Langsing & Sihat : Tips #2 (Part II)

Assalamualaikum & Hi !

Maaf kerana agak sibuk beberapa hari ini, masa sangat terbatas untuk berkongsi di maya ini.. ... Saya telah menulis beberapa perenggan tentang konsep kalori dan glisemic index untuk anda tetapi saya rasa ia agak complicated sedikit... Dalam saya tercari-cari cara yang paling mudah untuk di rangkumkan... Alhamdulillah, ketika hadir di Anti-Aging talk di Kl baru-baru ni, saya temui jawapan yang paling mudah untuk saya kongsikan dengan anda...

Langsing & Sihat : Tips #2 (Part II) : Elakkan Apa Yang Berwarna PUTIH.

"Avoid all FOOD in WHITE COLOUR, If not, your WHITE 'CLOTH' will come faster !!"... Kata-kata yang sangat menarik diperkongsikan petang itu... Agak drastik bunyinya tetapi very true !

Antara WHITE yang perlu di elakkan : 
   
                                                    WHITE RICE
                                                    WHITE FLOUR / BREAD
                                                    WHITE SUGAR
                                                    WHITE SALT


Apa masalah sebenarnya dengan 'WHITE' ini?

Makanan yang berwarna putih adalah bahan yang telah menjalani proses dimana serat telah dikeluarkan dari bahan asal (Degerminating the grains, taking core of the grain out & removing the seed coat)...menjadikan bahan ini lebih putih, halus dan lebih tahan lama...

Kesannya?... Apabila semua serat dikeluarkan, tubuh akan menyerap glukosa dari bahan yang telah diperhalusi ini dengan cepat sepertimana gula ringkas ~Gula dalam darah meningkat dan tahap Glisemik yang tinggi.
Makan roti putih dan beras putih (kecuali basmati) akan meningkatkan gula dalam darah dengan cepat sepertimana kita makan gula pasir!!

Mencabarkan? Beras basmathi masih senang lagi di dapatkan, tapi masalahnya dengan tepung gandum putih... Semua roti putih, bun, pastri, cookies, donut, kuih muih, roti burger, kek... semuanya berasaskan tepung yang berwarna putih!  Food industri memang membunuh kita secara senyap, slow dan sedap... huhu... Beras perang ada, gula perang ada, bee hoon perang ada tapi... tepung perang tak pernah dengar la pulak... jika ada sesiapa yang tahu, inform saya ye...

Apa yang diperkatakan di atas adalah salah satu diet yang di panggil "Paleolitic Diet"... Tiada makanan terproses, tiada Ajinomoto, tiada KFC dan Mc Donald... Yang ada hanya makanan 'whole food', fresh fruits, fresh vegies, healthy live stock - Healthy meat & fish, etc... 

Makanan di atas mempunyai nilai kalori yang rendah dan juga Glisemic indeks yang rendah... Ia sangat bagus untuk mengelakkan penyakit-penyakit kronik dan sangat bangus untuk menurunkan berat badan...

Lebih tinggi Glisemic Indeks --> Lebih banyak insulin dirembeskan --> Lebih banyak lemak yang akan disimpan --> Lebih besar sel lemak --> Lebih 'kembang' la kita :))

Mengetahui fakta dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian adalah sesuatu yang berbeza... Ilmu tanpa amal, sia-sia.. betul tak?... Hakikatnya, sukar untuk berubah 100% dalam masa yang singkat tetapi InsyaAllah... sedikit demi sedikit... lama-lama jadi banyak juga... Better starts now than never... Betul tak?

Semoga kita mampu merubah masa depan kesihatan diri dan keluarga... In shaa Allah :)


Comments

  1. Kepada pembaca yang ingin dapatkan produk berasaskan beras perang, kami ingin syorkan produk minuman ORYGOLD.

    Produk bumiputra kajian UPM. Minuman ORYGOLD sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki & perempuan.

    Untuk lihat testimoni produk, klik/copy & paste ke search browser>> http://orygolddrink.com/testimoni/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK