Knowledge make us different...
Ilmu membezakan kita…
‘Kurang dari 5% topik nutrisi di ajar di sekolah-sekolah
perubatan’… Itulah fakta yang saya baru sedar setelah membaca beberapa buku
berkenaan dengan pemakanan dan nutrisi… Kita biasa dengan Piramid makanan tapi
berapa ramai dari kita yang makan ikut piramid makanan?.. Yang mana kita pilih, piramid zat atau piramid
sedap?... Dalam dunia moden sekarang ni, semua orang inginkan sesuatu yang sedap dan cepat… Seorang professor pemakanan di
Britain juga pernah membuat kenyataan bahawa dia sendiri sukar untuk makan
mengikut piramid makanan, industri pemakanan menguasai corak pemakanan dunia
moden…
Kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan… Saya setuju
sangat dengan ayat tu.. Dulu, kami memang dalam ketegori orang-orang yang kuat
makan… hihi… saya masih ingat ketika saya hamil anak pertama, berat badan saya
naik mencecah 90kg… saya makan nasi 3 kali sehari, saya boleh makan prosperity burger
2 ketul dalam satu masa… Hebat kan??
Kesihatan mula merosot selepas anak kedua.. Seperti biasa, standard
orang-orang kita, hanya akan sedar
tentang nikmat kesihatan bila kita mula sakit… Simptom-simptom ‘Adrenal Fatique’
atau fungsi kelenjar adrenal yang lemah seperti susah dan letih ketika nak
bangun pagi, sakit-sakit badan, cepat letih, kerap pening kepala, tekanan darah
rendah dan buang air besar setiap 2 atau 3 hari sekali adalah simptoms yang
memang kami ada… sehati sejiwa, makan makanan sama, cara hidup sama hasilnya,
penyakit yang sama la.. Fenomena yang sama anda boleh lihat di klinik diabetes
dan hipertensi bila makcik berkata “Nurse,
makcik mintak tarikh sama dengan pakcik untuk appointment akan datang ye”…Corak
hidup yang sama, penyakit pun sama… Betul tak?
Saya dan suami mula mencari apa yang boleh kami ambil untuk
meningkatkan kesihatan kami… Kami mencari jalan untuk pencegahan...Pernah ada suatu hari suami balik dari kerja
membawa sebotol kecil cecair, untuk di spray ke dalam mulut sebagai makanan
tambahan… katanya ada orang jual di kilang so dia beli je la… Saya sendiri
pernah pergi ke farmasi untuk mula mencari vitamin yang sesuai… terlalu banyak
pilihan, tak tahu yang mana satu yang ok.. Saya pula yang bertanya kepada
salesgirl di situ.. ‘Dik, vitamin mana yang bagus?... See, as doctor who supposed
to know what should I take, I have to ask the salesgirl what is the best for me…
Nampak sangatlah kurang berpengetahuan… malu betul, nasib baik dia tak tahu
saya doktor…huhuhu…
ILMU membezakan kita... Ayuh kita sama-sama meningkatkan pengetahuan kerana tanpa
ilmu, kita tidak akan dapat membuat keputusan yang terbaik walaupun untuk jasad
kita sendiri…
Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ; “Katakanlah
adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya
mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang
berilmu dan bijaksana”
Comments
Post a Comment