Ada jugak orang macam nih...Kesiannyer...

Assalamualaikum..

2 minggu tak ada entri di blog... lama betul... Sangat sibuk dengan proses-proses menimba ilmu &  memperkasa diri... huh... yang pastinya bukan kursus seni persilatan ye....walaupun hakikatnya dapat 'tendinitis' selepas program... It's ok, nak berjaya dalam apa-apa pun, kena la usaha kan... Betul betul?

Misi seterusnya, selain berkongsi pengalaman & ilmu di blog, kali ini saya ingin berkongsi dengan lebih ramai orang di luar sana... "Seminar 90 Hari Transformasi Diri".. 

So, just nak berkongsi pengalaman saya semalam... Saya berkongsi dengan seorang kawan baik, of course nak invite dia datang dengan kawan-kawannya yang lain untuk menambah ilmu pengetahuan kesihatan diri & keluarga di seminar saya.. She was ok, interested since her mother recently died of heart disease, she herself is chronic asthmatic patient and her husband also having chronic gastritis and back pain..

Tiba-tiba, adiknya datang ke tempat kami berbual dan terus menyampuk, tanpa memberi salam pun...

"Apa benda ni? Seminar apa pulak ni?... Heee... tak de keje aku nak pegi benda-benda macam nih"... dan terus blah.... 

Huh? orang cam ni pun ada ke? Saya hanya mampu tersenyum... Speechless... Kesiannyer... Cakap dalam hati sendiri ~ "Aku yang doktor ni pun nak belajar lagi macamana nak sihat, spend beli beratus-ratus ringgit setiap bulan untuk beli buku-buku tips2 nak sihat, spend thousands of ringgit to learn from the expert... Dia rileks je cakap cam tu, langsung tak fikir perasaan orang lain... Sombong banget nih...huhu.."

Walaupun saya dah biasa menghadapi situasi begini, tapi terdetik di hati... Macam mana kita nak bantu orang, kalu orang tu sendiri tak izinkan dirinya dibantu... langsung tak beri ruang untuk belajar sesuatu ilmu yang baru... Mentaliti masyakarat yang begini lah sebenarnya yang saya ingin ubah... Walaupun dengan suara kecil ini, saya harap saya dapat membantu... Mengubah mentaliti kesihatan mereka - Mencegah, bukan menunggu penyakit datang & mengharapkan kerajaan untuk membantu! 

Klinik & Hospital kian bertambah & membesar... sedangkan di Okinawa, Jepun... hospital mereka lengang... dan saya pernah terbaca suatu artikel dimana - pada zaman kegemilang islam dulu, hospital juga lengang, doktor juga jobless kerana ramai orang sihat... So, Di mana kita sekarang??

Bila kita cerita tentang obesiti ~ Ramai yang mengkaitkan dengan kecantikan... Of course, bila berat kita ideal, kita lebih nampak berketerampilan.. Tapi, bukan itu matlamat utama saya...

Kajian membuktikan bahawa tidak ada orang yang hidup lebih 100 tahun, gemuk... Ustaz Azhar pun pernah cakap di Astro Oasis, tak de Nabi perut buncit...

Kegemukan adalah penyebab utama (leading cause) untuk penyakit Diabetes, Hipertensi, Jantung, Stroke, Cancer, etc etc... Penambahan sebanyak 5kg dari berat ideal tubuh kita dah membawa kepada impact negatif terhadap kesihatan, apatah lagi 10kg, 20kg, 40kg extra!! Berita baiknya, anda boleh ubah keadaan ini... Melalui pemakanan yang betul (jangan guna piramid makanan yang kita belajar masa kecik  -kecik dulu!), Ketahui jenis-jenis pemakanan yang terbaik untuk sihat sepanjang hayat, senaman yang baik, tips meningkatkan metabolisme dan byk lagi... In shaa Allah :))

Semoga kita diberi hidayah untuk lebih berjaya, sihat, ilmu yang bermanfaat, dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih sempurna... Pengalaman cedera di lutut menyebabkan saya dapat merasakan bagaimana orang yang ada masalah arthritis, apatah lagi jika obese... nak solat pun susah, nak berjalan pun masalah... Betul la, apa yang berlaku mesti ada hikmahnya kan.... :))





Istimewa Untuk 7 Golongan :

1) Individu yang ingin belajar dan menambah ilmu.

2) Individu yang ingin menyelesaikan masalah berat badan.

3) Individu yang ingin tahu kenapa masalah obesiti berlaku @ kenapa seseorang tu boleh gemuk walaupun makan sedikit?

4) Individu yang ingin tahu bagaimana sel-sel lemak yang terlebih itu boleh merosakkan semua sistem tubuh dan membunuh kita!

5) Individu yang nak tau  Rahsia & Tips Bagaimana untuk mendapatkan berat badan ideal idaman mereka - Termasuk Teknik Hypnoslimming :)

6) Individu yang ingin mengetahui Rahsia atau Stratergi kesihatan yang diamalkan oleh orang2 yang panjang usia & sihat tanpa sebarang penyakit kronik.

7) Individu yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kronik ~ Bagaimana untuk mengelakkan daripada mengalami nasib yang sama.


Jom sama-sama membuat perubahan :))





Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK