Thursday, 17 January 2019

Selalu lapar dan craving? Ini cara mereka menyelesaikannya..

Kerap lapar? 

Selalu rasa craving nak makan macam-macam?

Ini adalah antara sebab selalu misi nak kurus terbantut, setuju?

Terima kasih kepada semua SMCreans yang berkongsi tips anda!

Jom tengok tips-tips menarik dari peserta-peserta Slimming Masterclass, In shaa Allah boleh menjadi idea yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah craving anda juga :)
.




Siti Hajar, 

Cara saya:
- Sebelum keluar jalan-jalan, makan dulu di rumah
- sentiasa bawa air kosong
- kena sibukkan diri, jika duduk takde buat apa nanti ingat makan.
- selalu IF mmg efektif utk saya kawal selera
.

Nurhani

Kena sentiasa ada healthy snack standby kalau lapar
- nuts 
- buah
- of course air kosong
- sy pilih IF
- paling penting mind set. Ikut hati mati ikut rasa binasa.

.


Diana Adhan,

- Intermittent Fasting / puasa sunat
- Makan buah
- Minum byk air kosong
- sibukkan diri dengan kerja2 sampai lupa time makan hehehe
- Kat rumah jngan buat stok jajan, makanan segera & kerepek. 

.

Liza, 

1. Drink water
2. Tangguh dulu.. lets say u nk mkn coklat.. say to yrself.. nnti dulula/ later la then pi minum air dulu.  
.

Nur,

Intermittent Fasting , drink more water , puasa

.

Farhana,

-Puasa Sunat
-Makan buah yg banyak air
-air kosong
-Elak tengok gambar org jual kek

.

Syafiqah,

- minum air secukupnya
- makan on time
- puasa sunat @ IF
- kosongkan dapur dari makann yg tak sihat

.

KS

For me puasa sunat is the best compare to IF because puasa sunat (puasa segala segi termasuk mata, hati dll) mmg kita dah bgtau minda that we not suppose to eat it till waktu berbuka but IF kdg2 tergagal sbb ada window utk makan.. if saka kuat window makan tu kita cari gak apa yg kita craving tadi walau cuma dilupakan.

.

NurHasnah

Tips saya:
1. Buat Meal Plan untuk seminggu bekal ke ofis dan weekend. meal prep during weekend 
2. Berpuasa/IF
3. Air secukupnya 
4. Bykkan interaksi dengan support group mcm SCM atau kawan2 yg support usaha kita.

.


Hana

Bagi saya untuk elak craving...
1- jangan Stress
2-Ingat Big Why
3- Ikhlas berubah kerana Allah,untuk jaga kesihatan...
4. IF
5.Puasa 
6.Minum air cukup
7.Makan sayur cukup
8.Ambil motivasi dari kawan kawan yang berjaya..betapa usaha kurus ni perlukan pengorbanan..model pon jaga makan,sebab tu cantik..

.

Norasikin,

Kalau saya selalu pesan pada diri, selama ni dah bertahun2 makan ikut selera tekak.. jadi sekarang kena ikut selera kesihatan diri pulak.

.

Rohaida

1)Ingat n refresh selalu ‘Big Why’
2)Selalu ingat esok2 nk kembali kpdNya dgn keadaan jasad kaku yg ringan( walau blm tentu ringannya dosa)😅ingatan utk diri sendiri.
3)Puasa sunat, IF
4)Mnm byk air kosong
5)Sibukkn diri n tangguh dulu keinginan tu
6)Klu ada jamuan jadikn diri org yg paling last gi mkn, untung2 abih dah xyah mkn😬
7) Gantikan craving mende2 manis ngan buah2 low GI, nuts n anykind of salad
8) klu dah x terkawal sgt selera tu ambillh sedikit utk rasa jgn terover plak😅

.



Nurul,

Bila di office, banyakkan minum air. Elakkan letak pelbagai jenis makanan di atas meja. Saya tak amik snack kalo lapar. Just minum air sahaja.

Lunch sorang2 lagik bagus sebab takut lunch ramai2 nanti ada influence nak makan itu ini.

Di rumah pun sama. Jangan beli benda2 macam kerepek. Banyakkan minum air bagi perut penuh. Tido awal untuk dapatkan beauty sleep. 

Setiap hari kena buat affirmation. Saya nak kurus sihat. Saya nak reward baju size M bila dah kurus sihat.

.

Aizat,

Utk saya, saya sangat berkesan bila buat green juice.. mcm sedor diri skit n dpt kawal selera.. banyak kali dah try, it helps a lot.. terutamanya sugary food.. agak2 dah lost control, mmg sy terus buat green juice .. resepi tukar2.. tp still green..

.

Herney

My tips is:
I have my favourite qoute that i like "when you can control your mind you can control your body"

How to control my mind:

Gunakan teknik gambar dalam bayangan. If ada makanan sedap-sedap ..saya tukarkan gambar gemok hodoh to kurus yg cantik. Simple je..just bayangkan. Guna minda bawah sedar

Hari2 saya akan tulis kat jurnal saya akan dpt 55 kg utk pastikan minda bawah sedar tak terpesong ke laut..

.

Liyana,

1. Minum air sebelum mkn...so perut kenyang dan boleh kawal selera makan.

2. Kalau  agak-agak nak makan nasi lemak ..cakap camni kat diri... dah 40 tahun makan...camtu gak rasenye...so  x payah la makan.
Makan yang jarang-jarang makan plak.

3. Selalu tengok gambar mase kurus😆

.


Nashar,

1. Makan banyak sayuran hijau kerana kandungan serat yg banyk bantu kenyang lebih lama.

2.Minum air secukupnya. Minum secara berkala dan berterusan. 

3.Minum black coffee 2x sehari kerana rasa pahit coffee jadikan selera makan makanan manis terbantut. 

4.Amalkan IF kerana bila kurangkan makan maknanya tak layan selera makan nak makan banyak.

5. Amalkan makan Avocado dan ambil minyak kelapa kerana kandungan lemak sihatnya dapat kurangkan selera makan, jadikan perut lebih kenyang. 

.

Azian,

Apa yang saya amalkan utk elak craving..

1. Puasa sunat isnin khamis supaya bakteria baik dan jahat dlm usus kita balance. Puasa juga dpt meningkatkan metabolism badan. 

2. Saya juga amalkan progut dan probiotik terutama sekali yogurt. Pelbagai kan resepi supaya kita tak rasa jemu. Boleh buat smoothie boleh jugak buat ais cream yogurt. Boleh juga campuran dgn buah buahan, kurma, cheaseed dll. Utk menambah bakteria baik dlm usus.

3. Amalkan IF 18:6 sebagai healthy style.

4. Lebih kan makan sayur sayuran dan buah buahan.. Kalau susah nak telan salad saya amalkan juice sayur + buah.. Amalkan waktu pagi dan malam sangat membantu dlm system pencernaan.

5. Kalau craving saya akan makan mix nuts badam, cashew nut, walnut. Rasa craving ni berlaku terutama bila kita period.. Dark coklate kdg2 1 bar boleh habis.

6. Amalkan ACV + pink salt waktu pagi dan sebelum tdr. Jgn lupa extra virgin coconut oil waktu pagi, kita akan rasa kenyang lebih lama terutama ketika IF.



Alhamdulillah. Dah banyak tips kan?

Semoga bermanfaat ya!

Dr Malinda & All the SMC team :)
.
.

Nak belajar bersama SMC team? WA 017 508 4430 untuk info lanjut.





0 comments:

Post a Comment