Thursday, 23 November 2017

SERANG HENDAP KULAT CANDIDA TERHADAP KESIHATAN ANDA

CANDIDA?? 

APA TU??

.
.
Candida sp ni sebenarnya ialah sejenis kulat atau fungus.



Pernah tak tengok penyakit mulut yang putih-putih tu? Atau pun yang sering disebut penyakit keputihan pada wanita? Itu adalah penyakit yang disebabkan jangkitan kulat candida sp ini.

Keputihan atau Vaginal Candidiasis


Oral Candidiasis

.
Kebiasaanya kulat candida ni adalah flora normal dalam usus kita, diseimbangi dengan bakteria-bakteria lain pada usus. Masalah yang berlaku ialah bila kulat ini membiak bebas dalam usus, tanpa dikawal. Ini yang akan menyebabkan pelbagai simptoms yang saya kongsikan sebelum ini.

Antara 10 tanda-tanda jangkitan candida (candida overgrowth) di usus adalah :

1. Sangat bernafsu pada nasi, roti, biskut, gula.
2. Perut selalu rasa kembung, sembelit atau cirit.
3. Selalu rasa letih dan cepat penat.
4. Kerap sakit-sakit badan.
5. Masalah kulit - senang allergies, naik rashes, eczema
6. Susah nak focus. Daya ingatan yang lemah.
7. Mood tak stabil. Cepat nak marah. Nervous dan kadang-kadang depressed.
8. Allergies atau resdung, sinusitis.
9. Masalah keputihan.
10. Jangkitan kulat pada kaku dan kulit.

... dan banyak lagi!

Image result for symptoms of candidiasis


.
Persoalannya kenapa Candida ni boleh beranak pinak dalam usus kita?

Antara penyebabnya ialah :

1. Kerap menggunakan antibiotik.

2. Kerap makan makanan yang manis bergula.
(Gula memang makan dia!)

3. Makanan terporses.

4. Penggunaan ubatan seperti Ubat Perancang Keluarga,
Steroid, Kimoterapi etc

5. Penyakit Diabetis

6. Stress yang kronik

Itu antara 6 penyebab yang menyebabkan kulat ni jadi bermaharajalela dalam usus kita, dan keputihan yang selalu wanita alami sebenarnya adalah lambakan dari usus yang keluar menjangkiti bahagian kemaluan. 

Dah berhijrah dia kan? huhuhu

Sebab tu, nak rawat Candida ni bukan dengan guna ubat je, perlu stabilkan balik semua ekosistem mikrobiota atau kulat dan bakteria dalam usus ni.
.
.
Macamana nak buat ni? 

Image result for treatment
Add caption

Camner nak merawat?
.
.
Untuk rawatan kulat Candida ni, ambil masa at least dalam masa 2-4 minggu.

Apa yang kita perlu buat ialah:

1. Elakkan makan makanan yang mengandungi yis atau yang melalui proses penapaian – Roti, tempe, tapai, cheese, mushroom, kicap, budu dan yang sewaktu dengannya.

2. Elakkan makanan yang mengadungi gula kerana gula adalah makanan kepada kulat ini. Bagi kulat ini ‘kebuluran’ dan ia akan mati lebih cepat. Elakkan juga gula tersembunyi.

3. Yang ni mungkin agak sukar tetapi untuk rawatan yang efektif, elakkan makanan yang berasaskan tepung putih seperti – roti, kuih, pasta, pizza etc.

4. Elakkan juga minuman yang yang mengadungi malta seperti ‘Mil_’ , ‘H_rlic_s’, dan juga breakfast cereals.

5. Cuba elakkan minum susu lembu dan sebarang makanan yang anda ‘intolerance’ atau yang boleh menyebabkan anda rasa kembung atau ‘berangin’.
.

Image result for candida treatment


Aduhai...Semua tak boleh ni doc? lepas tu nak makan apa ye 2-4 minggu ni?
.
Ye la kan?
.
Dah namanya dalam rawatan, memang la kena pantang. Macam kita lepas bersalin dulu, nak sihat 44 hari kena pantang, makan kena jaga dan tak boleh nak makan bukan-bukan.
So anggaplah diri kita sedang ‘berpantang’ dan ‘berperang’ dengan Candida.

Tengok siapa yang akan menang? Hihi 
.

Image result for candida treatment

Makanan yang ‘Frendly’ utk usus ialah :

1. Bawang putih – kalu dapat mentah lagi best. Boleh juga bakar ataupun steam. Bawang putih mempunyai komponen ‘Anti-Fungal’ yang sangat baik.

2. Lebihkan pengambilan sumber protein dari ikan dan seafood. Ayam boleh tapi lebih baik jika ayam organic atau ayam kampung.

3. Tingkatkan pengambilan sayuran yang membantu penambahan koloni bakteria baik seperti – Brokoli, terung, kobis, kobis bunga, bayam, bawang, tomato dan sayuran berdaun hijau.

4. Ambil buahan yang kurang manis seperti dan elakkan yang manis. Epal, betik, jambu, nenas ok tapi elakkan yang terlalu masak.

5. Boleh ambil plain greek yogurt untuk menambah bilangan bakteria baik tetapi elakkan yang berperisa.

6. Boleh amalkan pengambilan Probiotik dan Prebiotik yang berkualiti tinggi.

7. Kalu nak makan nasi, better makan beras perang. Roti pun cari yang ‘yeast-free’ bread.

8. Ambil minyak yang baik untuk fungsi anti-radang seperti Omega, Olive oil dan Virgin coconut oil.

9. Dan anda juga boleh mengambil ubat rawatan anti-kulat dari doktor anda.

Jangkitan Candida ni nampak macam remeh tatapi ia boleh menyebabkan keradangan. Dan keradangan atau inflammasi kronik ni adalah akar umbi pada pelbagai penyakit kronik yang lain. Bukan sahaja keputihan, 'oral thrush', tetapi kajian terbaru menunjukkan ia menjadi punca kepad masalah 'Leaky Gut Syndrom', hatta juga penyebab kegemukan.

Image result for candidiasis cause obesity

Serius banyak lagi penyakit yang hanya bermula dari ketidakseimbangan makhluk di usus ini!

Lebih baik cegah, sebelum koloni mereka bertambah dan ‘menguasai’ diri kita.

LIKE & SHARE article untuk kawan-kawan anda yang mungkin sedang bertarung dengan Candida sp.
Thank you 

.
.
- Dr Malinda
LIKE & Follow Fan Page : Dr Malinda Health & Beauty Academy: 

 https://www.facebook.com/drmalindahealthacademy/

untuk pelbagai info kesihatan yang menarik.

.
.

Salam Jihad Sihat

- Dr Malinda






0 comments:

Post a Comment