Posts

Showing posts from August, 2016

Saya Bantu Anda Kurus # LDL Tips 1

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat semua. Bermula September ini, saya bercadang untuk berkongsi pengalaman saya yang saya kutip selama 6 tahun memberi rawatan dan coaching untuk invididu yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti. Semoga ia akan memberi manfaat untuk anda yang sedang mencari penyelesaian dan mencari tips untuk strategi penurunan badan yang lebih efektif. Dalam proses menurunkan berat badan, apa yang paling penting untuk anda mulakan ialah dengan diri dalaman anda. Minda dan Jiwa anda.   Tips #1 untuk Latih Diri Langsing (LDL) ialah NIAT  Tentukan apa NIAT anda? Bila kita buat sesuatu dengan NIAT biasanya lebih mudah. Contohnya: Situasi 1 : Bila berpuasa,  ok je kita tak makan. Terasa lapar skit lepas tu boleh tahan sampai ke petang. Makanan sedap lalu depan mata pun, kita rileks je. Sabar je. Tak pengsan pun. Kawan-kawan yang selalu menggoda ajak kita makan pun kita tak heran. Situasi 2: Hari tak puasa. Pukul 8 dah lapar, m

NAK BELAJAR CARA DETOKS? JOM BACA

Image
Assalamualaikum & Salam Ceria! Saya pasti selepas kita menjamu selera dan bersuka ria dengan pesta makanan raya, mesti ada yang berat naik semula. Dah tu, di sambung pula dengan pesta durian, buah-buahan tempatan. Selepas ni, diikuti dengan Hari Raya Haji, wah! beraya lagi kita. Lepas tu, musim cuti sekolah, jalan dan holiday tu memang sangat sinonim..haha. Cuba bagi satu masa yang kat Malaysia ni tak de pesta makan? Sambung menyambung sepanjang tahun. Jadi tak hairan la kalu kita juara Obesiti dan Diabetis di Asia Tenggara! Aduii.. Sebelum kita belajar Rukun Detox, jom click link di bawah untuk check tahap toksik dalam badan kita. http://www.drmalinda.com/2016/03/cuba-kuiz-ini-13-tanda-badan-bertoksik.html Dah check? Berapa keputusan peratusan anda? Jangan risau, semua orang mempunyai permulaan. Tahniah kerana kita sudah mahu bermula dan berubah, yang perlu di risau ialah jika tak sedar diri dan terus hanyut ke Laut Hindi. Harus tenggelam, dalam! So, Tahniah sekali