KENAPA RAHIM BENGKAK?

Alhamdulillah.

Perkongsian saya di fan page dan personal fb berkenaan dengan isu ini sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat dan info kepada ramai orang di luar sana. Segala pahala yang mengalir dari perkongsian ilmu Allah ini saya sedekahkan kepada ibu dan arwah ayah yang banyak berjasa untuk mendidik saya. In shaa Allah. Al-fatihah.

Di sini saya kongsika dengan lebih banyak gambar ilustrasi yang dapat memberi info lebih jelas kepada anda semua.

Ini adalah gambarajah struktur rahim seorang wanita. Ini 'rumah' kita semua selama 40 minggu. Kalu anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya.. hihi :)





Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri dari :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika dapat disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.



Ok,

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. 
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]



Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.

Antara 4 Faktor Utama adalah  :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.






3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.

Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.




4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.





Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal



Perlukah Pembedahan?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar  anda perlu melakukan pembedahan.




Huhu... kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh...


So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai  fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.

6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.



Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 
Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.



Antara Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.

-GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO.  Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural. 

-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?

Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau 'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu

The best memang la olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.

Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan  gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Becareful of that.

Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.

Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.





Ok,

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Feel free utuk kongsikan info ini jika anda rasa ia boleh membantu rakan-rakan dan keluarga tersayang anda.

Take care of your health.

'Kesihatan Adalah Kekayaan'

Wallahualam.




Luv always,

Dr. Malinda

Comments

  1. Good explanation dr. Semorang melatah bila timbul isu ni. Even langsung tade bukti sahih. Saya sbg distributor shaklee pon terkesan sama.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas. Good explaination.

    Moga wanita-wanita lebih faham dan tak mudah melatah dan menuduh.

    Tapi saya faham, mereka sayang kepada tubuh badan yang dikurnia Allah. Cuma terlalu cepat membuat konklusi menyalahkan produk yang diambil memberi impak kepada orang lain.

    Natrah Mohamed
    Www.natrahmohamed.com

    ReplyDelete
  3. tahniah..semuga Allah membalas perkongsian ilmu ini..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Lega rasanya..

    ReplyDelete
  5. Dr, saya pohon share info ni di blog ya. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. tqvm dr...boleh tak nak share info dalam ni? www.khadijahbeautyshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yg menarik, dan meyakinkan apabila dtg dr doc sndri :)

    www.ourlovebonding.com

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Dr. Malinda atas perkongsian ;)

    www.cahayavitamin.com

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian doktor. Mohon share dalam blog saya. Saya akan kredit kepada doc :)

    Nordiyana Jamal, agen Shaklee Melaka
    www.caramudahhamil.com

    ReplyDelete
  10. penerangan dah jelas ni doc. sangat clear untuk wanita seperti kita. saya pernah bulan 3 ari tu warded sbb sakit perut yang teramat sangat. scan punya scan doc kata ada cyst 5cm. haa cane tu? terus kena puasa sbb katanya nak buang memandangkan saya dalam kesakitan yang amat sangat. esoknya scan dilakukan lagi sekali oleh doc pakar dan katanya tiada sebarang cyst yang ditemui.. hihihi.. x jadi la nak operate :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, tahniah Dr atas perkongsian ini.
    Mohon share dalam blog saya. Kredit kepada doc.
    Terima kasih,
    Anisah
    www,asyrafanisah.blogspot,com

    ReplyDelete
  12. Penerangan ringkas tetapi padat dgn info, juga dibuktikan dgn journal2. Pastinya info sebegini lebih menyakinkan.

    Mohon share dalam blog saya, Irsya Healthy House

    Terima kasih Dr.Malinda.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian Dr. Malinda. Saya mohon share di blog saya kredit kepada Dr.
    www.azatyvitalove.com

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas penjelasan ini...moga jadi info yang berguna untuk semua.. saya mohon untuk konsi di blog saya www.cergasemulajadi.com

    ReplyDelete
  15. Terima kasaih di atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  16. Tq atas penerangan yg sangat bertepatan dgn ilmu shaklee yg sy kutip dr 1997 yg turut sy kongsikan di blog sy www.ejazbeauty.com

    ReplyDelete
  17. Thank doc atas penerangan ang sgt membantu

    ReplyDelete
  18. terima kasih doktor... sgt jelas... senang fhm...
    sy nak share ye di ainmizi.blogspot.com...
    semoga ALLAH merahmati Doktor...
    Terbaik...

    ReplyDelete
  19. Info yg sgt berguna. Terima kasih doktor.

    ReplyDelete
  20. tq dr.. info yg bagus utk saya yang ada pcos

    ReplyDelete
  21. Slm dr... kalau mengandung & pada masa yg sama ade rahim bengkak, boleh ke mkn GLA?

    ReplyDelete
  22. tQ Doc atas penjelasan yang sangat detail mengenai masalah cyst ni.

    ReplyDelete
  23. Walaupun minyak yang kita goreng mengandungi omega 6, tapi kena hati2 sebab ia boleh membesarkan cyst dan fibroid kita. So, dapatkan omega 6 from supplement.

    Thanks Dr.

    ReplyDelete
  24. terima kasih byk2 ats perkongsian ini dr. mak sy bru admit di hspital mlm smlm & pg ni bru dpt info yg mak ada fibroid.3ketulan & perlu operate.tak sangka..

    ReplyDelete
  25. tq doc atas penjelasan

    adianazulhilmistory.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. Doc.. I'm 17. Sebelum ni, kitaran haid saya teratur.. But, sejak tahun lepas, saya cuma haid lebih kurang 3-5 kali setahun. Adakah ini biasa utk remaja yg sdang meningkat? Atau saya perlu jumpa doktor??

    ReplyDelete
  27. Doc.. I'm 17. Sebelum ni, kitaran haid saya teratur.. But, sejak tahun lepas, saya cuma haid lebih kurang 3-5 kali setahun. Adakah ini biasa utk remaja yg sdang meningkat? Atau saya perlu jumpa doktor??

    ReplyDelete
  28. Maaf untuk bertanya. Pagi tadi saya pegi klinik pakar sakit puan. Saya mengalami period pain yang agak heavy sakitnya. Bila scan, doc beritahu rahim bengkak. Saya tanya doc tu balik,rahim bengkak sebab ada fibroid atau cyst ke. Tetapi beliau beritahu saya, tiada kedua2nya. Just rahim bengkak shj. Doc tu ada beri 2 plhn sama ada mkn pil hormon @ pil perancang utk sebulan ni. Tetapi dia suggest pil perancang kerana saya tidak mencukupi duit utk membeli pil hormon. Lagi sebulan saya akan further check up utk melihat hasilnya. Namun bila saya baca artikel dr malinda ini, saya jadi keliru dan takut. Jd apa yang patut saya lakukan? Mohon dr malinda dapat menbantu saya.

    ReplyDelete
  29. uahhh terlebih hormon estrogen pun boleh bagi timbul fibroid rupanya 😰😰😰

    ReplyDelete
  30. Untuk org yg baru lps buang syct sebab pecah. Ape supliment yg sesuai?

    ReplyDelete
  31. Terima kasih doktor atas penerangan yg baik utk.saya.saya dpt tahu dapt fabroid tahun lepas dan mengalami pendarahan abnorma.Sensitif hingga memandupun blh menyebbkan pendarahan yng teruk.Fibroid saya bersifat multiple.Kptsnbmembuang Rahim mgkin terbaik buat saya krn jika time buat hal ke emergencylah jwbnya.Sakitnya adakala mengalah masa bersalin.

    ReplyDelete
  32. terima kasih doktr ats pnerangan yg dberi.sy ada masalah yg ingin dikongsi kan.msalah sy ialah sy x dtg period.n ble sy refer pd doktor kerajaan dye ckp sy ada fibroid.n dalam masa yg sama sy punya breast sakit sprti tnde awal prgnnt.doktr ada ckp rahim sy bngkak.n ble wt UPT is negative.sy keliru.harap sgt2 doktor dapat bagi pnjelasan yg tepat.sbb smase sy wt scan, alat scan di kk tu tidak brape jelas n mnyebabkn sy perlu refer di hospital next week.period last sy 27/4/2016 n till now xpriod.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, boleh Cuba jus necea, suplimen 100% Bahan Semulajadi, Alhamdulillah ,saya consume Nak dekat 2 bulan,bila cek smla Alhamdulillah dah normal, Nak tahu detail pasal jus necea ni blh wasap saya pn. Noriza 014-5395022

      Delete
    2. Untuk masalah period tak Teratur pun,pediod klr sikit, masa period pendarahan bnyk pun elok mnm jus necea ni, INSYAALLAH

      Delete
  33. nice info., dlu sy penah ad 2 cyst., then sy consume gla shaklee, hbs sebotol, dr cek blek lps 2 cyst da hilang., 3 bln kmdian sy peknen.,

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum wbt. I've just advised been diagnose for having a 10-11cm fibroid. Doc advised 2 operate. I'm seeking for 2nd opinion before we really proceed. Any advise pls? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hanim, boleh Cuba jus necea,insyallah blh kecutkn fibroid/syst,. Utk keterangan lanjut blh wasap pn. Noriza 0145395022😊

      Delete
  35. Tq Dr Malinda di atas info ini. Mohon share info ni, ye dr.

    ReplyDelete
  36. Tq Dr Malinda di atas info ini. Mohon share info ni, ye dr.

    ReplyDelete
  37. Dr Malinda , saya mohon share info ni. Akan dikreditkan kepada Dr. Terima kasih atas perkongsian :)
    Minta Izin yeee...

    ReplyDelete
  38. Thanks di atas penerangan doc. Sangat jelas. Saya mohon untuk share di Fb dan Ig saya. THANKS DOC

    ReplyDelete
  39. Thanks di atas penerangan doc. Sangat jelas. Saya mohon untuk share di Fb dan Ig saya. THANKS DOC

    ReplyDelete
  40. Maklumat yg sgt lengkap dan banyk bantu wanita.

    Memang pemakanan perlu sgt dijaga. Disarankan kita banyak makan yg organik atau semyla jadi, bebas buah atau sayura yg GMO.
    Tkasih.

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. Tq Dr.Alhamdulillah sy juga telah bebas cyst ambil Esp dan Gla berterusan.
    dan jaga pemakanan.Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  43. Tq Dr.Alhamdulillah sy juga telah bebas cyst ambil Esp dan Gla berterusan.
    dan jaga pemakanan.Alhamdulillah..

    ReplyDelete

  44. Terima kasih atas penerangan doc. Sangat jelas sbb sy pun mengalami rahim bengkak. Saya mohon untuk share di FB yer.

    ReplyDelete
  45. TQ my lovely dr....semoga Allah membalas kebaikan pada dr atas ilmu yang bermanafaat.

    ReplyDelete
  46. hai salam doc...i ada masalah rahim bengkak di kedua2 bahagian tiub..doc sahkan tiub peranakan i bersumbat dan tak boleh mengandung...hmm..i pernah admit hosp beberapa tahun yg lepas atas masalah ini..masa tu i d sahkan kena jangkitan kuman d rahim i,,n sampai sekarang rahim still bengkak..n kadang2 akan datang rasa sakit kat perut i..macam mana ye nak settle kan masalah i ni..ada suggestion tak doc..bila sakit datang i jadi rasa takut..takut melarat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK