AIR SUAM

CERITA LEMON, AIR SUAM & LEMAK | Biasa kita dengar kebaikan air limau suam ni kan.. In fact dalam program slimming personal coaching saya pun ini adalah salah satu menu yang saya cadangkan. Kenapa?

Air Suam ~ Lebih dekat suhu air dengan suhu badan kita, lebih mudah air diserap kedalam badan untuk melancarkan peredaran darah, membuang toksik dan membantu penghadaman.

Air suam juga membantu untuk kita lebih relaks.. Jika kita minum air suam, rasa lebih lega berbanding kita minum air sejuk, yang kadang-kadang terus 'menangkap' di kepala! Betul ke Betul?

Lemon ~ mengandungi banyak vitamin C, vitamin B, Potassium, Calsium, Magnesium, Bioflavinoid dan byk lagi.

Kebaikan Lemon + Air Suam Untuk Kuruskan badan :

~ Meningkatkan metabolisme dan tahap pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

~ Membantu proses membuang toksik dalam badan - proses menurunkan berat badan akan jadi lebih mudah.

~ Membantu penghadaman & melancarkan sistem pembuangan anda - Lebih mudah utk singkirkan lemak.

~ Mengawal keseimbangan air dan electrolyte dalam badan - mengurangkan 'gemuk air'..hihi... juga bagus utk mengawal tekanan darah.


Selain itu :

~ Baik untuk kulit

~ Mencegah jangkitan - Jika rasa nak demam, sakit tekak @ selsema. Cuba amalkan - will help to recover faster.


Lagi Best kalu campur dengan Madu Asli satu sudu !


Ok, Jangan lupa Beli Lemon balik kerja nanti!

- Dr Malinda


** Utk pesakit gastrik serius @ ulcer usus - ini mungkin tidak sesuai untuk anda.


Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK