DILEMA NASI!


NASI OH NASI !! | Siapa pernah pernah dengar orang kata kalau nak kurus ~ jangan makan nasi terus? Ada jugak orang kata, kalau nak kurus sampai tak nak makan nasi tu extreme!

Kenapa zaman-zaman nenek moyang kita dulu susah nak tengok diaorg gemuk? Biasanya slim slim jer.. Nenek saya dah umur 90-an pun slim je... Kenapa ye? Diaorang pun mmg makan nasi dari kecik lagi....

Sebenarnya, Beras & Nasi tidak bersalah dalam hal ini...hihi.. Dulu, selepas proses menuai dan menampi padi,membersih dan membuang hampas ~ beras yang terhasil ketika itu adalah 'Beras Perang' di mana ia masih mengandungi 'bran' yang mempunyai banyak vitamin & mineral yang diperlukan oleh tubuh.. Nenek-nenek kita makan beras sebegini...

Teknologi moden telah mengambil alih proses tersebut dan telah membuang 'bran' dan seterusnya mengilap dan menghalusi beras-beras tersebut menjadi Putih & Berkilat! This is what we called 'REFINED WHITE RICE'!

Bila 'bran' yang kaya dengan vitamin & mineral itu di buang, hasilnya Karbohidrat Terproses ini akan mempunyai Glisemic Index yang tinggi! Bila masuk ke dalam badan, tindakbalasnya sama seperti kita makan gula pasir!

Gula dalam darah meningkat mendadak, Insulin mendadak di rembeskan & sifat insulin ni pulak ~ selain menurunkan paras gula, ia akan memerangkap & menyimpan lemak !! Sebab tu orang yang ada kencing manis akan naik bacaan gula mereka bila makan nasi... Sbb tu makan nasi banyak susah nak kurus !

So.. kalu nasi tak boleh makan.. Nak makan apa?? The best is to replace dengan beras perang atau beras basmathi.. Just for your info, beras wangi siam super yang sedap berkanji itu mempunyai Glisemix index lebih teruk dari gula pasir! Better avoid!

Invest the best for yourself, and most of the time we have to Sacrifice the Taste for the Health !!

Jom sama-sama lakukan perubahan.... :))

- Dr. Malinda
 


Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK