RESEPI SIHAT : Salmon blackpepper grilled with Italian rocket salad.

Baru-baru ni saya pergi shopping, terjumpa ikan salmon yang meleleh-leleh lagi minyak omega 3 dia.. tergoda sungguh! biasanya ikan salmon yang sampai kat mesia ni, dah lebam atau keras kejong dalam freezer kat shopping mall berbulan-bulan. sedih betul.. hihi

Rasa macam nak makan mentah jer ikan ni.. hihi. tapi tak lalu la pulaks.. kih kih.

Ok, so sebagai chef amatuer di dapur sendiri.. hihi.. saya nak share resepi ikan salmon grilled with Italian rocket salad ni. Next year Shaklee kan nak bawa kita ke Venice dan Milan, Italy, so kita ambil aura-aura sikit ye. hihi.. Ingat masa Shaklee convention di Switzerland dulu, hari-hari makan Salmon segar.. tu yang jatuh cinta dengan ikan species ni :)

Resepi ni memang sesuai untuk ibu-ibu yang busy sebab 15-20 minit jer dah siap dan boleh makan bersama keluarga tercinta!

Bahan-bahan yang diperlukan:

Ikan Salmon
Bawang putih
Lada hitam
Garam himalaya
Minyak zaitun
Asparagus
Brown button mushroom
Salad - boleh pilih nak Italian Rocket salad atau Garden Salad

Cara-caranya. Senang jer.

1. Cincang bawang putih kecil-kecil

2. Tumbuk lada hitam (kalu nak guna yang serbuk pun boleh tapi rasa lebih segar kalu guna biji lada hitam)

3. Taburkan dan ratakan ikan salmon tadi dengan bawang putih yang dicincang, lada hitam dan garam.       Nak perap dlm 10-15 minit pun boleh.

4. Grilled guna pemanggang ajaib nih..hihi. lebih cepat skit masak dan tak terlalu kering.

5. Panaskan pemanggang tadi dan taburkan sedikit minyak zaitun. Masak half cooked pun sedap salmon ni. Tak yah terlalu kering.

6. Masukkan salmon tadi. Masak ikut kesukaan anda. Half cooked pun sedap.

7. Selepas salmon siap di grilled, anda boleh grilled asparagus dan brown button mushroom pula. (gunakan minyak zaiton juga)

8. Then sediakan salad2 lain mengikut citarasa anda.
    Letakkan dressing yg anda suka - thousand island pun sedap.


So, lepas tu hiaskan ikut kreativiti anda. Senang je kan? Sihat berkhasiat.


Kalu nak bg rasa lebih sedap ala-ala taste malaysia, makan dgn sos cili thai.. hihi. Lebih rasa kemalaysiaannya :)

Selamat mencuba!

#cookwithlove
#healthyrecepies

Love always,
Dr. Malinda

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK