Wednesday, 28 November 2012

Kenapa saya perlu mula menulis ..

Assalamualaikum...

Baru-baru ni saya berjumpa dengan penulis buku 'Law Of Universal Attraction', En. Zuhairi Nopiah, berkongsi pengalaman beliau tentang dunia penulisan... Dari dulu saya memang menyimpan hasrat untuk menulis & berkongsi pengalaman saya tentang dunia kesihatan berbekalkan pengalaman saya lebih dari 11 tahun bertugas sebagai seorang doktor.. Bila saya beritahu hasrat saya itu, satu jawapan yang membuat saya rasa 'tersentap' jugak la... "Doktor, kalau tak tulis... berdosa tau"...

Wah... Cabaran untuk saya ni... In shaa Allah... Saya akan mula berkongsi dengan anda di luar sana, agar kita sama-sama mendapat manfaatnya... Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain... Itulah harapan saya, moga-moga ia akan menjadi sedikit cahaya bila saya berada di sana nanti... In shaa Allah :))

Kita jumpa esok ye.. *_*

3 comments: