Langsing & Sihat : Tips #2 (Part I)

Assalamualaikum & Hi !

Apa khabar usus anda hari ini? Saya harap usus anda sudah di bersihkan... Perjalanan pembuangan berjalan dengan lancar & sempurna sebelum kita berkongsi tips yang seterusnya..In shaa Allah, hari ini saya akan berkongsi tips yang ke dua untuk sihat dan langsing...

Ramai yang bertanya kepada saya tentang banyak produk-produk untuk slimming di pasaran.. Hakikatnya, Obesiti atau kegemukkkan adalah satu masalah kesihatan atau 'penyakit' yang perlu di rawat ~ ini memerlukan beberapa penjagaan dari aspek kesihatan, bukan sekadar minun sesuatu produk kurus sahaja... Pemakanan yang sihat, senaman, tidur yang sempurna dan beberapa aspek lain yang akan saya cuba kongsikan dalam artikel-artikel akan datang.... Ins shaa Allah...


# Tips Ke 2 : Kenali Musuh Utama ~ Karbohidrat Terproses (Refined or processed Carbohydrates) !!

Dari zaman sekolah dulu kita sering di ajar tentang piramid dibawah... ramai juga profesional di luar sana yang masih mengikut piramid ini walaupun ia sedang hangat diperdebatkan keberkesannya...





Anda makanlah kumpulan makanan yang paling bawah itu sebanyak 8-12 hidangan setiap hari... Rasanya apa akan jadi pada berat badan anda?? Maaf jika saya katakan saya pasti clients saya dalam program penurunan berat badan pasti akan kecewa !

Konsep pemakanan mengikut piramid ini telah dikatakan menyumbang kepada masalah obesiti berleluasa di dunia... Masalah-masalah penyakit kronik meningkat dengan drastik!

Dan tips untuk langsing yang perlu anda amalkan mulai hari ini ~ Jangan makan nasi atau sumber karbohidrat ketika makan malam... Gantikan dengan makanan dari sumber protein & lebihkan sayur-sayuran...  

Saya akan terangkan sebab dan asbab kenapa & mengapa anda perlu buat perkara ini jika ingin mengurangkan berat badan dalam atrikle selepas ini... Konsep Kalori dan Glisemik Indeks.

Sebelum itu, cuba lihat piramid makanan di bawah dan perhatikan perbezaannya :)




Ini adalah piramid anti-inflammatory diet (Anti-radang)... Tahukan anda bahawa proses inflammasi ini bertanggung jawab kepada terjadinya penyakit-penyakit kronik di luar sana!... Kajian populasi di Okinawa, Jepun menunjukkan mereka mempunyai tahap inflammasi yang sangat rendah.. Tahap Hs-CRP dan Homocysteine level yang jauh lebih rendah berbanding populasi lain di dunia dan, no wonder mereka adalah populasi yang hidup paling lama di dunia ....


Jika kita ingin kekal sihat, inilah yang patut di amalkan... Bukan sahaja lebih sihat, tapi lebih langsing... Ayuh mari kita sama-sama buat perubahan hari ini!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK