TIPS CEGAH KEMATIAN PRAMATANG

NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA

Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita kematian anak saudara di usia 39 tahun. Setelah itu, di facebook pula berita kematian artis ketika saya di zaman remaja, Allahyarhamah Noreen Noor di usia 54 tahun akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.




Walaupun Allah lebih menyayangi mereka, tetapi kematian di usia muda pastinya sangat memberi kesan terutamanya anak-anak yang di tinggalkan. Kerugian kepada negara kerana usia produktif adalah sekitar 60 tahun.

Ada ketikanya kita terlalu menjaga orang lain sedangkan kita sebenarnya perlu ambil berat tentang diri kita, kerana tanpa kita sebagai 'anchor' atau sauh dalam keluarga, kapal akan hilang arah tuju. Mata-mata kuyu itu pasti menangis rindukan pelukan kita..

Pengalaman saya, ramai yang tidak berapa kisah tentang kesihatan diri. Nikmat yang Allah beri percuma, selalu diambil sambil lewa. Kesihatan itu satu yang perlu kita usahakan.


Setiap kali saya memberi seminar atau ceramah-ceramah kesihatan.. Soalan yang saya biasa akan tanya ialah ~ " Siapa yang tahu Tekanan darah, Level gula & Kolestrol dalam darah dia?" Biasanya hanya 10% sahaja yang akan angkat tangan.. Yang lain? Apa citer?..

Rasa-rasanya apa alasan mereka? Standardnya adalah ~ Saya takut jarum, Saya pitam tengok darah, Saya muda lagi, Saya sihat tak rasa apa-apa pun, Saya tak de masa nak pegi klinik, Saya takut nanti ambil darah tahu ada penyakit, Saya itu.. Saya ini.. dan lain lain lagi... Alasan semua betul.. tapi tetap juga alasan.. Betul betul?? 

Dulu memang cadangan ambil ujian saringan kesihatan umur 40 tahun ke atas.. Tapi sekarang ni dah tak relevan lagi! Sebab ramai yang muda-muda dahada Darah tinggi, Kencing manis, Kolestrol Tinggi, Sakit Jantung, Kanser dan macam-macam lagi..!! Kalu nak tunggu umur 40 tahun ~ Ramai yang dapat komplikasi dari penyakit-penyakit tersebut.. Hatta ramai yang boleh dapat kematian mengejut! huhuhu...

Allah Maha Adil.. Proses nak dapat penyakit kronik ini tak ambil masa 1 atau 2 hari.. Ia mengambil masa berbulan & bertahun untuk developed.. Biasanya penyakit kronik ini pun berlaku disebabkan cara hidup kita sendiri ~ so, Allah bagi kita masa & ruang untuk memperbaikinya!! Tapi biasanya kita tak 'grab' opportunity yang diberi! Hanya bila dah tahap teruk baru kita sibuk nak jaga.. Kereta kalu dah overhaul, susah nak service.. Betul betul??

Kesan sebarang perubahan yang kecil dalam diri melalui ujian darah secara berkala .. Bila ada sebarang perubahan yang kita dapat kesan lebih awal ~ Lebih mudah untuk mencegah! 'Science-based disease Prevention Program' adalah usaha anda untuk mencegah sebarang risiko untuk penyakit kronik dan mempunyai potensi untuk menambah usia kita!

Basic yang anda perlu tahu tentang diri anda adalah :

1) BMI dan Ukuran Lilitan Linggang

2) Tekanan Darah

3) Ujian darah :
- Full Blood Count (Hemoglobin, sel darah putih, platlet dll)
- Gula dalam darah (Fasting Blood Sugar & HBA1c)
- Ujian Fungsi buah pinggang
- Ujian Fungsi Hati
- Ujian Kolestrol
- Ujian Fungsi Tiroid
- Hs-CRP & Homocysteine Level

4) Ujian Air kencing (Urine)

Hs-CRP dan Homocysteine biasanya di jalankan di hospital ke atas pesakit yang 'suspected' serangan jantung.. Tetapi.. dalam 'Preventive Medicine' ~ kita TAK NAK kena serangan jantung, so.. Ujian ini sangat penting sebab akan menunjukkan berapa teruk radang atau inflammasi dalam badan kita yang boleh menyebabkan kita dapat penyakit kronik pada masa akan datang!! Interesting kan??

Tapi kalu tak check darah camner nak tau?..hihi.. Hidup lah kita dalam keadaan yang kita 'assumed' yang kita ok.. tup tup.. macam-macam penyakit datang.. huhu.. Mintak-mintak dijauhkan la kan... Nauzubillah...

Masa setengah jam terlalu singkat untuk kita shopping, tapi terlalu lama untuk kita luangkan ke makmal atau klinik untuk ujian kesihatan...Kalu kita sendiri tak ada masa untuk jaga diri, jangan kecewa bila orang lain pun tak ada masa nak jaga kita bila kita terlantar sakit nanti!!

RM150 nampak 'Murah' untuk service kereta.. tapi nampak 'Mahal' untuk service Empunya Kereta! Jasad kita adalah Amanah Allah yang perlu kita jaga... Biarlah masa kita 'Pulangkan Semula' nanti dalam keadaan yang paling sempurna... In shaa Allah...

Ayuh kita fikir-fikirkan... Like & Share If You Concern about others too...

Life is Once & Get The Best Out Of It !!

- Dr. Malinda

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK