BUDGET, GULA DAN KITA.

Excited nak dengar pembentangan budget untuk bidang kesihatan semalam. 




Budget 2014 : RM3.3 Billion untuk meningkatkan infratruktur Hospital dan ubat serta rawatan terbaru, 50 Klinik 1 Malaysia utk tahun 2014 dan 6400 jawatan untuk tenaga baru jururawat.

Dan yang paling ketara sekali – Untuk mengelakkan penyakit kencing manis yang semakin meningkat - Subsidi harga gula dimansuhkan sepenuhnya. Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilo. Saya tak la terasa sangat dengan kenaikkan gula ni, sbb kalu sekilo gula kat rumah tu, mahu tahan 2-3 bulan.

Cuma saya terfikir, saban hari semakin banyak klinik, semakin banyak hospital swasta tumbuh bak cendawan selepas hujan adalah asbab semakin ramai orang yang sakit.

Berbillion-billion peruntukan untuk beli medical equipment yang canggih-canggih. Semuanya fokus kepada rawatan pesakit yang dah kena penyakit. Itu sememangnya sangat penting. Tetapi, dengan keadaan peningkatan kes-kes penyakit kronik Di Malaysia yang tak menunjukkan tanda-tanda untuk turun. Kenapa tak banyak usaha untuk pencegahan atau Primary prevention?

Kenapa daun pokok yang busuk hanya dipotong pucuknya, kenapa tidak di rawat akarnya?

Naikkan harga gula, tak bermaksud orang akan berhenti ambil gula. Naikkan rokok tak semestinya orang berhenti hisap rokok. Betul ke Betul?

Pengalaman saya bila kami membuat proposal untuk mengadakan latihan kesihatan untuk syarikat-syarikat swasta atau badan-badan kerajaan, memang jelas tak ramai yang nampak ‘the urgency’ Pendidikan kesihatan untuk orang ramai.

Berapa la sangat kos untuk pencegahan berbanding dengan semua mesin-mesin canggih itu.

Kebanyakkan HR Department lebih memusatkan kursus atau latihan kepada kursus-kursus produktiviti, prestasi dan peningkatan kerjaya.

Tidak pernah ada latihan untuk pendidikan kesihatan.

Jika kita sakit,tak ada maknanya semua itu. Hanya kos perubatan syarikat dan negara yang mencanak meningkat.

Kesihatan adalah permulaan semua kejayaan!

Budget untuk pembelian ’breast implant’ juga dipertingkatkan untuk pesakit yang kehilangan payudara akibat kanser. Ya itu penting, tapi saya tahu ramai wanita diluar sana tidak suka payudara mereka dipotong!

Tanpa ilmu tentang pencegahan, tak akan ada kesedaran hatta tindakan. Terus dengan makanan segera , cara hidup yang tidak sihat, toksik di mana-mana – hanya mengundang lebih ramai pesakit kanser.

Rawatan seorang pesakit kanser boleh mencecah sehingga RM200K. Kalupun ada budget sebanyak 1 juta, hanya untuk 5 individu sahaja! It really costly. Apa nasib yang lain?

Saya pasti ramai anda diluar sana tidak mahu pengalaman melalui kimoterapi akibat kanser, tidak mahu di belah dada akibat bypass jantung atau dicucuk setiap 2-3 hari untuk dialysis!

In shaa Allah, saya dalam perancangan untuk membentangkan proposal pendidikan kesihatan dan latihan-latihan serta seminar-seminar dalam bidang kesihatan kepada pihak atasan terutamanya untuk golongan belia di Malaysia.

Doakan usaha saya dalam meningkatkan tahap kesihatan ummah dipermudahkan.

Kesihatan adalah nikmat yang perlu kita usahakan.

- Dr. Malinda

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG? BOLEH TRY CARA NI.

SLIMMING MASTERCLASS 2.0