“Good health habits are choices that we make"...
Alhamdulillah.. masih diberi kekuatan untuk berkongsi
walaupun terbatas masa untuk menulis.. Page views lebih dari 550 untuk 5 hari
pertama membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkongsi dengan anda di luar
sana… Thanks for the support ye J.
Apa yang saya coretkan di maya ini juga sebenarnya untuk
mengingatkan diri saya sendiri… terlalu banyak cabaran di luar sana.. dan
cabaran yang paling sukar nak di tolak adalah cabaran makanan yang sedap…
mencabar sungguh melihat iklan prosperity burger di tv…huhu… Terima kasih
kepada bibik saya kelmarin kerana memasak makanan yang sihat ~ tauhu sumbat
kukus bersama black paper source.. hasil daripada buku-buku resepi makanan
sihat yang saya belikan untuk dia belajar .. Tiada menu nasi semalam ye… Tq
bibik J
“Good health habits are choices that we make and should not
by chance that we take. Scientist cannot invent new minutes and rich cannot buy
more hours. Guard your health with utmost security and attention, every day of
your life.”.. kata-kata dalam sebuah buku yang menarik perhatian saya..
Cara hidup dan habit yang baik adalah suatu perkara yang
perlu kita bentuk dan latih setiap hari untuk memastikan sel-sel tubuh kita
diberi perhatian dengan nutrisi yang lengkap dan terjaga dari anasir-anasir
yang boleh merosakkan dan mengganggu fungsinya.. Satu aspek yang penting adalah
Pemakanan.
# Pilihan makanan & Tabiat pemakanan..
Rasulullah s.a.w bersabda
‘Tidaklah anak adam memenuhi wadah yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah anak Adam mengisi perutnya dengan beberapa suapan yang akan meluruskan
tulang rusuknya. Jika harus ditambah, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga
untuk air dan satu pertiga untuk udara’.
Rasulullah s.a.w telah memberikan contoh 1400 tahun yang
lalu… Tahukah anda bahawa pengambilan kalori yang rendah telah dibuktikan oleh
kajian sains boleh memanjangkan hayat ? Dengan berpuasa secara berkala juga
boleh memanjangkan usia seseorang... Jika dilihat populasi di Okinawa, tiada
diantara orang-orang yang hidup lama mempunyai BMI lebih dari 23.. Kebanyakkan
mereka mempunyai ~ BMI di antara 21- 22!..
Ustaz Azhar Idrus pun pernah berkata di Astro Oasis, tiada nabi yang ada perut
buncit!
Di Okinawa, prinsip ‘Hara Hara Chi Bu’ adalah sebahagian
dari kehidupan mereka dimana corak pemakanan 80% full.. berhenti sebelum
kenyang.. . Sekiranya anda meminta untuk menambah makanan, anda dianggap kurang
ajar !...huhuhu…. Sungguh berbeza dengan kita, bila makan..mesti ada yang
menyuruh untuk tambah la lagi… kalu tak makan banyak nanti orang kata tak sudi…
So, hasilnya?? Fenomena 3G – Gemuk, Gebu, Gempal berleluasa di sana sini J…
Comments
Post a Comment