Posts

Showing posts from April, 2013

KELEDEK JEPUN

Image
KELEDEK KURUS | ~ Japanese Sweet Potato ~ Di Okinawa, Jepun, susah nak tengok orang yang obese kerana purata BMI mereka adala 21 - 22 sahaja! Dan ini adalah salah satu pemakanan mereka - menggantikan nasi. So, apa yang anda boleh buat untuk menurunkan berat badan anda, gantikan sarapan atau lunch anda dengan keledek ini! Antara 5 Kebaikan Japanese Sweet Potato ini adalah : ~ Kalori rendah,Nutrisi & Fiber yang tinggi - mengenyangkan dan bagus utk menu diet anda. ~ Anti-oxidant tinggi - mencegah penyakit kronik ~ Anti-kanser - Warna purple pada keledek ini adalah 'anthocyanin' yang baik untuk mencegah kanser terutamanya kanser kolon. ~ Menurunkan kolestrol (LDL) ~ Menstabilkan gula dlam darah ( boleh diambil oleh pesakit diabetes) Cara memasak - Rebus atau Kukus. Kalu buat keledek goreng, makan cecah dengan sambal kicap pun sedap..hihi... tapi, maaf la ye.. Nutrisinya dah jadi lain pulak! Bukan utk buang lemak, tambah lagi lemak ada la gamaknya.. huhuhu.. Selamat Berusaha ! -

PERIA KATAK

Image
PERNAH DENGAR TENTANG OKINAWAN? | Salah satu thesis master saya adalah tentang Okinawa. Mereka ini adalah populasi manusia yang hidup paling tua di dunia, tinggal di kepulauan Okinawa, Jepun. Setakat nak tengok orang-orang tua umur 90 tahun - 100 tahun naik basikal pergi pasar tu senang sangat, kerana rata-rata mereka hidup 90 - 110 tahun ! Kita kat sini?? hihi.. Antara rahsia mereka adalah Die t yang di amalkan! Dan salah satu makanan utama mereka adalah Bitter Gourd atau nama melayunya Peria Katak. Ramai yang tahu Peria katak ni bagus.. So, apa sebenarnya yg ada dalam Peria Katak & apa fungsinya pada kesihatan kita? ~ Sangat rendah kalori, hanya 17 kalori dlm 100g. (bagus amik waktu diet) ~ Tinggi Fiber, Mineral & Anti-oksidan ~ Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah. (Bagus untuk pesakit Diabetes Type II) ~ Tinggi Vitamin C, Carotene, Leutein dan zea-xanthin (Anti-oksida yang bagus untuk anti-penuaan, anti-kanser dan

KAYU MANIS

Image
TEH KAYU MANIS (Home made) | Resepi minuman kesihatan ~ Kayu manis atau nama orang putihnya “Cinnamon” adalah sejenis herba yang di gunakan berkurun lama terutamanya di kalangan orang asia. Selain untuk menyedapkan makanan, ia juga mempunyai fungsi : ~ Natural Antibiotics ~ Menstabilkan gula dalam darah. (Journal of Diabetes care menunjukkan kawalan gula yang lebih baik untuk pesakit diabetes selepas 40 hari mengamalkannya) ~ Menstabilkan insulin & mengurangkan pengumpulan lemak tubuh ~ Menurunkan kolestrol ~ Mengandungi Fiber, Zat besi, Manganese dan Kalsium yang tinggi ~ Anti-spasmodic - mengurangkan kembung perut, gastrik, loya ~ Mengurangkan radang sendi ~ Mencegah kanser (lymphoma) ~ Mengurangkan stress Cara-cara membuatnya : Masukkan 1/2 sudu serbuk kayu manis dalam satu mug air panas. Biarkan seketika sehingga agak suam + campurkan 1/2 sudu madu tulen. (Air yang terlalu panas akan merosokkan nutrisi dalam madu) Atau juga boleh dicampurkan dengan Green tea anda :) Selamat Men

CENDAWAN

Image
SIHAT DENGAN CENDAWAN | Bukan setakat sedap sebagai makanan, tapi juga sebagai 'nature medicine'. Siapa yang ingin menurunkan berat badan, sangat bagus untuk diamalkan. Kebaikan Cendawan : ~ Fat-Free, Tinggi Fiber, Sangat rendah kalori (1/2 mangkuk - 10kcal) ~ Tinggi Mineral - mengandungi Postassium, Selenium, Riboflavin, Thiamin, Folate, B6, Niacin (B3) dan ZInc. ~ Mengandungi Phytochemical & Glutamic acid Membantu untuk : ~ Menurunkan berat badan ~ Meningkatkan sistem imun ~ Mencegah kanser ~ Menurunkan tekanan darah ~ Menurunkan kolestrol Ia boleh di ambil sebagai 'pengganti daging' kerana sifat kekenyalan & mineral yang tinggi. Tips untuk menurunkan berat badan walaupun makan diluar sambil bersosial, anda boleh order Sup cendawan, dan jangan lupa beritahu tukang masak ~ Jangan letak Pak Ajinomoto! Semoga dapat menambah nilai info dalam diet anda! Selamat Mencuba ! - Dr. Malinda ** Iklan jap ~ Shaklee Liver DTX - Mengandungi Reishi Mushroom :)

JUS PEMBAKAR LEMAK

Image
Resepi Jus Pembakar Lemak |  Kisar 1 biji Epal hijau + 1/2 biji Timun + 1 tangkai celery (Kisar bersama-sama kulit epal & timun) Khasiat : ~ Membakar lemak & Melangsingkan badan ~ Mengenyangkan ~ Khasiat Nutrisi & Fiber yang Tinggi ~ Menurunkan Kolestrol ~ Mengurangkan risiko kanser Amalkan sebagai Sarapan Pagi. Tp lepas tu jangan makan nasi lemak pulak & teh tarik ye.. hihi - Dr. Malinda

LAPAR

Image
ASYIK LAPAR? | Kenapa kita rasa lapar? True Hunger atau Toxic Hunger? Physical Hunger atau Emotional Hunger? Fisiologi Lapar - Bila perut kita kosong, 2 jenis hormon akan dihasilkan iaitu GHRELIN dan LEPTIN, pernah dengar? GHRELIN akan beri signal pada otak yang kita akan membuatkan kita rasa lapar dan perlukan makanan. LEPTIN pula akan dikeluarkan bila perut kita penuh, ia akan beri signal pada otak yang mengatakan kita dah kenyang dan sepatutnya berhenti makan. Situasinya sekarang, bila kita terdedah kepada tabiat pemakanan yang berlebihan dan kurang sihat --> Fungsi dan keseimbangan kedua-dua jenis hormon ni dah diganggu. Itu yang baru lepas makan, tiba-tiba kawan bawak choc moist cake, terus rasa macam lapar semula...huhu.. That's is definately not Physical Hunger, It is Emotional Hunger! Jadinya - Kena didik semula diri melalui pemakanan kalori yang rendah, tinggi fiber, berpuasa secara berkala, exercise & supplement seperti Liver DTX, Omega 3 & Zinc. Pernah denga

SEL

Image
BILA SEL AKAN MATI? | Setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mati? Semua orang tahu tapi tiada siapa yang tahu bila kematian akan berlaku. Setiap sel mempunyai jangka hayat. Setiap sel akan membahagi. Kita sendiri bermula dari suatu sel (gabungan ovum ibu + sperma ayah) dan membahagi dan berkembang menjadi sesempurna ini. Alhamdulillah. Kehidupan bermula dengan pembahagian sel dan akan berhenti bila sel berhenti membahagi. Teori Hayflick Limit mengatakan sel normal mempunyai potensi untuk membahagi antara 40 - 60 kali, kemudian mati dan akan digantikan dengan stok stem sel yang baru. Sel yang dijaga nutrisi pemakanannya akan mengambil masa sehingga 3 tahun untuk membahagi sehingga 60 kali ( tahan lebih lama) tetapi sel yang diberi makan banyak (obesiti) akan mengambil masa setahun sahaja untuk memhabiskan kitaran hayat tersebut! Dengan kata lain, umur sel lebih pendek jika kita makan banyak. Hakikatnya, kita boleh pilih untuk panjangkan hayat sel @ memendekkan hayat sel kita :) Allah

BERUBAH

Image
KENAPA SUKAR BERUBAH? | Insan yang bijak akan meluangkan masa sejenak untuk berfikir – Bertanya dalam diri, menyoal hati dan nurani untuk mengenalpasti di mana silapnya dan kenapa perubahan perlu segera dilaksanakan.  Kita mungkin terpaksa melakukannya sekarang untuk suami/isteri tersayang dan anak-anak tercinta. Jangan biarkan mereka terpaksa menanggung beban untuk menjaga kita waima kita yang s eharusnya menjadi naungan teduhan mereka. Jika kita tiada masa untuk menjaga diri dan kesihatan kita, jangan kecewa jika suatu hari nanti, anak-anak kita tidak punya masa untuk menjaga kita yang terlantar menderita.. Nauzubillah, minta dijauhkan. Tiba masanya untuk keluar dari 'zon selesa' yang hakikatnya hanya ilusi! - Dr. Malinda

TOKSIK!

Image
TOKSIK OH TOKSIK !! | Setiap hari banyak 'bendasing' ini lah yang kita makan, kita minum, kita hidu, kita sentuh dan menyerap ke dalam kulit, kita oleskan di muka, kita gunakan untuk mencuci rambut, cuci muka, cuci baju, cuci pinggan mangkuk dirumah dan lain-lain.... Cuba luangkan masa untuk scroll ke bawah... Acetone Acetaldehyde Alcohol Alkyl-phenol Ethoxylades Alpha Hydroxy Acid Aluminum Ammonium Glycolate Ammonium Persulfate Aspartame Bentonite (Clay) Benzene Benzoic Acid Benzoic / Benzyl / Benzene BHA - BHT Bronopol Butylparaben Carboxymethylcellulose Coal Tar Dyes Cocamidopropyl Betaine Coumarin D&C Yellow 11 DEA: Diethanolamine Ethylacrylate Hydroabietyl Alcohol NDEA Diacetyl Phthalate Dimethicone Disodium EDTA Elastin Fluoride Formaldehyde Fragrances (Synthetic) GMO/Genetically Modified Organism High Fructose Corn Syrup/HFCS Hydrogenated/Partially Hydrogenated Oils Hydroquinone Hydroxymethylcellulose Isobutylparaben Isopropyl Alcohol Kaolin (Clay) Lacquer Lanolin Ly

TEKNIK BERNAFAS!

Image
Lupa Bernafas?? | Parah kalu lupa yang ni kan?.. But, at most of the time kita ni tak berapa nak rajin untuk bernafas dengan betul.. Take everything for granted!.. Tapi bila kita renungkan orang-orang yang ada masalah paru-paru dan tak boleh nak tarik nafas, then baru kita appreciate yang kita ada paru-paru yang sempurna! Cuba buat ni ~ Rileks, Berdiri @ Duduk..Pejam mata.. Tangan kanan pegang di  dada (rasa degupan jantung), Tangan kiri pegang di perut...Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung (pastikan bahu tidak terangkat, tetapi perut anda naik keatas & mengembang), tahan nafas (kiraan 8) dan lepas perlahan-lahan menggunakan mulut... Ulang sebanyak 10 kali.. This is what we called 'Diaphragmatic Breathing Exercise'. Rasa Apa? Share how you feel ye... :)p

UJIAN DARAH!

Image
TAKUT? TAK KISAH? @ TAK TAHU ? | Setiap kali saya memberi seminar atau ceramah-ceramah kesihatan.. Soalan yang saya biasa akan tanya ialah ~ " Siapa yang tahu Tekanan darah, Level gula & Kolestrol dalam darah dia?" Biasanya hanya 10% sahaja yang akan angkat tangan.. Yang lain? Apa citer?.. Rasa-rasanya apa alasan mereka? Standardnya adalah ~ Saya takut jarum, Saya pitam tengok darah, Saya muda l agi, Saya sihat tak rasa apa-apa pun, Saya tak de masa nak pegi klinik, Saya takut nanti ambil darah tahu ada penyakit, Saya itu.. Saya ini.. dan lain lain lagi... Alasan semua betul.. tapi tetap juga alasan.. Betul betul?? Dulu memang cadangan ambil ujian saringan kesihatan umur 40 tahun ke atas.. Tapi sekarang ni dah tak relevan lagi! Sebab ramai yang muda-muda dahada Darah tinggi, Kencing manis, Kolestrol Tinggi, Sakit Jantung, Kanser dan macam-macam lagi..!! Kalu nak tunggu umur 40 tahun ~ Ramai yang dapat komplikasi dari penyakit-penyakit tersebut.. Hatta ramai yang boleh dap

RAHSIA QUANTUM SYUKUR!

Image
RAHSIA QUANTUM SYUKUR | 'Tidak akan bergetar suatu zarah pun di alam ini melainkan dengan izin-NYA'... Apapun yang kelihatan & tidak kelihatan di alam ini berasal dari bahan dasar yang sama iaitu vibrasi energy – Vibrations!  Sesuatu yang kelihatan awalnya adalah kosong dan tidak nampak juga adalah vibrasi energi & berasal dari sesuatu yang paling halus… Menurut Albert Einstein, sesuatu yang pali ng halus adalah yang paling dahsyat! What is that?? Sesuatu yang paling halus pada manusia adalah perasaan & fikirannya.(Suatu realiti quantum yang sangat hebat yang jarang digunakan oleh manusia sendiri !). Perasaan & Fikiran adalah manifestasi doa yang sangat canggih. Ia akan menjadi perhatian & fokus fikiran kita ! Ia seterusnya akan berubah menjadi “Law Of Attraction” & Semua yang kita impikan akan tertarik dalam kehidupan…. Biarkan hati kita kaya dengan rasa Syukur & Doa... kerana janji Allah dalam Surah Ibrahim : Ayat 7 " Sesungguhnya jika kamu be

DILEMA NASI!

Image
NASI OH NASI !! | Siapa pernah pernah dengar orang kata kalau nak kurus ~ jangan makan nasi terus? Ada jugak orang kata, kalau nak kurus sampai tak nak makan nasi tu extreme! Kenapa zaman-zaman nenek moyang kita dulu susah nak tengok diaorg gemuk? Biasanya slim slim jer.. Nenek saya dah umur 90-an pun slim je... Kenapa ye? Diaorang pun mmg makan nasi dari kecik lagi.... Sebenarnya, Beras & Nasi  tidak bersalah dalam hal ini...hihi.. Dulu, selepas proses menuai dan menampi padi,membersih dan membuang hampas ~ beras yang terhasil ketika itu adalah 'Beras Perang' di mana ia masih mengandungi 'bran' yang mempunyai banyak vitamin & mineral yang diperlukan oleh tubuh.. Nenek-nenek kita makan beras sebegini... Teknologi moden telah mengambil alih proses tersebut dan telah membuang 'bran' dan seterusnya mengilap dan menghalusi beras-beras tersebut menjadi Putih & Berkilat! This is what we called 'REFINED WHITE RICE'! Bila 'bran' yang kaya d

LEMAK BADAN BERLEBIHAN!

Image
LEMAK OH LEMAK !! | Pernah tak anda cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah? Selepas 2-3 bulan, anda give up dan kata ~ Jaga makan pun tak turun, baik aku makan jer.. & anda pun kembalilah ke cara makan yang sama?? Kenapa jadi macam tu? Actually, Tak semua lemak tu sama ~ Ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita : 1) Structural Fat 'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga. 2) Normal Fat Reserve 'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi spt 'Tangki Tenaga' 3) Abnormal Stored Fat 'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan

TEH PANJANG UMUR!

Image
MINUM TEH UNTUK PANJANGKAN UMUR? | Teh Hijau, Raibos, Sampin, Teh Merah & Teh Putih telah digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Jepun & Cina.  Antara kelebihan & manfaatnya adalah : Anti-Inflammatory, Anti-cancer, Ant-oksidan, Anti-mikrob, Detoxifier, Protects DNA, Menurunkan Kolesterol, Mencegah Serangan Jantung & Menurunkan Lemak badan.. Tidak hairanlah jika populasi di Okinawa, Jepun adalah populasi yang tertua di didunia kerana minuman harian mereka adalah Green tea & Sampin Tea! Zat-zat dalam teh akan hilang sekiranya dicampur dengan susu, apatah lagi susu pekat manis! So..Jika anda minum 'Teh Tarik'.. Maaf cakap ye, segala kebaikan teh akan hilang :)p - Dr. Malinda

OBESITI PUNCA DEPRESSI?

Image
OBESITI PUNCA DEPRESSI ?? | Seseorang individu dikatakan mengalami masalah obesiti apabila 1/3 daripada tubuhnya atau >30% komposisi tubuhnya adalah lemak! Dilema susah nak turunkan berat badan? Jangan sedih atau stress...Kombinasi diet yang sempurna dan senaman yang betul pasti dapat membantu untuk menurunkan berat badan! Yakin anda pasti boleh melakukannya! Bukan hanya untuk lebih yakin diri,  mengurangkan berat badan akan menurunkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik sebanyak 60% !! Lakukan Perubahan itu hari ini!! Lakukan ia untuk diri, suami, isteri dan anak-anak anda.. Anda mestilah menjadi Sumber Inspirasi mereka, dan Bukan Punca Depressi mereka.. Jangan biarkan anak-anak kita bergaduh untuk menjaga kita terlantar di hari tua nanti!! Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu merubah nasibnya sendiri... Fikir-fikirkan.... - Dr. Malinda