NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG? BOLEH TRY CARA NI.

Ingat lagi pengalaman saya masa bertugas di klinik kencing manis dulu. Dalam masa 2 tahun, peningkatan bilangan pesakit diabetes naik lebih 2 kali ganda.

Serius, memang berganda-ganda dari tahun ke tahun. Tak terperanjat jika keadaannya masih sama sekarang.



Off course, penyebab utamanya ialah pemakanan kita.

Tetapi ada satu tabiat yang saya suka tanya.

Suka minum air gas tak?

Sebab saya nampak perkaitan orang yang suka minum air gas ni akan mudah kena diabetis.

Pernah ada pesakit saya, anak muda berusia 23 tahun. First time jumpa saya bila check kandungan gula dalam darah 26 mmol/l ! Unknown Diabetic.

Saya tanya tabiat dia. Buat apa sampai gula macam ni tinggi melangit?

Dia kerja supermarket. Selalu penat turunkan barang, lepas tu sure akan minum air gas. Sehari dalam 15-16 tin! Buat hilang dahaga dan letih katanya.. aduss!

Tabiat ni baru je dia buat selama 3 bulan, tapi dah cukup untuk merosakkan sel pankreas dan insulin.

Ada seorang lagi, staff nurse saya. Muda lagi, umur dalam 25 tahun. Tinggal berjauhan dengan suami. Bila dah mula ada simptom-simptom Diabetis, saya check gula dia masa tu 16 mmol/l

Saya tanya apa makan?

Jujurnya, dah balik rumah penat. Duduk seorang, memang rutin harian akan beli Pizza dan sebotol Soft Drinks 1.5 liter. Biasanya satu botol akan habis dalam masa 2 hari!

Binggo! Cukup 4 bulan, sistem dah mula rosak. Gula naik mencanak.

Nampak tak penangan Air Bergas ni? Serius bahaya.






Ini bukan rekaan saya. Realiti.

Dan apa yang saya perhatikan, apabila golongan penggemar tegar soft drinks ni bila dapat diabetis, selalunya berakhir dengan komplikasi buah pinggang.

Apa kaitannya? Lama juga saya tertanya-tanya.

Kenapa air gas suka 'hentam' buah pinggang??

Meh saya nak cerita...

Gula yang digunakan dalam air gas ni bukan gula biasa.

Gula yang digunakan ialah High Fructose Corn Syrup (HFCS).

HFCS ni apa pula??

Ia sejenis gula yang lebih murah dan lebih manis dari gula pasir. Dan LEBIH BAHAYA!

HFCS dihasilkan dari jagung melalui pelbagai proses dan tidakbalas kimia. Gula ni lebih sesuai untuk industri makanan dan minuman, selain harga yang murah, ia lebih tahan lama.

Tetapi, apa kesannya pada pengguna??

Fruktosa ni berbeza dari Glukosa. Cara badan proses pun berbeza.

Semua badan kita boleh guna glukosa sebagai sumber tenaga tapi Fruktosa tak boleh.Sel kita tak kenal dan tak boleh guna pun untuk jadi tenaga.

Haha.. nampak?

Hanya HATI sahaja yang boleh handle fruktosa ni.

Kalu sikit tak apa tapi masalahnya, kalu air bergas ni dah kira level 'Fruktose Bomb'. Masuk menderu-menderu. Lama-lama sel hati memang tak boleh nak handle.


Air bergas mempunyai kandungan HFCS yang sangat tinggi.

12 ounce Coca-cola boleh mencapai 20.2 gram Fruktosa! (Jika dibandingkan dengan buah, cth 2 buah jambu hanya 2.2 gram sahaja, dan jambu pula banyak fiber dan vitamin lain tetapi Air gas ni kosong, hanya sugar bomb)

Kesannya?

Hati lama-lama rosak. Berlemak sebab fruktosa tadi akan ditukarkan jadi lemak Trigeliserida.

Buah pinggang macamana?


Selain lemak, Fruktosa yang berlebihan ni akan diproses dalam hati (berbeza dengan glukosa) dimana dalam proses ni URIC ACID akan dihasilkan.

Biasa dengar tentang Uric Acid?

Lebih Uric Acid boleh dapat Gout dan Batu karang. Dan tahukah anda Uric Acid berlebihan pun boleh menyebabkan darah tinggi?

Bukan makan daging, seafood, ikan bilis je Uric Acid boleh naik ye. Gula HFCS dan Gula lain pun sama! (Sebab dalam gula pasir, ada juga fruktosa cuma peratusan lebih rendah)

Kesan minum 'Fruktosa Bomb' dalam Soft Drinks :

1. Insulin Resistance dan Diabetes.
2. Lemak Trigeliserida meningkat
3. Uric Acid meningkat
4. Inflammasi kronik meningkat
5. Risiko Darah Tinggi meningkat
6. Risiko batu karang meningkat.

Dan jelas nyata, semua faktor di atas akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Tak rugi berhenti ketagih minum air gas ni, kemanisan yang merosakkan.



Ini baru kesan Fruktosa, saya belum cerita lagi tentang kandungan Caramel colouring, Carbonic acid, Phosphoric acid , Caramel colouring dan garam dalam soft drinks ni.

Semuanya akan 'hentam' buah pinggang.

Saya selalu share dalam ceramah, mudah je nak rosakkan pankreas dan buah pinggang, kalu teringin nak dialysis, kalu teringin nak kena cucuk sana sini, amalkan air bergas ni setiap hari, cukup 4 bulan, ada potensi nama tersenarai dalam pesakit yang kena jumpa doktor setiap 3 bulan untuk check kencing manis.

Amalkan lagi minum air gas ni, cukup haul 5-10 tahun (kalu nasib tak baik, mungkin lebih awal) akan tersenarai nama untuk masuk nama dalam statistik pesakit dialysis pula.

Nauzubillah. Mohon jauhkan la.

Anda ada kawan yang suka minum air bergas?

Boleh share artikel ni, manatau hati dia terbuka untuk berubah.


Soft Drinks, Killing You Softly!


- Dr Malinda


Comments

  1. Salam. Dr. Hanya air bergas ada HFCS. Air minuman yg tak betgas bagaimana?

    ReplyDelete
  2. I dont consume any bottled drinks am vegetarian, non smoking nor drinking, only food from home, even when working, but I am a dialysis patient for 6 months now.
    What would you like to say about this.
    Thank you

    ReplyDelete
  3. As'salammualaikum..sy ingin berkongsi cerita kisah seorg doctor pakar buah pinggang akhirnya mengidap penyakit tersebut...kajian demi kajian dijalankan akhirnye menemukan satu jawapan yg sgt terkejut...iaitu minum dan mkn dengan cara duduk membolehkan seseorg terhindar dari masalah buah pinggang

    ReplyDelete
  4. Ape effect kalo minum coke zero (no sugar)?

    ReplyDelete
  5. Dr ..sy baru mendengar talk Dr tadi..sangat terkesan..pertanyaan saya..bagaimana dengan 3:1 dronk..adakah bercampur dgn gula fructosa n merbahaya juga. Tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA RAHIM BENGKAK?

2018 : CABAR DIRI 60

PERIA KATAK