Posts

BUDGET, GULA DAN KITA.

Image
Excited nak dengar pembentangan budget untuk bidang kesihatan semalam.   Budget 2014 : RM3.3 Billion untuk meningkatkan infratruktur Hospital dan ubat serta rawatan terbaru, 50 Klinik 1 Malaysia utk tahun 2014 dan 6400 jawatan untuk tenaga baru jururawat. Dan yang paling ketara sekali – Untuk mengelakkan penyakit kencing manis yang semakin meningkat - Subsidi harga gula dimansuhkan sepenuhnya. Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilo. Saya tak la terasa sangat dengan kenaikkan gula ni, sbb kalu sekilo gula kat rumah tu, mahu tahan 2-3 bulan. Cuma saya terfikir, saban hari semakin banyak klinik, semakin banyak hospital swasta tumbuh bak cendawan selepas hujan adalah asbab semakin ramai orang yang sakit. Berbillion-billion peruntukan untuk beli medical equipment yang canggih-canggih. Semuanya fokus kepada rawatan pesakit yang dah kena penyakit. Itu sememangnya sangat penting. Tetapi, dengan keadaan peningkatan kes-kes penyakit kronik Di Malaysia yang tak menunjukkan tanda-tanda un...

TIPS CEGAH KEMATIAN PRAMATANG

Image
NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita kematian anak saudara di usia 39 tahun. Setelah itu, di facebook pula berita kematian artis ketika saya di zaman remaja, Allahyarhamah Noreen Noor di usia 54 tahun akibat komplikasi buah pinggang dan jantung. Walaupun Allah lebih menyayangi mereka, tetapi kematian di usia muda pastinya sangat memberi kesan terutamanya anak-anak yang di tinggalkan. Kerugian kepada negara kerana usia produktif adalah sekitar 60 tahun. Ada ketikanya kita terlalu menjaga orang lain sedangkan kita sebenarnya perlu ambil berat tentang diri kita, kerana tanpa kita sebagai 'anchor' atau sauh dalam keluarga, kapal akan hilang arah tuju. Mata-mata kuyu itu pasti menangis rindukan pelukan kita.. Pengalaman saya, ramai yang tidak berapa kisah tentang kesihatan diri. Nikmat yang Allah beri percuma, selalu diambil sambil lewa. Kesihatan itu satu yang perlu kita usahakan. Setiap kali saya memberi seminar atau ceramah-ceramah ...

BAYI TANPA TEMPURUNG KEPALA.

Image
Pernah ada pengalaman masa kanak-kanak, seorang jiran yang melahirkan bayi tanpa tempurung kepala. Saya sangat tertanya-tanya kenapa? Nak tau apa jawapan yang saya dapat? Mereka kata itu ‘Sawan Monyet’ – sebab  suami dia tentera, masa masuk hutan pernah tembak kepala monyet sampai pecah. Saya punyer la percaya.. Betul la, Bila kita tak ada ilmu, percaya tanpa fakta - Bertahun-tahun dikelentong dan mempercayai. Kesian kan! Huhu.. Anencephaly ni adalah satu keadaan kecacatan serius sistem saraf tunjang – dimana bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala. Sistem saraf tunjang gagal untuk ditutup. Kecacatan teruk pada otak dan saraf utama. Kenapa ia berlaku? Antara sebab yang dikaitkan adalah toksin-toksin persekitaran, kekurangan pengambilan folic acid (Viamin B9) semasa kehamilan dan mutasi gen yang terlibat dalam metabilsma folic acid. Ia boleh di kesan melalui ultrasound. Kesian sangat bila ada patient yang ada kandungan macam ni. Biasanya doktor akan cadangkan untuk diawalkan pros...
Image
MINUM TEH UNTUK PANJANGKAN UMUR? | Teh Hijau, Raibos, Sampin, Teh Merah & Teh Putih telah digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Jepun & Cina.  Antara kelebihan & manfaatnya adalah : Anti-Inflammatory, Anti-cancer, Anti-oksidan, Anti-mikrob, Detoxifier, Protects DNA, Menurunkan Kolesterol, Mencegah Serangan Jantung & Menurunkan Lemak badan.. Tidak hairanlah jika populasi di Okinawa, Jepun adalah populasi yang tertua di didunia kerana minuman harian mereka adalah Green tea & Sampin Tea! Zat-zat dalam teh akan hilang sekiranya dicampur dengan susu, apatah lagi susu pekat manis! So..Jika anda minum 'Teh Tarik'.. segala kebaikan teh akan hilang..huhu # Sharing Teh Kegemaran Saya # CINCH ENERGY TEA MIX  (28 stik) Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph! Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semula...
Image
A TASTE THAT KILLS | Makan Sedap , Penyakit Hinggap.. Betul kata orang-orang tua kita ! Makanan akan lebih sedap bila kita tambah dengan perasa MSG atau lebih dikenali sebagai Cik Aji. Apa sebenarnya rasa MSG ni? Masin? Manis? Masa-masam manis?..hihi.. Kita susah nak describe exactly rasa MSG, tidak seperti gula atau garam.. Betul ke Betul? Apa dia buat pada badan? Ia akan mengganggu dan merosakkan sistem saraf - terutamanya pada otak kita dan anak-anak kita! Cuba tengok di gambar tersebut - Sel-sel dendtiries 'mati' seperti pokok-pokok kering.. Begitulah yang berlaku pada sel-sel badan kita...huhu.. Perkara pertama yang kita perlu buat - Jangan beli 'Encik Aji' Ini..hihi (sebab actually banyak yang kita dah ambil secara tersembunyi dalam makanan indirectly) - Dr. Malinda

Bahaya Kulat!

Image
BAHAYA KULAT! | Aflatoxin adalah sejenis kimia yang dikeluarkan secara semulajadi oleh sejenis kulat ( fungi – Aspergillus flavus dan Aspergillus parasiticus) yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan seterusnya boleh menyebabkan kanser hati. Terdapat sekurang-kurangnya 13 jenis aflatoxin yang terhasil dimana aflatoxin B1 adalah yang paling toksik. Aflatoxin biasanya ditemui pada makanan ya ng disimpan pada cuaca panas dan lembab. Antara makanan-makanan yang boleh menghasilkan aflatoxin adalah nasi, kacang, gandum, jagung dan kacang soya. Nasi yang dibiarkan semalaman pada suhu dibawah 15 degree Celcius mengandungi Aflatoxin B1 manakala nasi yang disimpan semalaman pada suhu 28 Degree Celcius didapati mengandungi 4 kali ganda kandungan Aflatoxin B1. Aflatoxin B1 telah dibuktikan boleh menyebabkan kanser hati (HCC – Hepatocellular Carcinoma) . Ia akan menyebabkan mutasi pada kromoson - kod genetic p5, mengakibatkan tindakbalas sel melawan kanser akan menjadi l...

Makanan Beracun

Image
MAKANAN BERACUN! | Makanan yang kita makan mengadungi racun tanpa kita sedari. FORMALIN ~ Fungsi penahan busuk. Digunakan untuk PENGAWET MAYAT. Dalam industri digunakan untuk menyegarkan ikan, hasil laut dan buah-buahan. 1 sudu boleh membunuh kanak-kanak. ASID BORIK ~ Fungsi Penahan busuk. Digunakan untuk membunuh kuman. Dalam industro digunakan dalam makanan Mee kuning, keutiau, bebola ikan. NITRAT ~ Fungsi Penahan busuk. Digunakan untuk memproses baja. Dalam industri digunakan pada makanan berasaskan Daging, sosej, burger dll. ASID BENZOIK ~ Fungsi Penahan Busuk. Digunakan untuk racun tikus. Dalam industri digunakan pada Cili sos, Tomato sos, Pes Kari, Cili Boh, Kicap. SULFIT ~ Fungsi Penahan Busuk. Digunakan untuk MEMUTIHKAN pakaian. Dalam industri makanan digunakan untuk ubi kentang (French Fries), cendawan dalam tin. KLORIN ~ Digunakan untuk memutihkan pakaian. Dalam industri digunakan untuk bersihkan air minuman yang dibekalkan kerumah-rumah. Semua ya...