Saya Bantu Anda Kurus # LDL Tips 1
Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat semua.
Bermula September ini, saya bercadang untuk berkongsi pengalaman saya yang saya kutip selama 6 tahun memberi rawatan dan coaching untuk invididu yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti.
Semoga ia akan memberi manfaat untuk anda yang sedang mencari penyelesaian dan mencari tips untuk strategi penurunan badan yang lebih efektif.
Dalam proses menurunkan berat badan, apa yang paling penting untuk anda mulakan ialah dengan diri dalaman anda. Minda dan Jiwa anda.
Tips #1 untuk Latih Diri Langsing (LDL) ialah NIAT
Tentukan apa NIAT anda?
Bila kita buat sesuatu dengan NIAT biasanya lebih mudah.
Contohnya:
Situasi 1 : Bila berpuasa, ok je kita tak makan. Terasa lapar skit lepas tu boleh tahan sampai ke petang. Makanan sedap lalu depan mata pun, kita rileks je. Sabar je. Tak pengsan pun. Kawan-kawan yang selalu menggoda ajak kita makan pun kita tak heran.
Situasi 2: Hari tak puasa. Pukul 8 dah lapar, mesti nak breakfast, kalu tak nanti hypo. Pukul 1 satu, mesti nak lunch, kalu tak rasa lapar sampai nak menggigil bagai..haha
Pukul 4-5, dah rasa macam nak snaking, otak mula fikir apa yang sedap - goreng pisang cheese ke? Kek ke? Fast food ke? etc etc. Kreatif nak fikir makan apa. Malam, kena dinner, kalu tak nanti perut kosong tak boleh tidur la. gastric la.. etc etc.
Nampak tak perbezaan Situasi 1 dan Situasi 2 : Diri yang sama, tempat kerja yang sama, masa yang sama tapi responds yang berbeza.
Kenapa?
Sebab NIAT itu yang membezakan. Betul? Bila NIAT kita jelas. Allah pun tolong kita. Segala 'saka' yang mengganas nak makan tu pun berjaya kita jinakkan. Sebab tu, NIAT sangat penting.
Jom belajar skit tentang NIAT ni.
So, apa NIAT anda nak kurus?
Tarik nafas dalam-dalam. Dan fikirkan NIAT sebenar anda.
Bagusnya anda tulis. Itu deklarasi kita diri kita.
Jom perbaharui Niat kita.
Proses menurunkan berat badan ni bukan mudah. Banyak sangat godaan di luar sana dan kita akan mudah tergoda..huhu
Pada saya, kesihatan adalah amanah yang perlu dipelihara. Allah bagi percuma. Segala jasad kita ni adalah pinjaman sementara yang harus dipuangkan kepada Pencipta-NYA dalam keadaan yang paling sempurna.
Jangan la pulangkan nanti semua dah rosak, parah lagi kalu overhaul.. Adui.. malu dan tak tau nak jawab apa, mulut dah terkunci time tu, anggota lain lain yang beri report tentang perilaku kita..huhu.
http://www.drmalinda.com/2013/11/program-kurus-dengan-personal-doktor.html
Jom sahabat, perbaharui Niat.
Dan anggaplah menjaga kesihatan dan melawan nafsu itu satu JIHAD! Untuk lebih dekat kepada Maha Pencipta.
Off for now, jumpa di Tips yang seterusnya ye.
Salam #Jihad Sihat
- Dr Malinda

Definisi Niat
An Niat (niat) secara bahasa artinya adalah al qashdu (keinginan atau tujuan) dan makna secara istilah ialah 'keinginan seseorang dalam hatinya untuk melakukan sesuatu.
Jom tengok satu hadis yang berkait dengan Niat ni. Sangat menarik apa yang diperkongsikan oleh Junjungan Besar Kita, Rasulullah s.a.w :
Dari Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau berkhutbah di atas mimbar, “Saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya, amal itu hanya dinilai berdasarkan niatnya, dan sesungguhnya pahala yang diperoleh seseorang sesuai dengan niatnya. Barang siapa yang niat hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya maka dia akan mendapat pahala hijrah menuju Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya dengan niat mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dinikahi maka dia hanya mendapatkan hal yang dia inginkan.’” (HR. Al-Bukhari, no. 1 dan Muslim, no. 1907)
So, apa NIAT anda nak kurus?
Tarik nafas dalam-dalam. Dan fikirkan NIAT sebenar anda.
Bagusnya anda tulis. Itu deklarasi kita diri kita.
Proses menurunkan berat badan ni bukan mudah. Banyak sangat godaan di luar sana dan kita akan mudah tergoda..huhu
Pada saya, kesihatan adalah amanah yang perlu dipelihara. Allah bagi percuma. Segala jasad kita ni adalah pinjaman sementara yang harus dipuangkan kepada Pencipta-NYA dalam keadaan yang paling sempurna.
Jangan la pulangkan nanti semua dah rosak, parah lagi kalu overhaul.. Adui.. malu dan tak tau nak jawab apa, mulut dah terkunci time tu, anggota lain lain yang beri report tentang perilaku kita..huhu.
http://www.drmalinda.com/2013/11/program-kurus-dengan-personal-doktor.html
Jom sahabat, perbaharui Niat.
Dan anggaplah menjaga kesihatan dan melawan nafsu itu satu JIHAD! Untuk lebih dekat kepada Maha Pencipta.
Off for now, jumpa di Tips yang seterusnya ye.
Salam #Jihad Sihat
- Dr Malinda
Comments
Post a Comment