Sunday, 16 December 2012

Si Comel & Nasi Lemak.....

Assalamualaikum & Salam Sihat Sejahtera !

Musim cuti sekolah begini biasanya ibubapa pasti merancang untuk membawa anak-anak bercuti... memang seronok bila dapat meluangkan masa dengan permata-permata hati kita... hari-hari duduk di office, menghadap kerja yang bertimbun-timbun tu pun buat kita rasa stress... so, we need time out too :))

Masalahnya ketika bercuti ni, stress di kepala mungkin berkurangan tetapi stress di perut pulak yang bertambah... betul tak?..huhu... bila bercuti, dalam erti kata lain... diet pun bercuti jugak la... mana taknya, makan diluar... apatah lagi breakfast & dinner di hotel ~ pilihan makanannya banyak !! Dah bayar mahal-mahal, tak makan rugi la pulak...hihi.. boleh ke macam tu??

Seperti biasa pagi tu kami sarapan bersama dengan anak-anakanda, ibunda dan bibik di cafeteria hotel.. As usual, makan salad dan buah dulu... lepas tu, hihi... tergoda pulak tengok nasi lemak dengan sambal yang nampak cam sedap tu... niat di hati, memang la nak mengelakkan apa-apa yang warna putih tuh.. tapi, ini la masalahnya bila ada depan mata kan... kalah jugak la pagi tuh...huhuhu...

Bila saya beratur untuk mengambil nasi lemak, di depan saya ada seorang adik, saya rasa usia dia awal 20-an... comel, bulat... BMI definitely lebih 25... So, just nak tengok apa yang dia makan yang menyebabkan dia menjadi secomel itu... Di pinggan dia dah ada 2 keping omlet.. bila dia ambil nasi lemak... hampir penuh pinggan diisinya, saya kira dalam 4 senduk nasi... lepas tu dia amik telur rebus, dia ambil sambal tumis, kacang goreng dan ikan bilis goreng yang di isi sampai dah tak nampak dasar pinggan... satu perkara yang dia tak ambil ialah hirisan-hirisan timun yang hanya terkebil-kebil keliru kenapa dirinya tidak disentuh....huhuhu... Siapa yang perlu di kesiankan di sini? Timun yang mengandungi fiber itukah atau Si comel itukah?...huhu..

I do enjoy nasi lemak pagi tu., tapi kurang dari sesenduk nasi dan lebihkan hirisan-hirisan timun...Itu pun, dah kena perli dengan cik abang... kalu amik sepenuh pinggan cam tuh, sure panas telinga saya dibuatnya... haru haru... Just to make me think for a while... Pity them because they don't have knowledge on this matter.. kita yang ada sedikit knowledge pun susah nak avoid totally, apatah lagi mereka yang memang dah di biasakan dengan makanan-makanan begitu, setiap pagi, setiap hari... It's really toturing to our pancreatic cells to produce insulin in large amount and this condition called 'Insulin Abused'...



Kalori Sepinggan Nasi Lemak ( Semangkuk kecil Nasi Lemak + Sambal Tumis + Telur rebus + Ikan bilis goreng + Kacang goreng ) = 687 kcal... 

Itu baru tentang kalori... bagaimana pula dengan karbohidrat terproses (beras putih) yang telah disaluti santan... Saya pasti beras bukan beras perang atau basmathi yang digunakan, so Glisemic indeks juga tinggi... Bukan saja tidak sesuai untuk kurus, tetapi juga meningkatkan tahap gula dalam darah secara mendadak... jika inilah kekerapan tabiat makan kita, pasti risiko untuk penyakit-penyakit kronik akan datang lebih cepat... Tidak hairanlah jika kes obesiti, diabetes dan darah tinggi di kalangan kanak-kanak meningkat secara mendadak di seluruh dunia!!

Ayuh kita sama-sama tukar tabiat pemakanan kita dan keluarga kita :)) 

0 comments:

Post a Comment