Right perception of Anti-Aging..
Ubah diri dahulu sebelum merubah dunia…
Ketika kawan-kawan lain menyambung pelajaran ke peringkat
master dan pHD, saya masih tercari-cari apakah ‘Passion’ saya yang
sebenar… Apakah yang boleh membuat saya membantu menambah nilai lebih ramai
orang di luar sana?... Adakah sesuatu di luar sana yang sangat sesuai dengan
nilai yang saya bawa?... Perasaan ingin keluar dari kebiasaan biasa yang terus
membara…. Maaf saya katakan, saya sangat sedih bila terpaksa menulis surat
preskripsi yang panjang untuk pesakit saya… Saya pasti cuba mengurangkan jenis
ubatan yang boleh dan sedih bila melihat mereka balik dengan ubat yang ‘berbakul-bakul’… Are we doing the right things??.. Ruang masa
bersama pesakit terlalu pendek, mereka dating setiap 3 bulan, menunggu
berjam-jam di luar, tapi hanya masuk beberapa minit untuk mendapatkan rawatan…
berapa banyak masa yang doktor ada untuk memberi pendidikan kesihatan?? Di luar
klinik, masih ramai pesakit yang masih beratur menunggu giliran dan masa bersama
mereka adalah sangat singkat…Again, am I doing the right thing?
Bila kita mencari, Allah memberi jawapan dengan pelbagai
cara…. Allah maha mendengar .. dalam tahun 2007, seorang rakan memperkenalkan
saya kepada satu persatuan “Society of Anti-Aging, Aesthetic and Regenerative
Medicine Malaysia”… saya sendiri tak tahu tentang kewujudan society tersebut
sebelum ini…
Anti-aging.. Ramai orang salah faham tentang bidang ini… It is not about immortality, but get the
best out of your life… This is fatest
growing medical field worldwide… ramai orang mahukan kesihatan yang baik di
sepanjang usia hidup… Bukan memanjangkan usia tua dengan pelbagai penyakit
kronik… Anti-aging lebih kepada pencegahan penyakit.. Pernah ada orang kata,
saya tak perlukan bidang ini, kalu dah tua buat la cara tua… Saya rasa dia
salah faham… Ini bukan botox atau fillar ~ itu adalah bidang ‘Aesthethic’…
Kecenderungan saya lebih kepada Anti-aging atau saya rasa
lebih tepatnya adalah ‘Healthy Aging’... Kita ingin melalui proses penuaan dengan sihat dan
mampu untuk melakukan kerja-kerja harian walaupun di usia 90 tahun… Salah satu
tajuk research saya adalah tentang populasi di Okinawa, Jepun.. Mereka adalah
populasi manusia yang hidup paling lama didunia dan sihat.. Penyakit diabetes,
darah tinggi, jantung dan stroke adalah asing untuk mereka.... Mudah sahaja
untuk melihat orang-orang yang berusia 90 dan 100 tahun ke atas berjalan-jalan
di pasar dan di mana-mana… Saya teruja mereka mengadakan reunion sekolah ketika
berusia 88 tahun dengan gembiranya… Jika kita di sini melakukan reunion sekolah
ketika usia begitu, rasa-rasanya berapa orang yang datang ye?? Hihi…mencabar tuh...
Jika ingin berjaya, kita kena belajar dari contoh-contoh masyarakat
yang berjaya … InsyaAllah, saya akan cuba gabungkan kesihatan dari aspek sains,
kesihatan islam mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dan juga corak kehidupan di
Okinawa, yang mana saya nampak banyak berbezaan dengan prinsip kesihatan islam…
Semoga kita dapat membina kesihatan diri, orang-orang yang kita sayang dan
menambah nilai kehidupan insan-insan lain… In shaa Allah J
Comments
Post a Comment