Friday, 21 June 2013

Bahaya Kulat!

BAHAYA KULAT! | Aflatoxin adalah sejenis kimia yang dikeluarkan secara semulajadi oleh sejenis kulat ( fungi – Aspergillus flavus dan Aspergillus parasiticus) yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan seterusnya boleh menyebabkan kanser hati.

Terdapat sekurang-kurangnya 13 jenis aflatoxin yang terhasil dimana aflatoxin B1 adalah yang paling toksik.

Aflatoxin biasanya ditemui pada makanan yang disimpan pada cuaca panas dan lembab. Antara makanan-makanan yang boleh menghasilkan aflatoxin adalah nasi, kacang, gandum, jagung dan kacang soya.

Nasi yang dibiarkan semalaman pada suhu dibawah 15 degree Celcius mengandungi Aflatoxin B1 manakala nasi yang disimpan semalaman pada suhu 28 Degree Celcius didapati mengandungi 4 kali ganda kandungan Aflatoxin B1.

Aflatoxin B1 telah dibuktikan boleh menyebabkan kanser hati (HCC – Hepatocellular Carcinoma) . Ia akan menyebabkan mutasi pada kromoson - kod genetic p5, mengakibatkan tindakbalas sel melawan kanser akan menjadi lemah dan seterunya pertumbuhan sel-sel kanser.


0 comments:

Post a Comment