Bagaimana Memulakan Intermittent Fasting untuk Menurunkan Berat Badan
Bagaimana Memulakan Intermittent Fasting untuk Menurunkan Berat Badan Intermittent Fasting (IF) merupakan salah satu pendekatan cara untuk menurunkan berat badan yang efektif. IF melibatkan corak pemakanan yang teratur antara tempoh berpuasa dan makan , ia menekankan waktu makan dan apa yang dimakan. Walaupun banyak perkongsian saya di facebook dan media sosial lain tentang IF sebelum ini, jom kita ulang semula membincangkan cara memulakan Intermittent Fasting untuk menurunkan berat badan dengan berkesan. Apa Itu Intermittent Fasting? Intermittent Fasting merujuk kepada pola pemakanan yang menghadkan tempoh makan dan memanjangkan tempoh tidak makan. Dalam ertikata mudah, IF sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan kekerapa makan kita kerana selama ini kita suda terlebih makan. IF mengaktifkan semula sistem pembakaran lemak kita yang telah lama tersimpan. IF membantu kita untuk mencintai rasa lapar untuk manfaat kesihatan. Dalam tempoh berpuasa, tubuh tidak menerima sebarang sumbe