Posts

KELEDEK JEPUN

Image
KELEDEK KURUS | ~ Japanese Sweet Potato ~ Di Okinawa, Jepun, susah nak tengok orang yang obese kerana purata BMI mereka adala 21 - 22 sahaja! Dan ini adalah salah satu pemakanan mereka - menggantikan nasi. So, apa yang anda boleh buat untuk menurunkan berat badan anda, gantikan sarapan atau lunch anda dengan keledek ini! Antara 5 Kebaikan Japanese Sweet Potato ini adalah : ~ Kalori rendah,Nutrisi & Fiber yang tinggi - mengenyangkan dan bagus utk menu diet anda. ~ Anti-oxidant tinggi - mencegah penyakit kronik ~ Anti-kanser - Warna purple pada keledek ini adalah 'anthocyanin' yang baik untuk mencegah kanser terutamanya kanser kolon. ~ Menurunkan kolestrol (LDL) ~ Menstabilkan gula dlam darah ( boleh diambil oleh pesakit diabetes) Cara memasak - Rebus atau Kukus. Kalu buat keledek goreng, makan cecah dengan sambal kicap pun sedap..hihi... tapi, maaf la ye.. Nutrisinya dah jadi lain pulak! Bukan utk buang lemak, tambah lagi lemak ada la gamaknya.. huhuhu.. Selamat Berusaha ! -...

PERIA KATAK

Image
PERNAH DENGAR TENTANG OKINAWAN? | Salah satu thesis master saya adalah tentang Okinawa. Mereka ini adalah populasi manusia yang hidup paling tua di dunia, tinggal di kepulauan Okinawa, Jepun. Setakat nak tengok orang-orang tua umur 90 tahun - 100 tahun naik basikal pergi pasar tu senang sangat, kerana rata-rata mereka hidup 90 - 110 tahun ! Kita kat sini?? hihi.. Antara rahsia mereka adalah Die t yang di amalkan! Dan salah satu makanan utama mereka adalah Bitter Gourd atau nama melayunya Peria Katak. Ramai yang tahu Peria katak ni bagus.. So, apa sebenarnya yg ada dalam Peria Katak & apa fungsinya pada kesihatan kita? ~ Sangat rendah kalori, hanya 17 kalori dlm 100g. (bagus amik waktu diet) ~ Tinggi Fiber, Mineral & Anti-oksidan ~ Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah. (Bagus untuk pesakit Diabetes Type II) ~ Tinggi Vitamin C, Carotene, Leutein dan zea-xanthin (Anti-oksida yang bagus untuk anti-penuaan, anti-kanser dan...

KAYU MANIS

Image
TEH KAYU MANIS (Home made) | Resepi minuman kesihatan ~ Kayu manis atau nama orang putihnya “Cinnamon” adalah sejenis herba yang di gunakan berkurun lama terutamanya di kalangan orang asia. Selain untuk menyedapkan makanan, ia juga mempunyai fungsi : ~ Natural Antibiotics ~ Menstabilkan gula dalam darah. (Journal of Diabetes care menunjukkan kawalan gula yang lebih baik untuk pesakit diabetes selepas 40 hari mengamalkannya) ~ Menstabilkan insulin & mengurangkan pengumpulan lemak tubuh ~ Menurunkan kolestrol ~ Mengandungi Fiber, Zat besi, Manganese dan Kalsium yang tinggi ~ Anti-spasmodic - mengurangkan kembung perut, gastrik, loya ~ Mengurangkan radang sendi ~ Mencegah kanser (lymphoma) ~ Mengurangkan stress Cara-cara membuatnya : Masukkan 1/2 sudu serbuk kayu manis dalam satu mug air panas. Biarkan seketika sehingga agak suam + campurkan 1/2 sudu madu tulen. (Air yang terlalu panas akan merosokkan nutrisi dalam madu) Atau juga boleh dicampurkan dengan Green tea anda :) Selamat Men...

CENDAWAN

Image
SIHAT DENGAN CENDAWAN | Bukan setakat sedap sebagai makanan, tapi juga sebagai 'nature medicine'. Siapa yang ingin menurunkan berat badan, sangat bagus untuk diamalkan. Kebaikan Cendawan : ~ Fat-Free, Tinggi Fiber, Sangat rendah kalori (1/2 mangkuk - 10kcal) ~ Tinggi Mineral - mengandungi Postassium, Selenium, Riboflavin, Thiamin, Folate, B6, Niacin (B3) dan ZInc. ~ Mengandungi Phytochemical & Glutamic acid Membantu untuk : ~ Menurunkan berat badan ~ Meningkatkan sistem imun ~ Mencegah kanser ~ Menurunkan tekanan darah ~ Menurunkan kolestrol Ia boleh di ambil sebagai 'pengganti daging' kerana sifat kekenyalan & mineral yang tinggi. Tips untuk menurunkan berat badan walaupun makan diluar sambil bersosial, anda boleh order Sup cendawan, dan jangan lupa beritahu tukang masak ~ Jangan letak Pak Ajinomoto! Semoga dapat menambah nilai info dalam diet anda! Selamat Mencuba ! - Dr. Malinda ** Iklan jap ~ Shaklee Liver DTX - Mengandungi Reishi Mushroom :)

JUS PEMBAKAR LEMAK

Image
Resepi Jus Pembakar Lemak |  Kisar 1 biji Epal hijau + 1/2 biji Timun + 1 tangkai celery (Kisar bersama-sama kulit epal & timun) Khasiat : ~ Membakar lemak & Melangsingkan badan ~ Mengenyangkan ~ Khasiat Nutrisi & Fiber yang Tinggi ~ Menurunkan Kolestrol ~ Mengurangkan risiko kanser Amalkan sebagai Sarapan Pagi. Tp lepas tu jangan makan nasi lemak pulak & teh tarik ye.. hihi - Dr. Malinda

LAPAR

Image
ASYIK LAPAR? | Kenapa kita rasa lapar? True Hunger atau Toxic Hunger? Physical Hunger atau Emotional Hunger? Fisiologi Lapar - Bila perut kita kosong, 2 jenis hormon akan dihasilkan iaitu GHRELIN dan LEPTIN, pernah dengar? GHRELIN akan beri signal pada otak yang kita akan membuatkan kita rasa lapar dan perlukan makanan. LEPTIN pula akan dikeluarkan bila perut kita penuh, ia akan beri signal pada otak yang mengatakan kita dah kenyang dan sepatutnya berhenti makan. Situasinya sekarang, bila kita terdedah kepada tabiat pemakanan yang berlebihan dan kurang sihat --> Fungsi dan keseimbangan kedua-dua jenis hormon ni dah diganggu. Itu yang baru lepas makan, tiba-tiba kawan bawak choc moist cake, terus rasa macam lapar semula...huhu.. That's is definately not Physical Hunger, It is Emotional Hunger! Jadinya - Kena didik semula diri melalui pemakanan kalori yang rendah, tinggi fiber, berpuasa secara berkala, exercise & supplement seperti Liver DTX, Omega 3 & Zinc. Pernah denga...

SEL

Image
BILA SEL AKAN MATI? | Setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mati? Semua orang tahu tapi tiada siapa yang tahu bila kematian akan berlaku. Setiap sel mempunyai jangka hayat. Setiap sel akan membahagi. Kita sendiri bermula dari suatu sel (gabungan ovum ibu + sperma ayah) dan membahagi dan berkembang menjadi sesempurna ini. Alhamdulillah. Kehidupan bermula dengan pembahagian sel dan akan berhenti bila sel berhenti membahagi. Teori Hayflick Limit mengatakan sel normal mempunyai potensi untuk membahagi antara 40 - 60 kali, kemudian mati dan akan digantikan dengan stok stem sel yang baru. Sel yang dijaga nutrisi pemakanannya akan mengambil masa sehingga 3 tahun untuk membahagi sehingga 60 kali ( tahan lebih lama) tetapi sel yang diberi makan banyak (obesiti) akan mengambil masa setahun sahaja untuk memhabiskan kitaran hayat tersebut! Dengan kata lain, umur sel lebih pendek jika kita makan banyak. Hakikatnya, kita boleh pilih untuk panjangkan hayat sel @ memendekkan hayat sel kita :) Allah ...