Ramai yang perlu kita bantu...
Terima kasih kepada yang sudi membaca ‘Cerita saya’… sekadar
perkongsian sebuah pengalaman cukup berharga yang menentukan hala tuju hidup
saya…. Saya percaya ramai orang di luar sana yang mempunyai pengalaman seperti
saya dan juga risiko seperti saya…. Jika
anda ada ibubapa yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi,
stroke, penyakit jantung, kanser dan sebagainya…. Some how kita mempunyai risiko
untuk mengalami nasib yang sama..
Saya nak berkongsi satu cerita…. Semasa saya bertugas di
sebuah klinik di felda, seorang pesakit wanita yang ketika itu hanya berusia 24 tahun…dia
mengalami diabetes yang tidak terkawal dan boleh dikatakan hampir kesemua dari
anggota keluarganya adalah pesakit diabetes saya…. Dengan bacaan gula diantara
15 – 25mmol/L setiap kali datang untuk rawatan susulan… saya sering
menasihatkan dan memberi rawatan perubatan yang terbaik ... Komplikasi diabetes
pada mata dah mula berlaku, kesihatan yang tidak menentu membuatkan suaminya
meninggalkannya bersama seorang anak…
Saya
pasti dia tercari-cari sesuatu untuk memperbaiki tahap kesihatannya, disamping
rawatan insulin dan ‘berbakul-bakul’ ubat klinik yang diberi, pernah suatu hari
dia menunjukkan satu ‘ubat’ dan dengan gembiranya menyatakan bahawa ‘ubat’ itu banyak membantunya, dia rasa lebih
sihat dan cergas… Out of my surprise, saya sangat terperanjat bahawa ‘ubat’ yang
dibelinya dari sebuah toko itu adalah ‘Dexamethasone’ dan dibelakang stripnya
tertulis ‘Ubat ini mestilah dimakan mengikut preskripsi dokter’..
‘Dexamethasone’ adalah sejenis steroid yang sangat bahaya
jika diambil untuk jangkamasa panjang.. Komplikasi pada tulang, buah pinggang,
kulit, sistem imun, dan lain-lain… Huh! Nampak kan… ramai orang mencari sesuatu
tapi tidak dapat pengetahuan sebenar tentang apa yang diambil… Beberapa bulan
selepas itu, kakaknya datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan dirinya dan ayahnya
yang baru sahaja di amputasi kaki sebelah kanan.. Saya bertanya khabar tentang
adiknya, dan sekali lagi jawapan yang membuat saya rasa terkilan… ‘Hari ni dah
hari ke 40 dia meninggal doktor’…
She was too young to die of diabetic complications… Jangkitan
kuman yang teruk di bahagian usus dan sepsis... Saya percaya pada takdir, hidup
dan mati memang sudah di tentukan tetapi saya juga rasa kita perlu buat sesuatu
yang terbaik untuk mencegah dan menjaga diri kita… Kesihatan itu Amanah Allah..
‘One of the reason why our soul leave us, is when our body
is too rotten to stay in’….
Comments
Post a Comment