Sunday, 20 March 2016

CUBA KUIZ INI : 13 TANDA BADAN BERTOKSIK TINGGI


Dulu masa bertugas di Wad Perubatan, Hospital Taiping saya masih ingat ramai pesakit yang tanya saya bagaimana nak bersihkan darah?

"Doc, apa cara nak cuci darah?"

"Doc, macamana nak buang toksik dalam badan?"

"Doc, macamana nak bagi darah jalan bagus?"

Masa tu apa yang saya tahu atau saya belajar --> cuci darah ni untuk orang yang ada masalah kegagalan buah pinggang. Kena dialysis. Tak tau la pulak ada cara lain nak cuci darah untuk orang marhain biasa..hihi
.

Naive sungguh saya! Sebab masa di Medical School dulu tak de la pulak belajar pasal cuci-cuci darah nih untuk orang sihat untuk cegah penyakit. Betul kata pepatah, apa yang kita tak tahu tak semestinya tak betul atau tak wujud. Cuma kita yang terlalu taksub dengan apa yang telah diprogramkan di minda. Banyak lagi ilmu Allah yang perlu kita teroka sebenarnya.
.

Bila beberapa tahun dalam memberikan rawatan, saya semakin sedar bahawa bukan semua perkara penyelsaiannya adalah ubat.
.

Sakit kepala bukan disebabkan kekurangan Panadol dalam badan.

.
Darah Tinggi bukan disebabkan kekurangan pil Atenolo dalam sel.
.

Setiap satu ada akar umbi penyebab dan asbab!
.

Lambakan toksin dalam sel antara penyebab.
.

Toksin? Apa tu?
.

Toxin adalah apa saja bahan yang boleh merosakkan sel. Apa sahaja termasuk dari makanan yang kita makan, air yang kita minum, udara yang kita hidu, baju yang kita pakai, hama yang kita tak nampak, minyak wangi yang kita sembur, sabun, pencuci dan kosmetik yang kita gunakan hatta wifi dan jaringan smartphone yang kita tatap setiap hari.




Semuanya diserap tanpa kita sedari! Hasilnya, umur muda pun dah rasa tua.

Paling sadis jika penyakit kronik dah mula menjenguk kita.




Sebelum parah, jom cuba kuiz ni, check samaada badan kita ni ok ke tidak?
.

Setiap satu tanda yang anda kata YA, SAYA ADA, sila beri 1 markah ye.



.

13 TANDA BADAN ANDA BERTOKSIK TINGGI


1) Saya selalu merasa lemah, letih dan tidak bersemangat.

2) Saya mempunyai masalah untuk fokus dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu.

3) Saya mudah mendapat selsema

4) Saya kadangkala mengalami masalah nafas berbau.

5) Hidung saya selalu merasa tersumbat dan berkahak

6) Saya mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan sekiranya tidak menggunakan deodorant.    

7) Saya kerap merasa kembung, ‘angin’ atau penghadaman yang tidak baik terutamanya selepas makan.

8) Saya mempunyai lingkaran gelap dibawah mata.

9) Saya mudah mendapat alahan atau allergi, eczema, jerawat atau psoriasis.

10) Saya mempunyai masalah berat badan yang susah nak diturunkan.

11) Saya kadangkala tidak membuang air besar lebih dari 2 hari.

12) Saya kerap sakit-sakit badan.

13) Saya selalu mengalami masalah bengkak atau sembab.





Ok. Ada berapa YA anda?

.
Jika anda ada 10.
.

Ini bermakna anda mempunyai 10 Markah.

Cara nak tengok berapa tahap 'keseriusan' anda perlu buat DETOX ialah dengan mengira peratusan.

Contoh : 10 Tanda = 10 Markah

So,  10 bahagikan dengan 13.

10   x  100 = 76.9%
13

Tahap keseriusan anda perlu buat detoks ialah 76.9!
.

Banyak tu!
.

Serius. Jangan tunggu ia semakin mengganas. Simptoms semakin parah nanti. Susah nak rawat.

Sudah-sudah la umur 30-an tapi macam-macam dah rasa.

Nak bangun pagi pun rasa letih sangat, walhal cukup tidur.

Berat badan? Jangan cerita la, baju nikah dulu dapat masuk setakat paras dada je, Saiz dah 2-3 kali ganda. Nak turun susah, dah try macam-macam pun tak jadi. Bosan!
.

Badan sakit-sakit.

.
Period pun kadang datang, kadang tak datang. Bercelaru. Hari biru! Rasa tak macam perempuan normal kadang-kadang.

.
Kencing pun tak lawas. Kalu terbatuk tu kadang2 terkencing sekali.

.
Kepala pun asyik sakit je. Kerja banyak. Stress. Lagi stress kalu kerja banyak giler tapi duit tak nampak ke mana!

.
Kulit pun dah nampak suram. Kedut-kedut halus dah mula ada.

Muda lagi tapi dah rasa macam nenek-nenek!

Masalahnya baru 35, bukan 53!

Macamanan nak buat nih???
.


Baca FB dan Google banyak sangat tips sampai buntu jadinya. Doktor tak bertauliah pun ramai bagi nasihat. Kompius nak ikut yang mana kan?
.

In shaa Allah, teruskan mengikuti blog saya, banyak perkongsian menarik yang akan saya kongsikan untuk memberi manfaat untuk kita bersama!
.

Detox : Betul atau sekagar gimik?


Stay tuned utk info detox seterusnya :)


Salam Jihad Sihat!
.

- Dr Malinda
#slimmingmasterclass

Like : Dr Malinda Health & Beauty Academy


Nak Slim? WA 017 508 4430












0 comments:

Post a Comment