Tips #3 : Jangan menggali kubur dengan tangan sendiri...

Menggali kubur dengan tangan sendiri??

Seram jugak dengan tajuk macam ni... tapi itu sebenarnya yang kita lakukan setiap hari tanpa kita sedar... untuk mengingatkan diri sendiri jugak nih... sharing is caring..

16 juta rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti.. Satu angka yang membimbangkan... dah la rakyat kita lebih kurang 28 juta, hampir 60% mengalami masalah kegemukkan...

Tidak hairan jika apa saja yang di jual untuk kurus, mesti ramai permintaan... krim sapu kurus punya page di fb boleh dapat lebih dari 20,000 'like'!.. hebat!.. mungkin boleh (sbb sy tak pernah cuba) tapi... bagaimana mechanism of action bahan itu bertindak dan apa sebenarnya active ingredients yang digunakan? susah untuk saya jawab secara scientific bila ada byk pertanyaan begini...

Obesiti adalah satu keadaan atau kategori penyakit yang perlu dirawat... ramai orang diluar sana yang tidak kuat makan tapi still susah untuk kurus... bukan mereka tak berusaha, tapi lemak-lemak degil itu seakan-akan sangat susah untuk berpisah dengan tuannya...huhu...Bukan salah mereka sebenarnya... It's about brain addiction ~ Toxic hunger!

Bila kita berkata tentang rawatan ~ ia mestilah kombinasi beberapa perkara yang perlu dilakukan... Not just one magic pills or dietary supplements...Kena faham kenapa seseorang individu itu menjadi gemuk? Ramai orang tahu diet yang sihat, bersenam secara berkala dan kurangkan stress boleh menyebabkan kita lebih kurus dan sihat... semua orang tahu tapi kenapa susah untuk kita berubah?.. 

Kenapa??.. Seperti merokok, sukar untuk berhenti kerana ketagihan nikotin, walaupun sebenarnya ramai yang telah berjaya berhenti... Setiap tahun juga, ramai orang telah terpaksa 'berhenti' merokok setelah mereka mati akibat komplikasi rokok!...huhuhu...

Cara pemakanan kita juga adalah satu 'ketagihan' yang sangat berkait rapat dengan emosi dan persekitaran.. Perubahan memerlukan semangat yang kental, kita berubah untuk menjaga kesihatan ~ Amanah yang Allah berikan... Look deep inside ourselves and we must make firm decision to make it!

Jangan tunggu bila dah kena diabetes, baru nak kurangkan manis... Dah kena darah tinggi, baru nak kurangkan lemak dan garam...Dah kena kanser , baru nak ubah cara pemakanan..masa tu takut-takut dah terlambat... We should start now!..  

We can break the addiction only if we give our body a fair chance...

Tips #3 : Bila makan, tangan kita yang akan menyuapkan makanan ke rongga penghadaman... Cuba tanya diri, adakah makanan itu memberi manfaat dan zat kepada sel-sel yang Allah amanahkan kita untuk menjaganya  atau setakat makanan 'empty nutrient' memberikan kepuasan nafsu untuk kita rasa puas dan sedap? 

Ayuh kita fikir-fikirkan.... :))





Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK