya terfikir, saban hari semakin banyak klinik, semakin banyak hospital swasta tumbuh bak cendawan selepas hujan adalah asbab semakin ramai orang yang sakit. Berbillion-billion peruntukan untuk beli medical equipment yang canggih-canggih. Semuanya fokus kepada rawatan pesakit yang dah kena penyakit. Itu sememangnya sangat penting. Tetapi, dengan keadaan peningkatan kes-kes penyakit kronik Di Malaysia yang tak menunjukkan tanda-tanda untuk