Apa pilihan yang kita ada??


Apa pilihan yang kita ada?

Ketika bertugas di Hospital Taiping pada tahun 2002, saya dan suami melakukan ujian darah kami yang pertama.. Usia kami waktu itu adalah sekitar 26 tahun… Alhamdulillah, keputusan darah saya dalam julat yang normal… tetapi… saya terperanjat besar bila melihat result encik suami… Total kolesterol level  7.9mmol/L, tinggi mengalahkan pakcik umur 50 tahun… Kronologi umur 26 tahun, umur biological?... mencabar sungguh !

Walaupun beristerikan seorang doktor yang sepatutnya menjaga kesihatan suami, tetapi disebabkan terlalu sibuk menjaga kesihatan orang lain, saya leka menjaga diri sendiri dan keluarga.… rutin harian kami makan di luar.. kalau tidak ke fast food, pasti  ke restoran masakanThailand yang sedap di Changkat Jering… pendek kata memang jarang jarang sangat memasak di rumah.. fenomena bawang dan halia selalu tumbuh bercambah di dalam bakul  di dapur itu perkara biasa..ikan di freezer mengeras sampai hilang rasa....huhuhu…. Exercise?.. memang tak pernah wujud dalam diari hidup pada waktu tu…Mujurlah suami tidak merokok, kalau tidak… lagi bertambah tinggi la risiko untuk serangan jantung.. .Nauzubillah…

Supplement? Langsung tak terlintas untuk menjadikannya rutin harian… Saya bertugas sebagai Medical MO pada waktu itu dan saya sering mendengar pakar-pakar dan rakan-rakan senior mengatakan bahawa  supplement is just a ‘junc food’ ! So what the point of taking it… betul x?

Hasil cara hidup yang ‘sihat sangatlah’ itu… Berat badan suami melonjak ke angka 86kg… Resdung, migraine, back pain, sembelit dan kulit sensitive menjadi pakej penyakit yang menghinggap dirinya.… Seperti biasa, saya mempunyai stok semua ubat yang diperlukan dan pain killer adalah ubat yang paling kerap diambil… I love him so much, I don’t want him to suffer from severe migraine and back pain and yet I’m giving him continuous pain killer support??  Am I doing the right thing?  Sampai bila nak bergantung pada ubat?  Sampai usus bocor atau  buah pinggang rosak dan perlukan dialysis? Memang la ada ubat tahan sakit yang  tak menggangu usus tapi persoalannya sampai bila?? Itulah soalan-soalan yang  selalu bermain di fikiran saya…

Saya merujuk suami ke  klinik pakar dan seperti biasa, ubat yang diberikan akan ‘lebih power’ daripada apa yang boleh diberikan oleh MO…  Ubat lagi??

Pasti ada cara lain diluar sana untuk membaik pulih sel, bukan sekadar merawat simptoms sahaja….I’m looking for a real solutions…

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG? BOLEH TRY CARA NI.

SLIMMING MASTERCLASS 2.0