Tuesday, 11 June 2013

Sel Manusia.



APA LAPORAN PAGI SEL-SEL KITA HARI NI AGAKNYA YE??


# 'DIALOG' di bawah adalah komunikasi sel-sel yang berlaku dalam diri seorang individu yang berusia 40-an, Obesiti, Tidak bersenam & Tidak mengambil pemakanan yang seimbang.. #

OTAK : Morning semua! Saya nak laporan bulanan status anda semua hari ini.

OTOT: Zzzzzzzz….

OTAK : Hello Otot! Bangun.. Awak Ok tak?

OTOT : Tak Sihat la Boss.. Lemah.. Dah 3 bulan tak exercise. Kepadatan saya pun dah turun 3%. Tulang pun tak berapa nak sihat nih! Boss cuba tanya Saraf, saya rasa kesihatan saya menurun ni pun sebab dia jugak.

OTAK : Serius awak ni.. Ok, Yang lain, Saraf awak macamana?

SARAF: Saya tak boleh handle la boss, stress sepanjang masa.. Kerja tak henti-henti. Langsung tak ada masa relaks. Emosi pun stabil boss, naik turun.. meter pun dah nak rosak ni..Tak pasti berapa lama boleh tahan.

OTAK : Awak cuba dulu bertahan buat masa nih.. gunakan saki baki sel-sel yang ada utk carry on. Awak? Imun? Macamana?

IMUN : Kritikal Boss.. Jangkitan kulat bulan lepas tak settle lagi, dah masuk virus baru.. Habis askar saya semua bos. Saya rasa organ hati dengan sistem hormone pun kritikal la boss, sebab kami tak dapat bantuan dari mereka.. Serangan makin bertalu-talu.. Kami dah mula kesan kanser sel di bahagian hati, boss!

OTAK : Awak cuba gunakan askar-askar simpanan yang ada. Teruk dah awak saya tengok. Kamu, Hormon, apa cerita?

HORMON : Dah tak tau nak cakap macamana boss, stock habis! Nak buat baru pun, bekalan nutrisi tak cukup. Saya just guna apa yang ada je la..

OTAK : OK, well… saya faham keadaan anda semua sekarang.. OTOT – tak payah nak bersusah payah bekerja membakar lemak, biar je lemak-lemak baru berkumpul. HORMON – saya cadangkan awak letakkan semua dalam ‘Shutdown’ mode – habiskan apa stock yang ada. SARAF – Tak payah fikir banyak sangat sekarang, relax dan tak perlu nak re’charge bateri awak . IMUN – awak dah bekerja teruk selama ini, just take a break, relaks je – apa serangan yang datang- Bacteria, virus, fungal or whats so ever, just leave it! Let is spread till the end!

# Let Us Make Sure That This Communication Will Not Happen In Our Body #

- Dr. Malinda

0 comments:

Post a Comment