TIPS KULIT CANTIK

TIPS KULIT CANTIK | Hari saya nak share tips dari maid saya.. hihi.. Dia bersungguh-sungguh menyiapkan lulur home made spa untuk saya.. Terbaik la kan.. sbb dia pernah kerja spa di Bali.. Thank you Bibik!

Bahan-Bahan :

2 genggam beras ( direndam selama 2 hari)
Kunyit ( 2 biji sederhana)
Cekur ( 3 biji kecil)
Timun ( 1 batang)

~ Selepas rendam beras tu selama 2 hari, just campurkan bahan-bahan tu dalam blender & kisar seperti biasa.

Cara penggunaan :

~ Just sapukan & lulurkan ke atas badan. dan tunggu sekejap sehingga kering, dan lulur & gosokkan sekali lagi. banyak sel-sel mati akan ikut serta! dan kulit rasa halus & mulus 

Apa rationale @ fungsi bahan-bahan tersebut digunakan secara turun temurun?

1) Beras sebagai serbuk - mengandungi PABA, Ferulic acid & Allantoin yang bertindak sebagai antioksidan, antiradang & mempunyai sun protection factor.

2) Kunyit - bahan aktif curcumin dalam kunyit mempunyai fungsi yang baik sebagai aniradang, anti kanser, antioksidan, natural antibiotics, menyembuhkan luka & membantu perjalanan darah.

3) Cekur - mempunyai fungsi anti-radang, antioksidant & anti penuaan.

4) Timun - Mempunyai Vitamin A, Vitamin C, Silica yang baik untuk kelembapan kulit.


~ Hebat kan nenek-nenek kita dulu? Tak payah buat klinikal research pun, tetapi kreatif menggunakan khasiat tumbuhan semulajadi untuk kekal sihat & cantik!

Selamat mencuba!

- Dr. Malinda




Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK