NAK BELAJAR CARA DETOKS? JOM BACA

Assalamualaikum & Salam Ceria!

Saya pasti selepas kita menjamu selera dan bersuka ria dengan pesta makanan raya, mesti ada yang berat naik semula. Dah tu, di sambung pula dengan pesta durian, buah-buahan tempatan. Selepas ni, diikuti dengan Hari Raya Haji, wah! beraya lagi kita. Lepas tu, musim cuti sekolah, jalan dan holiday tu memang sangat sinonim..haha.

Cuba bagi satu masa yang kat Malaysia ni tak de pesta makan? Sambung menyambung sepanjang tahun. Jadi tak hairan la kalu kita juara Obesiti dan Diabetis di Asia Tenggara! Aduii..

Sebelum kita belajar Rukun Detox, jom click link di bawah untuk check tahap toksik dalam badan kita.

http://www.drmalinda.com/2016/03/cuba-kuiz-ini-13-tanda-badan-bertoksik.html

Dah check?

Berapa keputusan peratusan anda?

Jangan risau, semua orang mempunyai permulaan. Tahniah kerana kita sudah mahu bermula dan berubah, yang perlu di risau ialah jika tak sedar diri dan terus hanyut ke Laut Hindi. Harus tenggelam, dalam!

So, Tahniah sekali lagi untuk anda yang mempunyai misi yang sama bersama kami di Team Latih Diri Langsing. Let's do it together!

Saya akan share 8 RUKUN. Semoga membantu kita utk mendetoxkan sisa2 makan akibat food festival di hari raya 😍😍

Let's get back on track!

8 RUKUN DETOX

1. Udara yang bersih

Bernafas dengan betul, paru-paru adalah organ detoks yang sangat penting. Cuba and berhenti bernafas 2 minit? Muka jadi ‘merah’, dada rasa ketat, jantung berdebar, leher rasa tegang, mata pun rasa nak terkeluar! Udara adalah kehidupan.

Udara dan oksigen sangat penting. Bernafas dengan sempurna akan memberikan ‘kehidupan’ dan energy pada sel-sel kita. Gunakan teknik pernafasan untuk memastikan keseluruhan bahagian paru-paru kita dapat digunakan.

Berapa lama kita boleh hidup tanpa udara?

Selepas 5-10 minit tidak bernafas, kemungkinan besar untuk hidup sangat tipis dan kerosakan di bahagian otak sangat serius.

Bernafas dengan betul penting untuk kelangsungan hidup, pemulihan dan detoksifikasi sel. Pernafasan yang tidak lancar akan menyebabkan keseimbangan asid-base dalam badan terganggu.



Paru-paru adalah salah satu organ yang penting untuk proses perkumuhan. Jika bernafas biasa, kita hanya menggunakan 2/3 dari ruang paru-paru. So, kita tak menggunakan potensi penuh paru-paru.

Kajian menunjukkan  antara senaman yang dilakukan oleh populasi manusia yang hidup hidup lama - mereka selalu melakukan teknik pernafasan yang betul salam senaman seperti Yoga, Tai Chi dan Qi Gong.

Satu lagi teknik latihan pernafasan yang saya dapat kenalpasti dan saya rasa sangat best ialah : Baca Al-Quran dengan menghabiskan ayat-ayat panjang dengan penuh, gunakan maksimum kapasiti paru-paru. Very interesting. Selain dari berlatih bernafas, pahala baca Al-quran pun kita dapat.

Exercise pun bantu kita untuk bernafas lebih efektif. Yang penting kena buat.


2. Air yang bersih

Air adalah yang kedua terpenting selepas udara. Kita hanya boleh bertahan tanpa minum air antara 3-5 hari sahaja. Air yang bersih sangat penting dalam proses detoks. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Untuk kesihatan, detoks dan penurunan berat badan.

Antara 7 fungsi penting air :


1. Mengawalatur suhu badan.

2. Sebagai pelarut yang membawa nutrisi-nutrisi spt glukosa, animo asid, vitamin, minerals etc yang diperlukan oleh sel.

3. Penyerap hentakan di saraf tunjang.

4. Menjaga keutuhan sel, kulit, organ, sendi dll.

5. Membawa oksigen keseluruh sel tubuh.

6. Membuang toksik dari tubuh.

7. Memastikan proses aktiviti biokima dan metabolisma badan berjalan lancar.

Jika kita minum 500ml air, metabolisma badan kita akan meningkat dan membakar sekurang-kurangnya 25 kalori.


Jangan tunggu haus baru minum kerana pada ketika itu sebenarnya badan kita telah pun mengalami dehidrasi.


3. Minda yang positif

Apa Niat dan matlamat anda? Kenapa anda perlu menurunkan berat badan? Ini adalah soalah ‘BIG WHY’ yang perlu anda tenukan dalam diri. Ini penting kerana tanpa matlamat yang jelas. Susah untuk mendapat keputusan yang terbaik.


Gangguan untuk menarik perhatian itu terlalu banyak di luar sana. Hanya yang kekal fokus akan berjaya.


Sentiasa bersyukur dan sabar juga akan mengurangkan penghasilan hormon cortisol yang menyebabkan kita lebih cepat tua, radikal bebas yang menyebabkan keradangan. Be positif !





4. Cegah kemasukan toksin – Makanan, Cara penyediaan makanan, jenis makanan, gaya hidup dan persekitaran.

Elakkan :


  • Makanan terproses (highly refined)

- Nasi Putih
- Roti Putih
- Makanan dalam tin


  • Makanan atau minuman bergula putih

- Gula pasir putih
- Gula artificial
- minuman soda


  • Makanan Segera


Sayur-sayuran dan buah-buahan juga perlu dicuci dengan air garam atau pencuci organic yang boleh meneutralkan racun pestiside yang digunakan dalam proses pertania.

Toksin juga boleh terbina dari gaya hidup yang stress, tidak aktif, penggunaan bahan-bahan kimia di rumah, asap rokok dan kenderaan, bahan kimia di tempat kerja, dan pelbagai lagi.

Mengelakkan 100% adalah mustahil tetapi kita pasti mampu mengurangkannya.



5. Rawat : Bekalkan keperluan nutrisi, vitamin dan mineral yang secukupnya.

Makanan adalah ‘petrol’ tenaga untuk sel kita. Kita pilih minyak bersih berkualiti tinggi atau minyak kotor yang rendah kualiti? Pilihan di tangan kita.

Contoh ‘petrol sel’ berkualiti tinggi :


  •  Sayur dan Buah yang ditanam secara organik.
  • Makanan ‘whole food’ – bukan yang diproses. Contohnya seperti strawberi dan oats, bukannya muffin perisa strawberi.
  • Makan yang dalam bentuk mentah seperti ulam-ulaman, dimasak simple adalah lebih baik, mengandungi lebih banyak nutrient dan enzim berbanding dari masakan yang bergoreng dan memerlukan banyak bahan. Menu biar simple dan sedap, berkhasiat.








6. Tukar :  Tabiat makan, tabiat yang tidak sihat.


Hindarkan 5 ‘Dosa Pemakanan’ ini :


  • Makan cepat
  • Makan terlalu kerap
  • Makan banyak
  • Makan selepas 8 malam
  • Makan disebabkan emosi







7. Tingkatkan keupayaan sel dengan bersenam

Exercise seperti jogging, Berjalan kaki, aerobic akan meningkatkan peredaran limfa dan dapat mengeluarkan lebih banyak toksin.




 8. Rehatkan sistem badan dengan berpuasa

Berpuasa adalah satu cara yang cepat dan mudah untuk membantu sel memperbaiki dirinya sendiri.

Selain dari berpuasa seperti puasa seorang muslim, dari aspek detoks berpuasa, anda boleh memilih untuk berpuasa dengan hanya mengambil hidangan air atau buah tertentu. Anda juga boleh menjadi puasa seperti mengelakkan minumam berkafein atau berpuasa dari makanan bergoreng atau makanan manis. Mengikut kelemahan yang anda ingin perbaiki atau mengikut kesesuaian anda.

FAKTA AJAIB BERPUASA @ 'CALORIC RESTRICTION':


  • Merendahkan tahap Gula dan Insulin dalam darah

         Gula dan Insulin yang tinggi dalam darah mempercepatkan proses penuaan.

  • Mengurangkan Lemak Badan

         Berpuasa akan menyebabkan lemak-lemak 'tersimpan lama' akan digunakan sebagai tenaga.                Membantu utk 'kurus' - tapi dengan syarat jangan makan banyak waktu berbuka..hihi


  • Merendahkan tahap 'Growth Stimulator' -Growth Hormon, IGF-1
  • Mengaktifkan 'gene pemanjangan usia' SIRT1
  • Mencegah Kerosakan dan Kemusnahan sel tubuh
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan radang

         Mengurangkan risiko untuk penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, dll


  • Meletakkan badan dalam keadaan Fisiologi lebih muda

          - Fountain Of Youth



  • 'Mencairkan Darah' - Membantu mencegah pembentukan darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung, stroke dll.


Berpuasa secara berkala dan konsistent boleh meningkatkan potensi pemanjangan usia antara 15-30 tahun!





Apa kesan yang boleh anda expect selepas 3 minggu jika anda bersungguh-sungguh mengikuti program ini? Anda akan…


  • Lebih bertenaga
  • Berat dan lemak badan semakin berkurangan
  • Lebih mudah membuang air besar
  • Kulit lebih cantik
  • Lebih ceria dan segar


Walaupun kita matlamat utama kita adalah untuk mencapai berat badan yang ideal, langsing dan mempersona. Tetapi matlamat kita sebenarnya mahu lebih dari itu! Kita mahu kurus, sihat dan bebas dari penyakit-penyakit kronik yang membelenggu ramai orang diluar sana. Biar tua dan sihat, agar lebih mudah kita untuk beribadat.


Plan Detoks  ini bukan sekadar untuk menurunkan berat badan, tetapi  memfokuskan kepada:

  • Diet yang lebih sihat
  • ‘Membersihkan’ sel
  • Membantu sel membaikpulih
  • Optimumkan fungsi sel dan organ
  • Mencegah penyakit kronik




Untuk membantuk proses detoks terutamanya pada organ hati, cuba perhatikan gambarajah di atas, setiap fasa pada proses hati meneutralkan toksik, ia memerlukan nutrisi-nutrisi tertentu yang membantu proses. So, pengambilan supplements yang berkualiti tinggi sangat penting untuk membantu hati menjalankan tugas dengan baik.





Dari Aisyah r.a, berkata Rasulullah s.a.w : " Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah Kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, Gemuk badannya, lalu akan Lemah lah hatinya dan akan bermaharajalela Syahwatnya "
(Hadis riwayat Bukhari)


Ayuh kita mulakan langkah bersungguh kita untuk tidak menzalimi diri dan memperbaiki setiap kesilapan dalam menjaga amanah dari Allah ini. In shaa Allah, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.

 Semoga sedikit perkongsian ini mampu memberi manfaat  untuk kita semua.



Jom kita mulakan bersama! Cegah sebelum terlambat. Ramai kenalan-kenalan yang telah pergi awal meninggalkan kita akibat penyakit merbahaya yang mengganggu gugat nyawa.

Masti itu pasti tapi jika diberi pilihan, biarlah kita dipanjangkan usia untuk meniti kehidupan lebih lama dengan yang tersayang, biar mampu lebih lama menabur jasa pada anak bangsa. Jangan kita sia-siakan usia hanya dek kerana makanan yang hanya terasa  sedap di pangkal lidah, bila sampai di kerongkok, hilang rasa lazat dan yang tinggal sisa kesedapan yang boleh membinasa!

Jom ubah. Jangan terpenjara. Anda mungkin perlu mengubah persepsi "Biar Gemuk, Janji Sihat" selepas melihat gambar di bawah.


Obese is NOT AWESOME. It is TROUBLESOME!


Sempena bulan kemerdekaan, ayuh sertai kami dalam misi memerdekakan diri dari penjajahan obesiti!


Suka artikel ini?

Jangan lupa Like & Kongsi kan kepada insan-insan yang anda sayangi! Saya akan kongsikan banyak info yang menarik lagi selepas ini. Stay tune!


Salam Jihad Sihat,

- Dr Malinda,
Team Latih Diri Langsing.


# Berminat sertai kami dalam Misi Merdekakan Diri Dari Penjajahan Obesiti 2016

WhatApps kami di 017 508 4430




Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK